59.

2.5K 170 0
                                    

Petang itu, Blaze menyuruh Adam bawa Nadine keluar dari akademi dengan alasan untuk temani gadis itu memberi barang dan dating bersama supaya dia dapat luangkan masa bersama Hana.

Blaze sedia maklum tentang perasaan tidak suka Nadine terhadapnya. Jadi dia tidak mahu Nadine menjadi batu penghalang di antara dia dan Hana. Kerana itu dia suruh Adam bawa Nadine keluar sampai malam biar dia dapat luangkan masa dengan Hana lama-lama.

Dengan bantuan makcik dewan makan, Blaze sediakan makanan untuk pikniknya. Lelaki itu bawa Hana ke laman akademi rahsia yang hanya Blaze saja yang tahu akan kewujudan tempat tersebut.

"Dah belum?"tanya Blaze bernada bosan.

"Sekejap."balas Hana sambil menggosok jari pada lukisan yang menggunakan pensel arang.

Blaze melepaskan keluhan lalu terbaring di atas lapik piknik setelah lengannya letih hendak menampung badan dia sejak 20 minit lepas untuk membuat gaya mengiringnya gara-gara ada yang mahu melukis dirinya.

"Aku penat.."ujar Blaze sewaktu memandang mata Hana yang mengenakan cermin mata bulat di wajah bersih milik gadis itu. Disebabkan terlalu tekun, Hana langsung tak sedar hujung hidungnya sudah terpalit dengan warna hitam.

Hana yang bersila menghadap Blaze sedang tunduk memandang drawing blocknya sewaktu Blaze memerhati dia.

"Han.."panggil Blaze.

Hana angkat kepala. Dia pandang Blaze yang baring berbantalkan lengan di depannya.

"Ada apa?"

"Ada sesuatulah dekat muka kau?"tunjuk Blaze sambil usik dahinya sendiri.

"Ya ke?Apa bendanya?"tanya Hana dengan selamba sentuh dahi menggunakan tangan kirinya yang kotor kerana kesan arang tadi. Habis terpalit satu garisan panjang di tengah dahi.

"Bukan situ...sini-sini.."Blaze sentuh pipi kirinya pula. Saja nak sakat Hana. Perangai clumsy Hana ni memamg tak boleh bawak bincang betul.

"Mana?Apa bendanya yang ada dekat muka saya?"soal Hana sambil menonyoh pipi kiri dengan tangan yang sama. Tak pasal-pasal comot satu pipi tu gara-gara jari dia yang kotor.

Blaze ketawa terbahak-bahak, asal lah bendul sangat Hana ni. Senang betul di kenakan. Lelaki tu baring telentang menghadap langit kerana senak di perut gara-gara ketawa.

Hana berkerut kening tak faham apabila melihat Blaze tiba-tiba saja ketawa. Entah apa-apa jer lelaki ni. Malas nak hiraukan Blaze, Hana kembali tunduk sambung melukis wajah Blaze sambil mendengar suara Blaze ketawa.

"Oh god...Hana what I'm gonna do with you.." ucap Blaze dengan sisa ketawanya. Lantas dia bangun dari baringnya. Tisu basah dalam bakul piknik diambil olehnya sebelum dia bersila depan Hana yang masih melukis.

Bersama senyuman main-main di bibir, Blaze pegang dagu Hana. Dia dongakkan kepala Hana yang tunduk itu supaya memandangnya.

"Apa ni...saya tengah sibukkan.."keluh Hana semasa bertentang mata dengan Blaze.

Blaze tersenyum lalu mula mengesat kesan hitam di dahi Hana dengan tisu basah tadi.

"Sekejap lah...kau boleh sambung lukis bila-bila kan.."kata Blaze.

Hana hanya mendiamkan diri. Dia nikmati pemandangan ciptaan Tuhan yang terindah di depan matanya saat ini. Blaze Hunter. Yang dulu di anggap musuh tetapi kini mendapat tempat di hatinya.

"Suka?"soal Blaze apabila menyedari dirinya ditenung lama dengan Hana semasa dia mengesat pipi Hana pula. Bukannya dia tak suka diperhatikan, dia suka je. Malah kalau boleh dia nak hanya Hana je yang tatap muka dia.

3. Prince Charming Untuk Clumsy CinderellaWhere stories live. Discover now