25.

2.7K 175 0
                                    

Petang Sabtunya semua pelajar-pelajar yang keluar akademi untuk menjalani sesi pertandingan mereka di avenue masing-masing pulang serentak.

Sibuk laman utama akademi itu dengan bas dan kenderaan-kenderaan yang membawa pelajar-pelajar. Di tambahkan lagi dengan pelajar-pelajar yang mahu menyambut kepulangan rakan-rakan mereka membuatkan suasana depan pintu utama akademi itu sesak.

Suara sorakkan dan laungan kemenangan kedengaran di celah kesibukan tersebut sewaktu dua orang lelaki berjalan mendekati kereta hitam yang baru sahaja berhenti di depan bas.

Terlebih dahulu pintu itu dibuka oleh seorang dari mereka sebelum penumpang kereta itu melompat turun dari kereta dan memeluk seorang dari mereka.

"Kita menang!"laung Nadine dengan gembira sewaktu memeluk Adam.

Adam mendukung Nadine sehingga kaki gadis itu tidak mencecah lantai.

"Congratulation!"ucap Adam sebelum mengucup tepi kepala Nadine dengan lama.

Ace di sebelah tersenyum melihat kemesraan dua orang itu, dia berdiri dengan tangan berada di dalam poket seluarnya.

Memerhati Hana keluar dari kereta. Dengan rambut seperti surai singa, gadis itu berdiri di depan pintu kereta lalu mengguap seluas yang mungkin sambil menggeliat. Belum cukup itu, Hana menggaru belakang badan kelesuan selepas beberapa jam dalam kereta.
Such a ladylike.

"Siapa yang score markah paling banyak??"tanya Adam selepas menurunkan Nadine ke bawah.

Hana yang masih mamai dari bangun tidur memandang letih ke arah Ace. Hairan kenapalah lelaki ni selalu ada setiap kali dia tiada mood. Kan tak pasal-pasal dia menyentap dekat lelaki ni nanti.

"Siapa lagi..."Nadine toleh ke arah Hana sambil tersenyum bangga.

Adam turut memandang ke arah yang sama. Lantas tersenyum lebar apabila melihat penampilan gadis berusia 17 tahun di depannya itu.

"Morning Han...dah nak masuk 3 petang pun." perli Adam.

Hana jeling ke arah Adam. Saja jer lelaki tu nak memerli dia. Tahu lah sekarang dah petang. Kalau ya tak payah nak perli bagai. Macam lelaki tu jer yang rasa happy sekarang.

"What e-menguap-ver...""balas Hana.

Ace mendekati Hana. Membantu Hana mengangkat bagasi gadis itu.

"Okay tak tempatnya?"tanya Ace semasa Adam dan Nadine mula berjalan masuk ke kawasan akademi.

Hana mengangguk kepala. dia kerling ke kanan dan kirinya. Mencari bayang Yuta. Takut-takut kalau dia bertemu dengan lelaki tu. Hatinya masih serba salah kerana kes tempoh hari.

"Bolehlah..."jawab Hana sambil menyorok sedikit pada Ace.

"Kau kalahkan dia orang cukup-cukup tak?"soal Ace lagi.

Hana ketawa kecil setelah mendengar soalan itu. Dia pandang Ace dengan senyuman sinis meleret ke kanan terukir di bibir.

"Trust me..you don't want to know."sebut Hana yang teringat akan apa yang berlaku sewaktu di convention centre itu.

Setiba saja dekat sana, Hana dan Nadine telah di anak tirikan dengan penganjur dekat situ. Layanan mereka teruk sangat terhadap mereka. Sampaikan semua peserta dekat situ trashing dekat mereka macam mereka ni budak hingusan.

Sekali masa pertandingan esok pagi tu. Hana dan Nadine lah yang cipta sejarah. Mereka berdua berjaya mengalahkan 6 orang peserta dalam masa 2 jam sahaja.

Setelah sampai ke peringkat akhir, nama Hana dan Nadine berada di rank pertama papan carta markah. Mereka yang paling banyak mengumpulkan markah tertinggi.

Sewaktu final, Hana dan Nadine telah dipasangkan dengan lawan yang mana memperlekehkan mereka dan merendahkan mereka. Nak tahu apa yang menarik, Hana telah kalahkan lawannya 20 minit selepas perlawanan dimulakan.

Meraung menangis mereka dibuatnya sejurus permainan tamat sampai siap melutut sembah di atas lantai penuh tertekan.

Dengan bangga Hana dan Nadine naik ke pentas menerima piala, sijil dan wang kemenangan mereka berdua. Yang mana Hana dapat tempat pertama, Nadine dapat kedua.

"Aku tahu kau mesti buat dia orang melutut menangis.."komen Ace sebab dia tahu Hana macam mana. Nampak jer Hana ni tak serius dan kebudak-budakkan tapi Hana bukan calang-calang orang kalau bab catur.

"Maybe..."Hana menarik senyuman leganya. Sebab lepas sudah tanggungjawab dia yang satu ni. Tak adalah Nadine meleterinya sepanjang masa supaya berlatih.

"Oh ya lupa...malam ni parti dekat rumah Blaze...kau orang di berdua di jemput..."maklum Adam sewaktu jalan memeluk pinggang Nadine dengan tangan kiri dan tangan kanan mengheret bagasi Nadine.

Dengar saja nama Blaze di sebut Hana terus bungkam. Monster tu!

"Kau orang pergilah...aku penat..."luah Hana semasa mereka tiba di dalam akademi. Jauh dari pintu gerbang utama.

"Alah...jomlah...bukannya selalu kita boleh keluar akademi kalau Blaze Hunter Agung tu tak buat parti?"rengek Nadine di depan.

Hana bercemberut, dia seluk tangan ke dalam poket hoodie akademinya dalam-dalam. Mengenangkan apa yang lelaki tu buat, Hana terus jadi grumpy. Tiada mood! Sebab lelaki tu dia tak boleh nak buat apa-apa!

Kalau ini adalah peluang dia untuk kenakan lelaki itu, sudah tentu.

"Fine..."balas Hana dengan jengkel.

"Yeah....parti!"Nadine tumbuk udara dengan bersemangat sementara Adam di sisi ketawa.
Hana hanya memandang tidak berminat ke satu arah bersama Ace di sisi berjalan seiring dengannya. Tengoklah apa dia nak buat nanti dekat lelaki jerkface tu!

3. Prince Charming Untuk Clumsy CinderellaWhere stories live. Discover now