72.

2.6K 170 0
                                    

Seperti yang telah dijanjikan Isabella undur diri. Berita mengenai putusnya pertunangannya dengan Yuta tersebar di dalam media.

Yang mana disambut gembira oleh semua pelajar perempuan dalam akademi.Mereka dapat semula peluang untuk mencuri hati Prince Charming mereka.

Dua hari selepas perlawanan itu Isabella pindah keluar dari akademi. Sejak itu hubungan Yuta dan Blaze kembali normal. Tidak lagi saling tarik muka atau bertekak seperti mana mereka biasa lakukan. Ada masa itu mereka bergaduh untuk perkara kecil.

Keadaan di akademi berjalan seperti biasa terutamanya kelab catur.

"Bila awak nak berhambus?"

"Tanya tu tak boleh elok-elok ke?"

"Dengan awak? Saya rasa tak kot..."

"Tempat aku suka aku lah berapa lama nak duduk sini."

"Tengoklah sendiri..awak expect saya nak cakap elok-elok dengan awak tapi awak sendiri tak boleh nak cakap elok-elok."

"Hei Mak Nenek. Dari kau memekak dekat sini better kau buat latihan ke apa ke...dari menyemak depan aku. Budak-budak kau relaks jer..tengok tu."Blaze juihkan bibir ke arah ruangan dimana anak buah Nadine bergaul mesra dengan anak buah Blaze.

Candice yang siap bergelak ketawa dengan Liam. Bendahari sedang ajar chess pada setiausaha kelab Blaze. Hana sedang berborak dengan dua orang pelajar lelaki iaitu pemain kelab bola keranjang Blaze sendiri.

Di penjuru bilik kelihatan anak buah Nadine di bantu mengemas barang di rak dengan anak buah Blaze.

"Excuse me?Mak nenek?"soal Nadine sambil mencekak pinggang.

Blaze tekup mulut dan buat-buat muka terkejutnya.

"Opps...terlepas cakap."

Nadine berpaling, dia cuba cari barang untuk digunakan bagi melempuk Blaze.

"Tunggu eh!"matanya terarah pada papan catur di atas meja. Terus dia capai papan catur itu dan dihayun ke Blaze. "Sini...berani betul awak panggil saya mak nenek! Parents saya bagi saya nama elok-elok awak panggil saya mak nenek!"

Blaze melarikan diri dari tempat duduknya. Dia mengelilingi kelab itu sambil dikejar Nadine.

Hana yang lihat menggeleng kepala. Kan dah dipesan!

"Sini!Dasar jerkface!Biar saya sumbat mulut awak dengan papan catur ni!"

Blaze menjelir lidah ke arah Nadine sebelum berlari ke arah Hana yang sedang duduk di meja kerja. Lelaki itu berdiri di belakang kerusi Hana.

"Tak kena...."sakat Blaze.

"Han...kau putuskan hubungan kau dengan lelaki tak guna ni sebelum aku yang putuskan kau orang berdua!

"Jangan kau berani cuba suruh Hana ya...atau aku putuskan hubungan kau dengan Adam!"ugut Blaze pula.

"Apa?Ulang balik?"Nadine angkat papan caturnya tinggi-tinggi hendak elak dari mengenai Hana.

Hana yang berada di tengah-tengah mereka hanya mengangkat tangan. Cuba leraikan pergaduhan dua orang itu.

"Guys...cut it out!"minta Hana yang mana tidak dihiraukan oleh dua orang itu.

"Fine..mari kita test. Tengok siapa yang dia akan pilih. Aku atau kau."aju Blaze tiba-tiba.

Tangan Nadine tergantung di udara sambil memegang papan catur. Berhenti serta merta selepas mendengarnya.

"Okay...fine. Lagipun saya pasti Hana pilih saya dari awak..."

"Eh...asal libatkan orang pulak ni?"tanya Hana sambil dongak memandang mereka berdua.

"Now duck face...pilih. Aku atau Mak Nenek ni?"Blaze tunduk memandang Hana.

Hana pandang Nadine dan Blaze silih ganti. Memang tak lah dia nak pilih mereka berdua. DIa sayang Nadine, tapi pada masa yang sama dia suka Blaze.

Pada masa itulah pintu kelab itu terbuka. Ace berjalan masuk bersama Yuta di sisi dengan tangan penuh dengan makanan dan minuman.

Yeah!Penyelamat keadaan dah datang!

"Ace!Senior Yuta!"Hana berdiri mendadak dari duduknya setelah terpandang mereka. Menolak Nadine dan Balze sebelum bergegas mendapatkan dua orang itu dengan girang.

"Ada sesiapa lapar?"maklum Ace sambil mengangkat tangan ke atas. Menayang makanan yang dipegang.

Yuta fist bump dengan Hana sementara Nadine dan Blaze mula bertekak akan perkara yang sama di hujung bilik seperti adik dan abang bergaduh.

3. Prince Charming Untuk Clumsy CinderellaWhere stories live. Discover now