71.

2.6K 165 0
                                    

"Kamu buat apa?"tanya Hunter dengan muka terkejutnya.

"Putuskan hubungan Bella dengan Yuta."jawab Blaze dengan selamba.

Emelda bangun dari sofa lalu jalan mendekati Blaze.

"Apa yang kamu fikirkan?Kenapa kamu buat begitu?Kamu cuba rosakkan masa depan Yuta ke!"marah wanita itu.

Blaze pandang Emelda dengan senyuman sinis di bibir sebelum memandang ayahnya.

"Sama ada Blaze mahupun Yuta kami ada hak dan pilihan untuk tentukan hidup kita orang. Ibu dengan ayah tak sepatutnya masuk campur. Sepatutnya sebagai ibubapa, ayah dengan ibu sokong kami dan bantu kami untuk jadi orang yang lebih baik. Sikap ayah terutamanya yang suka membanding dan pilih kasih di antara anak bukan cara yang baik untuk bina keluarga. Kalau nak perfect sangat cari anak robot yang boleh di program ikut ciri-ciri yang ayah nakkan. Bukan Blaze."tegasnya.

Yuta yang sedang berdiri di sebelah sofa di mana ibunya duduk memandang kagum ke arah Blaze.

"Kamu dah gila! Kamu tahu tak Norman tu siapa! Kamu sewenang-wenangnya putuskan hubungan pertunangan Yuta begitu saja. Ayah tahu kamu tiada tujuan dalam hidup. Itu tak bermakna kamu boleh rosakkan hidup orang lain terutama sekali Yuta!"bentak Hunter selantangnya.

Blaze berpaling memandang Yuta lalu menyeluk tangan ke dalam saku poket seluarnya bersama senyuman sinis di bibir.

"Ya ke?Aku rosakkan hidup kau ke Yuta?"soal Blaze pada Yuta.

Yuta berdiri di situ tidak terkata sewaktu memandang Blaze.

"Blaze hentikan sikap tak guna kamu ni sebelum ayah hukum kamu!"arah Hunter dengan berang.

Blaze menjungkit bahu tidak kisah.

"Terpulang. Apa yang Blaze tahu, Ibu dengan ayah tak boleh atur hidup kami berdua lagi. Yuta menjadi anak yang baik ikutkan saja kata ibu dengan ayah sebab nak senangkan hati kalian. Tapi pernah tak ibu dengan ayah tanya, bahagia tak dia?"soal Blaze."Janganlah buat perkara yang sama macam ayah buat pada Blaze. Rosakkan anak sendiri demi capai keinginan diri sendiri."

Yuta bungkam di situ. Tidak menyangka Blaze akan pertahankan diri setelah apa yang dia telah lakukan terhadap Blaze. Dia banyak menyakiti Blaze dari Blaze sakiti dirinya.

Emelda pandang Yuta.

"Kamu bahagia bukan...Yuta kan?"soal Emelda dengan kening berkerut penuh harapan.

Hunter yang dengar berpaling memandang Yuta. Menanti jawapan dari anak lelaki kesayangannya.

"Bahagia..."sebut Yuta sewaktu memandang Blaze. "Kalau ayah dengan ibu tak lebihkan Yuta dan layan kami sama rata."sambung Yuta setelah itu. Dia pandang Hunter dan Emelda dengan renungan serba salah. "Maafkan Yuta ayah...ibu. Yuta tak cintakan Isabella. Apatah lagi Isabella. Dia suka pada Blaze. Tapi ayah paksa Blaze untuk mengalah demi kebaikan Yuta. Kami berdua masih muda. Banyak masa lagi untuk fikir tentang jodoh mahupun harta. Tak boleh ke kita jadi keluarga normal yang tiada kaitan dengan pengaruh dan harta semata??"

Emelda jatuh terduduk longlai di atas lantai. Sementara Hunter berdiri kaku di situ.

"Ibu fikir kamu bahagia dengan semua keputusan kami."luah Emelda dengan sedih.

Yuta melutut depan Emelda lalu memeluk bahu ibunya dengan kasih. "Yuta tahu...masalahnya kami masih muda. Tak sedia untuk memegang tanggungjawab ni lagi..Yuta janji. Bila masanya tiba, kami akan jalankan tanggungjawab kami dengan baik sebagai anak dan juga pewaris. Percaya dekat Blaze terutamanya bukan Yuta jer..."pujuknya.

Blaze tidak mahu menganggu. Dia berpaling dari situ untuk beri ruang pada Yuta meluahkan perasaan pada ibubapanya. Dia dah buat apa yang patut. Iaitu betulkan semula keadaan dan katakan apa yang ayahnya patut dengar.

Sebab selepas ini dia nak semua keputusan di dalam tangannya. Dia yang akan atur hidupnya dan tetapkan tujuan hidupnya bukan ayahnya mahupun sesiapa.

Sebaik sahaja keluar dari rumah agam itu, Blaze disambut dengan pemandu kereta di depan tangga. Pemandu itu memberi tunduk hormat pada Blaze lalu membuka pintu kereta untuk Blaze.

Blaze masuk ke dalam kereta tersebut dan duduk tegak memandang ke depan.

Sewaktu kereta itu bergerak, Yuta berlari keluar dari rumah agam itu. Berdiri dia situ memerhati kereta tersebut menjauh.

Setengah jam kemudiannya Blaze tiba di akademi. Langkah yakin lelaki berderap memijak lantai marmar laman akademi itu beritahu kini dia lebih yakin untuk maju ke hadapan.

Apabila dia tiba di pintu masuk utama bangunan akademi, dia di sambut dengan wajah cemberut tidak puas hati dari jauh. Wajah yang dah ubah hati dan pendiriannya.

"Lelaki jenis apa awak ni?Biarkan perempuan berdiri sendirian dalam kesejukan macam ni? Kenapa awak mesej saya suruh tunggu awak dekat sini awal setengah jam...Tak boleh ke mesej lima minit sebelum awak sampai sini. Ingat saya tunggul?Badan saya ni bukannya ada penebat haba atau bulu tebal...-"bebel Hana sewaktu Blaze mendekatinya.

Tanpa menghiraukan bebelan Hana, Blaze meletakkan tangan atas bahu Hana dan membawa mereka masuk ke dalam akademi sambil diiringi bebelan yang mana sudah menjadi kebiasaan Blaze.

3. Prince Charming Untuk Clumsy CinderellaWhere stories live. Discover now