65.

2.5K 168 5
                                    

Pagi Ahad Hana call Ace supaya bertemu dia di taman tempat mereka bertemu tempoh hari.

Seperti yang dinasihatkan Nadine, Hana ambil keputusan untuk beri kata putus pada Ace supaya lelaki itu tidak lagi sakiti hati sendiri dengan terus menyukainya.

Selepas sarapan, Hana terus turun dari asrama ke laman akademi. Apabila dia tiba di taman, Ace sudah sedia menunggu di bangku.

"Lama sampai?"sapa Hana semasa mengambil tempat di sebelah Ace.

Lelaki yang murah dengan senyuman itu menggeleng kepala.

"Tak ada..baru lima minit macam tu...so apa yang kau nak bincangkan sangat dengan aku?"Ace letakkan sebelah kaki di atas bangku sementara tangan kanannya berada di kepala bangku. Menyelesakan dirinya.

Hana tatap wajah Ace dengan hati yang berat. Jauh di sudut hati Hana, terdapat satu ruang istimewa di hatinya untuk Ace.

Oleh kerana lelaki ini sentiasa ada bersamanya sewaktu dia sakit dan susah hati, menyenangkan hati dan melayaninya dengan baik buatkan Hana sayang pada Ace.

Tapi tidak lebih dari suka seorang kawan. Ianya perasaan istimewa yang mana kehadiran Ace dalam hidupnya akan buatkan dia ingat sampai bila-bila.

"Hana to earth.."Ace petik jari di depan muka Hana sambil tersengih. "Kacak sangat ke aku ni sampai kau pandang aku lama-lama macam tu?"

Hana memegang tangan kiri Ace dengan kedua-dua tangan lalu diletakkan atas pehanya.

"Maafkan saya Ace..."ucap Hana serta merta bersama senyuman sedih di bibir. Air mata bertakung di kelopak mata.

Kening Ace berkerut bila dia lihat Hana hendak menangis.

"Hei..kenapa ni?Tak ada apa yang kau perlu minta maafkan. Kau tak buat apa-apa salah dekat aku..."pujuk Ace sambil menyeka air mata dari tepi mata Hana dengan kasih.

Hana menggeleng kepala.

"Saya salah. Sebab buatkan awak berharap pada saya, tapi saya tak boleh balas perasaan awak..."terus menangis Hana dibuat rasa serba salahnya. "Maafkan saya Ace...saya tak ada niat untuk buatkan awak suka dekat saya..."

Ace tersenyum lalu menarik Hana dalam pelukan. Dia pegang kemas belakang kepala Hana lalu menghayun badannya kanan dan kiri dengan lembut.

"Shhh...it okay. Aku tak minta kau balas perasaan aku pun. Tak ada yang kau perlu minta maafkan."Ace termenung memandang langit. "Cinta ni universal. Sesiapa saja boleh jatuh cinta. Sesiapa boleh ada rasa suka pada seseorang."

Ace hayun badannya ke kanan dan kiri dengan lembut semasa Hana masih dalam pelukannya.

"Suka pada orang yang sama atau yang berlainan. Kita tak boleh halang perasaan cinta tu dari berputik."pujuk Ace.

Hana menangis dengan lebih hiba lagi sebab terkilan sangat sebab tak pilih Ace. Selepas apa yang lelaki itu telah lakukan untuk dia.

"Maafkan saya...saya sukakan Blaze tanpa saya sedar."

Ace tersenyum selepas mendengarnya.

"Kau terima dia?"tanya Ace sambil mengusap belakang badan Hana.

Hana mengangguk kepala. "Maafkan saya."

Ace jarakkan Hana dari pelukannya, dia pegang bahu Hana dan memandang garang ke gadis itu.

"Berhenti menangis atau aku takkan bercakap dengan kau lagi!"

Hana pandang Ace bersama air mata berlinangan di mata.

Lantas Ace tersenyum ikhlas. "Aku tahu kau pilihan terbaik untuk dia. Dan aku rasa dia perlukan kau dari aku. Kadang-kadang bila mencintai tu tak semestinya kita kena memiliki" "Ace seka air mata dengan ibu jarinya dari pipi Hana.

Hana tersenyum lega melihat reaksi Ace.

"Awak tak apa-apa?"tanya Hana yang memikirkan soal perasaan Ace.

"Mesti lah aku sedih. Tapi nak buat macam mana, cinta tak kesampaian. Lagi pun aku masih muda pun. Banyak masa lagi untuk cari cinta. Dan aku harap hubungan kau berkekalan sampai bila-bila."Ace jentik hujung hidung Hana dengan perlahan

Hana menarik senyuman nipis di bibir.

"Saya yakin akan awak akan bertemu dengan seseorang yang lebih baik dan yang mencintai awak lebih dari sesiapapun."ucap Hana bersama suara serak sedihnya.

Ace tersenyum mendengarnya. "Aku harap macam tu jugak..."balas Ace dengan renungan redupnya pada Hana.

Hana melepaskan nafas leganya sewaktu Ace mengusap rambutnya mahu memujuk.

3. Prince Charming Untuk Clumsy CinderellaWhere stories live. Discover now