40.

2.6K 161 0
                                    

Dua hari di hospital, Hana kemudiannya keluar dalam keadaan sihat setelah dijaga Nadine, Adam dan Ace silih ganti.

Dengan muka berseri ceria seperti biasanya, Hana jalan melintasi koridor sambil ditemani Nadine di sisi. Memberitahu dia apa saja yang dia terlepas sepanjang dua hari dia tidak hadir ke kelas. Dan semua itu ibarat masuk telinga kanan keluar telinga kiri.

"Ya-ya..aku tahu."

"Kau jangan ya-ya kan aku. Siapkan kerja sekolah tu...nota aku dah tolong salinkan kau..kau copy jer. Latihan semua aku dah letak dalam lokar. Sebelum balik asrama nanti kau siapkan. Kalau tak siap tahu lah apa aku nak buat."bebel Nadine sambil memulas telinga Hana semasa mereka hampir hendak tiba di lokar.

"Jeez woman...why so violent?"soal Hana yang berpaling memandang Nadine. "Aku baru keluar hospital kot...berlembut lah sikit."Hana usap telinganya yang sakit dipulas oleh Nadine.

Mulanya Nadine hendak membuka mulut, tetapi terkatup semula apabila matanya terarah pada depan lokar mereka berdua.

Disitu, depan lokar Hana, bersandarnya lelaki yang mengenakan kemeja hitam menyilang tangan ke dada sambil kepala tunduk ke bawah seakan tidur.

"Apa lagi yang dia nak?"gerutu Nadine semasa merangkul lengan Hana.

Hana yang perasan akan kehadiran Blaze hanya memandang kagum lelaki kacak menyakitkan hati berdiri di depan lokarnya.

"Asal mamat tu dekat sini?"bisik Hana pada Nadine semasa mereka menghampiri lokar.

Dua orang gadis itu berdiri tegak menghadap Blaze yang sedang tunduk memejam mata di lokar tersebut. Menanti lelaki itu menyedari kehadiran mereka.

"Ehem..."dehem Hana untuk menarik perhatian Blaze yang mana berjaya.

Bila Blaze angkat kepala, Hana terus menahan nafas terkejut dia. Matanya terbutang luas sewaktu memandang wajah Blaze. Wajah yang bersih dan kacak itu kini berlebam dan kebiruan.

Kening Nadine berkerut kerana terkejut melihat rupa paras Blaze. Tepi bibir lelaki itu kebiruan. Tulang pipi dan tepi mata bengkak. Kening bertampal dengan pelekat luka. Samseng ni kan kalau sehari tak terlibat dalam masalah memang tak hidup agaknya!

"Boleh ke tepi tak?"soal Nadine bernada jengkel.

Blaze tidak menghiraukan Nadine. Dia hanya fokus pada Hana. Dia lirik Hana dari atas ke bawah. Memeriksa sama ada gadis itu cukup sifat atau tidak selepas beberapa hari menghilang.

"Hidup lagi kau rupanya?"komen Blaze bersahaja.

Hana buat muka lepas dengar. Apa lelaki ni harapkan dia mati sangat ke?

"Ya..saya hidup lagi. Sorry sebab kecewakan senior sebab saya hidup lagi."sentap Hana sambil menekankan perkataan 'hidup' dengan kening mencerlung.

Blaze tolak dirinya dari lokar dan menghampiri Hana bersama renungan dalam dan menakutkannya.

Hana berdiri kaku dekat situ sebab terkejut, sementara Nadine dah bersedia dekat sisi untuk pertahankan Hana sekiranya lelaki itu cuba hendak lakukan apa-apa.

Blaze berdiri di depan Hana lalu mendekatkan mukanya ke depan Hana.

"Jumpa aku dekat tempat biasa lepas habis kelas nanti. Kau lambat jangan salahkan aku kalau sesuatu berlaku..."kata Blaze dengan nada perlahan sewaktu menjeling ke Nadine. Tidak mahu perempuan menjengkelkan itu kacau daun.

Hana menelan air liur gemuruhnya selepas mendengarnya.

"Dengar tak?"deram Blaze.

Hana mengangguk perlahan.

Dengan jelingan tak puas hati ke Nadine, Blaze berlalu dari situ sambil melanggar bahu Hana dengan sengaja. Buatkan Hana undur ke belakang akibat tolakan itu.

Nadine berpaling memandang langkah Blaze dengan jelingan tak suka.

"Apa dia nak?"tanya Nadine sejurus kembali memandang ke sisi di mana Hana berada.

Hana menjungkit bahu.

"Entah."jawabnya yang memang tak tahu apa yang Blaze nak. Bukannya dia boleh baca fikiran tu.

3. Prince Charming Untuk Clumsy CinderellaWhere stories live. Discover now