BAB 4

678 24 0
                                    

"Assalamualaikum.." Aryanna pulang setelah menghadiri temuduga pagi tadi. "Waalaikumsalam..haa, balik pun. Yanna pergi mana ni? Keluar pagi..petang baru balik? Ibu call, tak angkat." Omel Sufinah kepada anak sulungnya itu. Suka buat orang risau.

Aryanna terdiam. 'Nak alasan apa ni?' "Err..Yanna pergi jumpa kawan tadi. Dah lama tak hangout dengan diorang." Sufinah mengeluh. "Habis tu? Kalau keluar dengan kawan sekalipun..takkan tak boleh angkat call ibu langsung?"

"Call? Sorry, bu. Urmm..phone Yanna habis bateri. Sebab tu, tak boleh angkat. Yanna naik dulu eh, bu? Nak mandi." Aryanna melangkah melepasi ibunya. Ketika menaiki tangga, dia terserempak pula dengan adiknya. "Eh, akak? Baru balik ke? Macam mana interview?" Aryanna sekadar tersenyum hambar. Soalan adiknya dihiraukan.

Zehra mengerut dahi. Pelik. Pelik dengan sikap kakaknya itu. Aryanna tutup pintu bilik, lalu mengunci pintu tersebut. Nafasnya kembali menjadi tidak teratur. Ingatan Aryanna kembali memutarkan peristiwa tadi.

Aryanna menarik nafas dalam, lalu dihembus perlahan. 'Fuh! Semoga semuanya berjalan lancar.' Doa Aryanna dalam hati. "Aryanna Sufya Binti Hatta?" Serta-merta, Aryanna bangkit dari duduknya. "Ye, saya." Pekerja di meja hadapan itu tersenyum manis. "Giliran awak, Aryanna. Goodluck!" Aryanna mengangguk kecil. 'Haih..Bismillah..'

Ketika pintu pejabat dibuka, Aryanna mula rasa gugup. Terlihat satu susuk tubuh yang sedang membelakangi Aryanna. 'Ya Allah..tenangkanlah hati hambaMu ini.'

"Assalamualaikum, encik?" Tubuh itu berpaling menghadap Aryanna. Alangkah terkejutnya Aryanna, bila melihat susuk tubuh yang sedang merenungnya. Aryanna berpaling untuk keluar dari pejabat tersebut.

"Tunggu!" Langkah Aryanna terhenti. Dia kaku. Terasa seperti dirinya sedang didekati seseorang. Tanpa amaran, bahu Aryanna dicengkam sehingga memaksa gadis itu berpaling menghadap Ferhat.

"Aryanna? Awak ke tu?" Sunyi. Aryanna tidak membalas pertanyaan Ferhat. Bibirnya bagaikan dikunci daripada berkata-kata. "Kenapa awak diam? Saya tanya awak. Awak ke Aryanna Sufya Binti Hatta? Pemohon untuk jawatan pengurus kewangan di syarikat ni. Am I right?"

Aryanna terkedu. Dahinya berkerut seribu. Matanya masih tak lepas memandang wajah tampan Ferhat. Tak berubah. Cuma sekarang nampak matang. "Cik Aryanna!" Aryanna tersedar. 'Aduh! Berangan pulak!' "Awak ni betul-betul nak bekerja atau tidak? Saya tengah tanya awak..awak boleh berangan? Macam ni ke, cara awak nak minta kerja?" Aryanna semakin bingung.

'Dia tak kenal aku ke? Atau dia saja buat macam tu? Dia tahu siapa aku kan?' Ferhat mengeluh kasar. Berangan lagi! Ferhat memetik jari berulang kali di depan muka Aryanna. "Eh, hello! Awak nak interview ke tak ni? Berangan je kan, kerja awak! Kalau macam ni, tak payah datang! Awak balik je lah! Buang masa!"

"Encik! Saya minta maaf. Saya memang datang sini untuk interview. Saya tak nak sia-siakan peluang ni." Nak tak nak, Aryanna kena tahan jugaklah. Dia perlukan kerja ni. "Baguslah, kalau awak cakap macam tu. Saya baru ingat nak suruh PA saya panggil calon yang seterusnya."

Ferhat kembali ke mejanya. Dia memberi isyarat kepada Aryanna untuk duduk. Teragak-agak Aryanna tarik kerusi empuk itu. Kini dia betul-betul bertentangan dengan Ferhat. 'Dia ni..betul-betul tak ingat aku ke? Mustahillah! Aku bukan buat plastic surgery pun, sampai tak ingat langsung! Atau dia sengaja buat-buat tak kenal?'

"Baiklah, cik Aryanna. First of all, saya nak awak kenalkan diri awak dulu. Lepas tu, baru kita proceed." Aryanna semakin bingung. 'Betullah, dia tak kenal aku. Tapi, kalau dia tak kenal aku sekalipun...dia tahukan aku ni kakak Zehra? Takkan sekejap sangat, hilang ingatan?'

Aryanna tersedar sendiri. Baik aku cepat jawab soalan dia. Kang, tak pasal-pasal..melepas pulak! "Urmm..nama saya Aryanna Sufya Binti Hatta. Saya graduan lepasan dari University of Auckland di New Zealand. Saya anak sulung daripada dua beradik."

Aryanna SufyaWhere stories live. Discover now