62.

2.5K 171 1
                                    

Hana mengetatkan kot labuh ke badannya kerana kedinginan sewaktu menuruni tangga. Dengan langkah berhati-hati dia menuruni tangga marmar untuk ke tingkat bawah.

Lepas dapat panggilan dari Blaze tadi, Hana dapat merasakan sesuatu tidak kena telah berlaku. Suara lelaki itu dalam panggilan memberitahu Hana, Blaze sedang susah hati.

Sebab ingin tahu punya pasal Hana gagahkan dirinya untuk menyusuri laluan koridor sendirian semasa hujan ribut di luar sedang berlaku.

Beberapa ketika kemudian Hana tiba di pintu belakang bangunan. Blaze yang beritahu supaya guna pintu tu. Disebabkan akademi itu lama, pintu di situ agak berkarat dan sukar untuk dibuka, Hana bergelut sendirian sewaktu menarik pintu kayu berselak kayu besar itu supaya terbuka.

Lepas berjaya menguak sedikit pintu itu, Hana selinapkan badan kecilnya melalui kuakan pintu tersebut. Keluar dari situ hanya untuk bertemu dengan kilat dan hempasan air hujan.

Kedegum!

Kilat menyambar langit dengan terang sewaktu Hana menjejak kaki keluar dari bangunan itu. Hana berdiri di depan pintu dengan muka teragak-agak. Hana dongak memandang langit sambil meletakkan tangan di atas dahi sebagai payung.

Dalam dilema dia redah juga hujan itu. Tempias hujan membasahi kot yang berada di badan, mengenai rambutnya sewaktu dia berlari di tepi bangunan dan menyusuri laluan gajah menyusur sebelum tiba di satu lorong kecil yang menghala ke bahagian yang tidak diterokai dalam akademi itu.

Sambil mengulang imbas arahan yang Blaze berikan kepadanya di dalam kepala, akhirnya Hana tiba di sebuah menara. Tangga menara itu berpusar-pusar dan gelap. Buatkan dia tersandung kain dress pijama tidurnya dan calarkan lututnya sendiri sewaktu mendaki anak tangga tersebut.

Walaupun kesejukan dan luka, ia tidak dapat menghalang Hana untuk meneruskan perjalanannya.

Sepanjang perjalanan itu Hana hairan dan kagum. Dua tahun dia duduk sini tak pernah dia lawat tempat-tempat sebegini. Sejak Blaze menghantui hidupnya, pelbagai jalan rahsia dan kawasan tersembunyi dia telah pergi.

Dalam keadaan tercungap-cungap dan tangan menggigil sebab kedinginan Hana akhirnya tiba di puncak menara. Kini dia berdiri di depan pintu kayu oak yang pemegangnya agak antik untuk abad ke-21 ini.

Perlahan-lahan Hana angkat tangan dan mengetuk permukaan kayu itu beberapa kali. Oleh kerana tidak dijawab, Hana ambil keputusan untuk masuk ke dalam tanpa dipelawa.

"Senior?"panggil Hana semasa menjengah kepala ke ruangan yang sepertinya sebuah bilik tidur.Terdapat sebuah katil di sebelah kanan, perapian di sebelah kiri, satu kerusi panjang di bawah jendela berhadapan pintu.

Dan di tengah ruang itu, Blaze duduk di lantai bersandarkan sofa sambil memeluk kaki rapat ke dada.

Hana mendekati lelaki itu perlahan-lahan sebelum melutut di sebelah Blaze. Dengan perasaan takut-takut, Hana angkat tangan lalu menyentuh lengan berkemeja Blaze yang telah basah kuyup dengan cengkaman lembut.

Sentuhan itu mengejutkan Blaze. Lelaki itu tersentak lalu mengangkat kepala.

Kening Hana mencerlung risau apabila dia menatap wajah Blaze.

"Kau datang..."sebut lelaki itu dengan perlahan seperti orang tiada semangat.

"Senior tak apa-apa?"tanya Hana dengan nada lembut.

Blaze terus hulurkan tangan dan menarik Hana ke dalam pelukan. Lelaki itu menyembamkan mukanya ke dada Hana. Tidak peduli kalau pakaian dia membasahkan Hana. Apa yang dia perlukan sekarang adalah gadis itu di dalam pelukannya.

Hana yang kebingungan itu tidak tahu hendak buat apa. Secara nalurinya dia angkat tangan dan mengusap belakang kepala Blaze dengan perlahan. Sebelah lagi menepuk tulang belakang lelaki itu.

"Tak apa...senior boleh menangis, rahsia senior selamat dengan saya.."pujuk Hana.

Masa itulah Blaze mula menangis. Bahu lelaki itu menggeletar kuat dan pelukannya pada sekeliling badan Hana dieratkan lagi.

Hana dapat dengar esakan tanggis Blaze dibalik hempasan hujan di jendela. Tanggisan yang kedengaran sangat lirih sampaikan Hana yang dengar ikut terasa sakitnya.

Apa yang dah berlaku?Apa yang dah buatkan Blaze sedih macam ni? Kenapa lelaki yang terkenal dengan karakter samseng dan kuat ini broke down begini?Itulah soalan yang terlintas dalam fikiran Hana.

Setelah seketika, Blaze menjarakkan dirinya dari Hana. Meleraikan pelukan itu supaya dia dapat memandang Hana. Blaze menatap wajah Hana dengan mata basah dengan air mata.

Wajah dan rambut hitam panjang gadis itu kuyup. Memberitahu Blaze, gadis didepannya ini telah meredah hujan demi dirinya.

"Tak ada siapa...tak ada siapa yang nak cuba dengar aku.."luah Blaze. "Tak ada siapa nak faham perasaan aku..aku penat."luah Blaze sebelum sandarkan kepalanya ke dada Hana.

Hana yang dengar berasa hiba. Tak pernah dia lihat lelaki ini dalam keadaan teruk begini. Apa yang dah berlaku sebenarnya?

Sambil tersenyum nipis, Hana kucup ubun-ubun Blaze. Lalu menggosok belakang badan lelaki itu dengan lembut.

"Saya ada dekat sini..."pujuk Hana separa berbisik.

Blaze mengeratkan pelukannya disekeliling pinggang Hana.Perasaannya waktu itu ibarat aliran eletrik yang menghangatkan menjalar di seluruh badannya. Enggan perasaan itu berakhir.

Blaze jarakkan pelukannya. Dia pandang Hana tepat ke mata.

"Jangan tinggalkan aku Hana."ucap Blaze sambil mencapai tangan Hana lalu dibawa ke bibir. "Aku merayu...."mintanya di balik sendu.

Air muka Hana berubah setelah mendengar kata-kata itu. Senyumannya hilang dari bibir.

"Apa senior cakap?""soal Hana yang berasa tidak percaya.

Blaze tekap kedua-dua belah pipi Hana."

"Tolong jangan tinggalkan aku...""sebut Blaze dengan perlahan tetapi kedengaran terdesak. "Aku dah tak ada sesiapa lagi..."nangisnya dengan sedih.

Hana ikut menangis. Dia yang jenisnya pun cengeng dengan mudah berjangkit sedih dari Blaze.

"Apa yang dah berlaku?Kenapa senior sedih macam ni.?"tanya Hana sambil menyeka air mata Blaze.

Blaze rehatkan kepalanya ke dada Hana. Dia rindukan hidup lamanya. Dia rindu sewaktu ibunya masih hidup dan ayahnya melayani dirinya dengan baik tanpa pilih kasih.

Hana tolak kepala Blaze jauh dari dadanya. Dia tekap kedua-dua belah kepala Blaze lantas memandang tepat ke mata lelaki itu.

"Kalau senior nak saya tolong senior, senior kena beritahu saya apa yang berlaku...saya janji. Saya takkan tinggalkan senior."kata Hana bersungguh.

Blaze pandang Hana dengan lama lantas mengangguk kepala dengan lemah.

"Kau janji?"soal Blaze.

Hana tersenyum bersama air mata berlinangan di pipi.

"Saya janji."ucap Hana sebelum mengucup dahi Blaze dengan kasih sebelum memeluk kepala lelaki itu dengan erat.

3. Prince Charming Untuk Clumsy CinderellaOnde histórias criam vida. Descubra agora