54.

2.4K 168 0
                                    

Hana habiskan masa dekat kelab bersama Nadine, Liam dan Bendahari. Hendak siapkan kertas kerja kelab mereka sebelum tournament musim sejuk tiba.

Pada masa yang sama kelab bola keranjang sedang mengadakan persidangan. Berbincang mengenai tournament musim luruh mereka yang bakal tiba tidak lama lagi.

Jadi mereka gunakan ruang sidang kelab catur dengan papan putih penuh dengan catatan dan jadual.

"Candice..ambikkan aku air..."arah Blaze semasa setiausaha kelab tunjukkan jadual tarikh dan tempat tournament mereka bakal diadakan.

Candince yang sedang duduk menconteng buku tidak berminat dengan perbincangan itu terus tegakkan kepala apabila suara dalam Blaze menyapa telinganya."

"Okay."balasnya sebelum memusingkan kerusi untuk menghadap ke ruangan dimana Hana sedang duduk bersama Nadine di sisi menyiapkan sesuatu di dalam laptop.

"Oi..Duck Face...ambilkan air.""arah Candice dengan selamba.

Nadine dan Hana menyentak kepala ke arah Candice. Tidak terkejut dengan sikap sassy Candice, Nadine membuka mulut hendak bersuara, tapi Blaze terlebih dahulu menyampuk.

"Kau pekak ke apa?Aku sebut nama kau kan. Yang kau suruh orang lain kenapa?""kata Blaze dengan bersahaja. Buatkan mereka yang duduk mengelilingi meja sidang tersebut mengerling ke arah Candice.

Candice menarik muncung dengan bibir yang terpalit gincu merah itu.

"Alah...ini kan akademi awak. Pendek ceritanya kelab ni awak punya. Saya pengurus awak. So saya lagi tinggi jawatannya dari budak Duck Face tu..."sungut Candice dengan manja.

Blaze buat muka toya dia, sikit pun tidak terkutik dengan sikap manja Candice. Ada masa tu dia pernah terfikir nak sumbat kepala Candice dalam mangkuk tandas.
"
"Kau bangun sekarang. Ambik air tu sendiri" "arah Blaze sambil tunding jaring ke arah pintu.

Nadine dan Hana yang dengar hanya memerhati drama Candice. Gadis itu sememangnya pain in the ass.

"Saya penatlah...suruh jer mereka."berontak Candice sambil merengek.

Blaze terus hentak permukaan meja itu. Bunyi itu terlalu kuat sampai penuh ruangan dengan bunyi hentakan tersebut.

AJK kelab bola keranjang yang sudah terbiasa dengan keadaan itu sikit pun tidak terkutik, tapi Hana, Nadine, Liam dan bendahari melompat terkejut dengan amarah Blaze. "

"Sebelum aku sumbat kepala kau dalam mangkuk tandas, better kau bangun sekarang!"arah Blaze.

Candice berdiri dengan protes, dia menghentak kaki tidak puas hati. Lalu berpaling dari situ sambil jalan melenggokkan punggung. Buatkan beberapa mata keranjang mengerling ke arah Candice.

Blaze menggeleng kepala. Kalau bukan disebabkan Candice tu sepupu dia lama dah dia buang Candice dari sini. Mak longnya terlalu sayangkan Candice siap ugut dia lagi kalau tak jaga Candice dengan baik mak longnya akan susahkan ayahnya.

Walaupun dia tak berasa suka dengan sikap ayah dia padanya, Blaze tetap hargai ayahnya.

"Sampai mana tadi?"tanya Blaze sambil mencubit kerongkongnya sebab tekak dia rasa kesat dan sakit.

"Nama akademi yang bakal ikuti tournament nanti.""jawab seorang dari mereka.

Blaze mengangguk kepala. Sambil mendengar perbincangan strategi, jadual latihan serta pesaing-pesaing lawannya, Blaze tunggu kehadiran Candice dengan minumannya.

Tapi dekat 20 minit dia tunggu minumannya tidak sampai. Sepanjang masa itu Blaze kerap berdehem dan tunjuk muka tidak selesa.

Tiba-tiba muncul seseorang di sisi kerusi yang biasanya Nadine duduk. Segelas mug putih berada di atas meja, sebelah lengan Blaze yang sedang memegang papan carta.

Mata Blaze bergerak ke arah tuan punya tangan yang memegang mug tersebut sebelum dongak memandang ke atas.

"Untuk senior...."Hana pandang Blaze buat seketika. "Yang lain nak minum jugak ke?"soalnya sambil memandang mereka semua di situ.

Blaze capai mug itu lalu minum air kosong yang mana hangat tapi suam untuk legakan tekaknya.

3. Prince Charming Untuk Clumsy CinderellaWhere stories live. Discover now