45.

2.6K 159 0
                                    

Hana dan Nadine berdiri menghadap pensyarah penasihat kelab mereka dengan muka tak boleh blah lepas dengar apa yang disampaikan oleh lelaki di depan mereka.

"Apa sir cakap tadi?soal Nadine dengan muka terkejutnya.

"Bilik kelab bola keranjang sedang dibaik pulih. AJK mereka perlukan tempat untuk duduk sementara waktu. Disebabkan kelab kamu adalah kelab terbesar dan paling luas dalam akademi ni, guru penasihat mereka minta kita untuk kongsikan kelab bersama mereka sehingga bilik mereka selesai di baiki."jelas guru pembimbing kelab catur pada Nadine.

Nadine berdengus tidak percaya, macam tak masuk akal.

"Kami?Dengan mereka?"Nadine tunding jari dekat dada dan ke arah pintu. "Memang tak lah...tak sampai lima minit kami dalam satu bilik, kami akan bertikam lidah."luah Nadine.

Hana dekat sebelah tak tahu nak cakap apa. Dia tak ada masalah pun nak berkongsi bilik kelab. Lagipun kelab mereka besar. Nadine saja yang tak berapa gemar sangat dengan ahli kelab bola keranjang tu.

Sebabnya Candice adalah pengurus pasukan kelab tu. Manusia yang Nadine anti sangat selain Blaze kapten pasukan kelab itu.

"Saya faham situasi kamu Nadine..."keluh Sir Gerald sewaktu tunduk memeriksa hasil kerja pelajar-pelajarnya.

"Kalau faham sir tak patut tempatkan mereka dekat situ. Nak hadap muka si Candice tu lima saat dah buat tekak saya kembang. Inikan lagi kapten pasukan mereka. Arahkan kelab lain untuk tempatkan mereka. Saya tak setuju. Lagipun kenapa mereka nak renovate kelab mereka sekali lagi! Bulan lepas dah renovate kan."bebel Nadine sewaktu Hana berdiri di situ selaku naib presiden hanya mendiamkan diri.

Tahun pertama selepas Nadine dilantik sebagai Presiden Kelab, Nadine terlibat perang dengan Candice yang waktu itu cuba rebutkan kedudukan sebagai presiden. Sampaikan dua orang itu saling bercakaran dan menarik rambut.

Candice tak minat dalam catur tapi saja nak sakitkan hati Nadine saja sebarkan cerita tak elok tentang Nadine sampaikan Nadine terpaksa di gantung sebagai Presiden Kelab. Lepas tamat tempoh pergantung Nadine kembali menjadi Presiden sehinggalah sekarang. Disebabkan hal itu sampai sekarang Nadine tidak boleh terima kehadiran Candice di depan matanya.

"Saya tak setuju. Saya tak nak!"rengek Nadine bersunguh-sunguh.

Sir Gerald mengangkat kepala. Memandang kasihan ke arah Nadine. Bukannya dia nak susahkan hati pelajar kesayangannya ini. tapi sudah di beri arahan dari pihak atasan sendiri, dia tak boleh nak buat apa-apa.

"Maafkan saya Nadine. Pihak pengurusan dari atasan yang beri arahan."

Nadine melepaskan dengusan tidak percayanya.
"Unbelievable."ucap Nadine yang terbayang wajah Blaze dan Candice dalam kepala buatkan dadanya senak sebab terlalu benci dan jengkel dengan dua makeluk itu. Terus tangannya naik mengurut dahi apabila kepalanya tiba-tiba diserang migraine.

Masa itulah pintu pejabat itu terbuka, seorang pensyarah lelaki berjalan masuk bersama dengan beberapa orang pelajar di belakang. Sir Gerald, Hana dan Nadine dengan serentak berpaling ke belakang. Memandang kedatangan tetamu tidak diundang mereka.

"Sir Howard."sapa Sir Gerald pada guru penasihat kelab bola keranjang itu. "Saya baru saja hendak panggil untuk berbincang." ujar Sir Gerald sewaktu kumpulan itu jalan mendekati meja kerjanya.

"Ya ke...baguslah. Sebab saya pun datang sebab nak bincang. Jadi macam mana. Boleh kan?"soal Sir Howard sambil memandang Nadine dan Sir Gerald silih ganti.

Nadine menyilang tangan ke dada dan memandang ke arah dinding sebab tak nak pandang muka Candice yang berdiri di sebelah Presiden kelab itu, Blaze Hunter.

Hana disebelah Nadine, curi-curi memandang Blaze dibalik kepala Nadine. Dia ingatkan dia tidak obvious sangat. Sekali dia pandang ke arah Blaze lelaki itu turut merenung ke arahnya pada masa yang sama.

Hendak melompat keluar jantung Hana rasa masa tu. Terkejut dia bila nampak renungan Blaze yang seperti mahu menelan dirinya hidup-hidup. Hana apa lagi, cepat-cepat dia kembali memandang ke depan kerana gelabah.

Sir Gerald pandang Nadine dengan renungan berharap.

"Nadine..."panggilnya seakan meminta izin pada gadis itu.

Nadine pandang Gerald dengan renungan mengalah lalu perlahan-lahan mengangguk kepala.

3. Prince Charming Untuk Clumsy CinderellaWhere stories live. Discover now