BAB 28

513 18 0
                                    

"Akak! Zehra tertinggal barang laaa...." langkah Zehra terhenti apabila melihat kehadiran ibunya, Sufinah.

Zehra semakin bingung, bila melihat kakaknya sedang teresak-esak sambil memeluk kaki ibu mereka. Ferhat pula,dilihat seperti sedang memujuk Aryanna. Ibu juga di lihat sedang teresak-esak.

Zehra semakin keliru. Suasana antara mereka bertiga semakin tegang dengan kehadiran Zehra secara tiba-tiba itu. Habis laa! Semua akan terbongkar! Semua akan musnah! Semua akan hancur!!

"Kenapa ni?? Ibu?? Akak?? Ferhat, kenapa ni??" Namun, masing-masing hanya diam membisu. "Ya Allah! Kenapa nii??! Apa dah jadi?? Kenapa semua orang ni??" Zehra semakin tertekan. Kenapa semua diam tak terusik langsung ni?

"Akak? Kenapa ni? Cuba cakap dengan Era.." pujuk Zehra sambil mendekati kakaknya yang semakin teresak-esak itu. Tangannya tidak lepas dari terus memeluk kaki Sufinah.

"Jangan sentuh dia, Era! Jangan dekat dengan dia!" Akhirnya Sufinah bersuara. Zehra bungkam. Aryanna pula semakin terkedu. Ayat seperti itu tidak patut keluar dari mulut seorang ibu. Air mata semakin deras mengalir.  Ya Allah! Bantu aku ya Allah!

"Kenapa pulak ni, bu? Tolong laa bagitahu Era, apa yang dah jadi!" Desak Zehra, ingin tahu. "Yanna! Ferhat!! Cakap laa!! Kenapa diam??" Aryanna terbungkam. Hanya air mata yang masih setia menitis satu per satu.

Ferhat sudah mula serabut! Dia menguak rambutnya ke belakang beberapa kali. "Cakap apa ni??! Apa semua ni??! Ferhat! Apa yang dah jadi?? Tolong laaa bagitahu saya!" Zehra semakin mendesak. Dia perlu tahu!

Ferhat akhirnya melangkah, mendekati tunangnya, Zehra. Memang mungkin ini masa yang sesuai. Sampai bila dia nak berahsia? Semua ini berpunca darinya. Dia perlu betulkan balik keadaan!

"Zehra... Saya mintak maaf. Ada benda yang saya kena bagitahu awak. Saya dah tak sanggup, pendam lama-lama perkara ni. Saya harap, awak boleh faham." Terang Ferhat terlebih dahulu. Dia perlu pastikan Zehra kekal tenang dulu.

"Zehra? Saya sebenarnya...."

"Stop it, Ferhat!" Aryanna pantas bangun lalu menuju ke arah Zehra dan Ferhat. Aryanna menggeleng perlahan. Dia cuba merayu agar Ferhat tidak memberitahu apa yang telah terjadi. Tolong laaa, Ferhat. Bukan sekarang.

"Saya terpaksa, Aryanna! Saya dah tak sanggup." Pandangan Ferhat beralih semula kepada Zehra. "Saya mintak maaf, Zehra. Tapi, saya cintakan kakak awak. Aryanna." Luah Ferhat.

Zehra terkaku. Dia bagaikan tidak percaya. Apa benda yang dia baru dengar ni? Dia ingat, semuanya sudah berakhir antara mereka. Namun, dia ternyata salah! Masih belum berakhir!

Air mata terus menitis tanpa henti. Zehra cuba bertenang, walaupun hatinya sudah semakin keliru dengan perasaannya. Aryanna mendekati adiknya. Tangan Zehra di raih lalu dipegang erat.

"Zehra! Tu semua tak betul! Akak dengan dia takde apa-apa! Tolong percaya akak, Zehra!" Rayu Aryanna. Zehra masih diam membisu. Hanya air mata yang sentiasa menitis tanpa henti.

"Apa awak cakap ni, Aryanna??" Celah Ferhat. "Kau diam, Ferhat!! Sebab kau, semua ni jadi!! Kau memang suka tengok aku menderita kan??! Kau memang saja nak tengok aku dengan family aku berpecah kan??!" Aryanna mengamuk. Dia sudah tidak tahan.

Sufinah sudah pun terduduk. Apa yang sudah jadi dengan anak-anaknya itu! Zehra pula sudah semakin teresak-esak. Terhenjut-henjut bahunya, menahan sebak yang semakin menjadi-jadi.

Hatinya sakit. Sangat sakit! Perlahan-lahan,  Zehra melepaskan tangannya yang dipegang oleh  Aryanna. "Era.. Jangan macam ni, Era. Tolong percaya akak! Akak memang takde apa-apa pun dengan dia! Tolong Era! Ibu!! Tolong percaya Yanna! Tolong laaa....!" Rayu Aryanna lagi.

"Sekarang saya sedar, yang selama ni saya tak pernah ada dalam hati awak. Saya baru sedar...yang rupanya, awak tak cintakan saya. Tapi, kenapa awak nak jugak kahwin dengan saya??! Haaa?!! Kenapa, Ferhat??! Kenapa!!"

Zehra memukul Ferhat sekuat hati. Sungguh dia rasa tertipu. Tertipu dengan lakonan dua manusia keji di depannya ini! Bodohnya kau, Zehra! Kau terlalu baik dan bodoh laa, Zehra!!

Ferhat membiarkan saja, Zehra memukul dirinya. Dia memang layak diperlakukan sebegitu rupa. Yaa! Dia memang layak! Setelah puas, Zehra terus saja berlalu tanpa menoleh lagi ke belakang.

Aryanna mendekati ibunya. "Ibu.... Maafkan Yanna, bu! Apa yang ibu dengar, semua tak betul bu! Tolong laa percaya Yanna, bu!! Ibuu!!" Sufinah turut berlalu dari situ. Tak betah dia lama-lama di dalam wad itu. Boleh jadi gila, gamaknya!

Ferhat cuba menenangkan Aryanna yang sedang meronta-ronta itu. "Aryanna, sudah laa tu! Awak baru aje sedar. Sudah laa tu!" Pujuk Ferhat. "Kau diam!! Kau laa punca semua ni!! Aku tak cintakan kau laaa!! Kau pergi!! Pergi!!! Aku tak nak tengok muka kau, lagi!! Pergi!!!" Halau Aryanna. Dia kesal. Dia menyesal. Menyesal bertemu dengan lelaki itu! Aku menyesal!

Ferhat tidak berputus asa. Dia masih cuba menenangkan gadis itu. Dia tahu, gadis itu sedang mengalami tekanan. Dan semua itu, berpunca dari dirinya. "Saya mintak maaf, Yanna. Tolong jangan buat saya macam ni. Saya mintak maaf." Pujuk Ferhat lagi.

"Aku cakap pergi!! Kau mintak maaf macam mana sekalipun! Dah takde guna untuk aku!! Pergi!! Aku kata pergi!!!" Ferhat terpaksa akur. Dia tak nak keruhkan lagi keadaan kesihatan Aryanna. Dia perlu diberi ruang dan waktu bersendirian.

Kereta yang di pandu Zehra, berhenti berhampiran sebuah taman. Zehra melangkah longlai, menuju ke sebuah tasik yang terdapat di taman tersebut.

Zehra mengeluh beberapa kali. Kenapa dia kena lalui kisah cinta yang begitu menyakitkan ni? Terlalu sakit, sampai dia dah tak mampu untuk teruskan. Apa salah dia? Apa yang dia dah buat? Sampaikan, dia perlu lalui semua ni!

Kakak yang di sanjung, di hormati... Rupanya, manusia paling keji dalam dunia ni! Zehra terasa bodoh! Bodoh sampaikan dia senang diperbodohkan begitu sahaja! Air mata yang tadinya terhenti seketika, kembali deras mengalir tanpa henti.

Segala kenangannya bersama Ferhat, terimbau di mindanya satu per satu. Sungguh indah pada saat-saat itu. Waktu tu, dia yakin dan percaya bahawa cinta Ferhat hanya untuk dirinya. Ferhat benar-benar cintakan dirinya. Dia yakin Ferhatlah yang tercipta untuknya.

Namun, sekarang semuanya berubah. Rupanya, cinta Ferhat untuk orang lain. Wanita yang dicintai Fehrat, adalah kakaknya sendiri. Zehra terus-terus menangis tanpa henti di tepi tasik tersebut.

Aryanna terduduk kaku di birai katil. Apa yang sudah jadi ni? Air matanya masih tidak berhenti mengalir. Sekarang, ditambah pula dengan sikap dingin ibunya tadi. Apa akan jadi pada dirinya lepas ni, Aryanna pun tak tahu!

Aryanna mengeluh berkali-kali, mengenang nasib dirinya. Maafkan akak, Era... Maafkan akak. Akak jahat! Akak patut dihukum! Akak tak sengaja, Era... Maafkan akak. Namun, kata maaf itu hanya mampu diluah dalam hati.

Ferhat juga mengeluh berat. Apa yang aku dah buat ni? Aku dah sakitkan hati perempuan yang pernah cintai, dan perempuan yang aku cintai sangat! Lelaki jenis apa kau ni, Ferhat! Kau memang tak guna laa!! Ferhat menumbuk bumbung keretanya. Maafkan saya, Zehra. Saya tak jujur dengan awak. Maafkan saya, Zehra...

Malam itu, masing-masing meratapi perasaan sendiri. Masing-masing kesal dengan semua yang berlaku secara tiba-tiba ni.

Sis recommend korang baca sambil dengar lagu ii ost drama yang sedih ii. 😢😢 Sis tulis bab ni sambil dengar lagu ii ost sedih. Betul sis dapat rasa 😢😢

Aryanna SufyaWhere stories live. Discover now