05.

3.3K 221 4
                                    

Tahu tak perasaan bila kita dah terlalu excited sangat sampai tak fikir apa-apapun sebab dalam kepala kita cuma ada satu perkara jer?

Terlalu excited sampai boleh buat silap yang mana kita akan menyesal tak sampai lima saat kemudian. Hah!Itulah yang sedang dia rasa sekarang ni!

Kenapa?Kenapa ramai-ramai manusia dekat dalam akademi ni, orang ni jugak yang di langgarnya!

KENAPA?!!!!!

"Menarik..."ucap lelaki di depannya sambil mengipas-ngipas surat cinta yang bertampal dengan sticker love itu di tepi muka lelaki tu. Membuatkan bau minyak wangi di kertas itu menerpa rongga hidungnya.

Hana pandang surat cintanya dengan bibir terketap rapat. Nak menangis pun ada. Tangan dia cemas bermain dengan jari jemari sendiri. Terkutil-kutil kuku jari sebab gelabah punya pasal.

"So kau nak beritahu aku kau sukakan dekat aku sejak kali pertama kau pandang aku? Macam tu?"soal lelaki di depannya sambil membaca isi surat itu sekali lagi.

Dah kenapa baca lagi?Ada nama lelaki ni ke dalam tu?!

Hana membuat muka terkejut lantas menggeleng kepala laju-laju. Lelaki di depannya ini adalah manusia terakhir yang dia akan suka walaupun dunia nak kiamat. Memang tak la!

"Habis tu?Surat ni jatuh dekat tangan aku...kau nak cakap apa?"lelaki muka handsome perangai hantu tersengih jahat.

Hana yang dengar terus meremang bulu roma. Seram siut!"Tak. Senior...saya tak sengaja. Maafkan saya. Bukan niat saya langgar senior...surat tu sebenarnya-"kata-kata Hana terhenti apabila lelaki di depannya mengangkat tapak tangan di depan muka Hana.

"Stop. Aku tahu..."lelaki itu lipat surat itu lalu berdiri menghadap Hana dengan tangan bersilang di dada. Dia kemudiannya memberi renungan dalam maut pada Hana semasa mendekat.

Mata Hana terbutang luas. Dan tanpa sedar dia menahan nafas bila lelaki tu berdiri rapat di depannya sampai bau minyak wangi mahal lelaki tu ikut menusuk hidung dia.

Seseorang tolong lah galikan kubur untuk dia. Dan dendangkan lagu Taylor Swift masa pengebumian dia nanti. Sebab Hana yakin lepas ni lelaki depannya ini akan maki dia sampai dia tenggelam tujuh kaki ke dalam tanah!

"Kau nak cakap kau tulis surat ni untuk mainkan perasaan aku?"soal lelaki itu bernada marah yang dikawal depan muka Hana.

Hana menggeleng kepala sekali lagi dengan kepala tertunduk memandang lantai. Takut bhai!!

"Tak...bukan macam tu..."ujar Hana takut-takut.

Dengusan kasar tak puas hati kedengaran dilepaskan oleh lelaki yang berdiri di depan Hana.

"Habis tu apa?Kalau cakap tu kasi penuh ayat tu boleh tak...kau ingat aku budak tadika ke cakap sekerat-sekerat macam tu boleh faham!"bentak lelaki di depan Hana dengan lantang.

Melompat terkejut Hana dibuatnya. Dia terus bersuara dengan mata terpejam rapat.

"Maafkan saya senior. Sebenarnya surat tu bukan untuk senior."luah Hana laju-laju. Kepalanya tunduk ke bawah bersama tangan berada di belakang badan. Dia pejam mata serapat mungkin. Menanti senior menakutkan di depannya ini melenting atau lakukan seusuatu yang lebih teruk dari tu.

"Apa kau cakap?!Bukan untuk aku?"soal lelaki di depan Hana dengan nada tidak percaya.

Hana angkat kepala perlahan-lahan, dia pandang takut-takut lelaki di depannya dengan kening mencerlung serba salah. Sumpah bukan niat dia hendak serahkan kepada seniornya yang satu ini.

Sebenarnya surat tu untuk crush dia. Excited punya pasal nak bagi surat boleh pulak dia jatuh dan surat itu tercampak atas lantai dan berada betul-betul dekat bawah kaki lelaki depannya ini. "

"Ya. Saya tujukan pada orang yang duduk sebelah senior."jawab Hana sambil mencebik bibir ketakutan.

Hana pandang lelaki di depannya dengan muka cuak macam orang kena sembelit.

"Siapa?"tanya lelaki itu lalu tersentak sendiri. "Oh..maksud kau untuk Yuta?"

Hana pandang surat yang ada dalam tangan lelaki didepannya lalu tunduk mengangguk kepala kecil.

Ya. Yuta Kim. Crush dia. Hana mula suka dekat senior beza setahunnya itu semasa lelaki itu beri ucapan alu-aluan pada hari pertama dia jejak kaki dekat akademi ni. Nah...sejak tu dia yakin Kim Yuta adalah jodohnya!

Masa tu perasaan dia, ibarat mendengar lagu alunan biola bermain di telinga setiap kali pandang lelaki kacak berwajah manis dan sejuk mata memandang tu.

Sebab itu dia nekad hendak luahkan perasaannya pada lelaki itu. Malangnya lain pula yang terjadi.

"Ya...kalau boleh saya nak senior pulangkan semula surat tu pada saya?"Hana hulur tangan meminta ke depan lelaki itu.

Lelaki itu berdengus kecil mengejek. Lantas menarik sengih meleret jahat dia. Memandang Hana macam Hana tu cencorot tepi jalan.

"Apa kau cakap?Pulangkan?Kau rasa muka aku ni pernah ke pulangkan benda yang aku dah ambik?"soal lelaki tu dengan jengkel.

Hana menggangguk kepala secara automatik tanpa kawalan dia. Dan bila dia sedar, Hana cepat-cepat menggeleng kepala pula.

Lelaki tu jeling ke surat yang ada di tangan dia lalu kembali memandang tak suka ke Hana.

"Dan kenapa kau rasa aku akan pulangkan surat cinta kebudak-budakan ni?"soalnya dengan nada mengejek.

Kening Hana mencerlung tak puas hati. Apa lelaki ni kata? Kebudak-budakan?

Kepala dia!

Semalaman dia berjaga gara-gara nak tulis surat cinta tu. Boleh pulak lelaki ni kata surat dia kebudak-budakkan?

How rude!

"Sebab itu surat saya...untuk Senior Yuta" sentap Hana.

Lelaki itu mencekak pinggang lalu berdiri menyondong ke depan mendekatkan muka ke Hana. Lalu memukul hidung Hana dengan surat cinta tersebut.

Hana mengedip mata kerana terkejut. Keningnya mencerlung tak puas hati masa pandang.

"In your dream Duck Face!"ucap lelaki itu sebelum berpaling pergi dari situ bersama surat cinta Hana.

Mulut Hana ternganga sedikit kerana terkejut dengan keadaan itu sampai tidak terkata. Dia berdiri di situ memerhati langkah lelaki menjauh darinya dengan kepalan penumbuk di kedua-dua tangan.

3. Prince Charming Untuk Clumsy CinderellaWhere stories live. Discover now