23.

2.6K 183 0
                                    

Knock!Knock!

Ketukan pada permukaan tingkap mengejutkan Nadine yang bercakung di sebelah katil Hana. Serta merta dia bergerak ke arah tingkap dan membuka daun tingkap itu ke dalam dengan berhati-hati sebelum bersemuka dengan Ace.
"

"Awak dah datang...""sambut Nadine separa berbisik sewaktu undur ke belakang untuk beri ruang pada lelaki itu masuk ke dalam.
"

"Mana dia?""tanya Ace sewaktu menanggalkan kasutnya terlebih dahulu lalu dipegang dengan tangan sebelum melompat turun dari tingkap itu.

Nadine juih bibir ke arah katil Hana. Kawannya itu masih teresak-esak menangis tanpa suara. Berselimut seluruh badan kecuali kepala. Memeluk erat bantal golek rapat ke dada.

Ace memandang ke arah katil itu sewaktu tunduk meletakkan kasutnya ke karpet sebelah katil Hana dan jalan perlahan mendekati katil tersebut.

Nadine menyilang tangan ke dada dan jalan mendekati katilnya sendiri. Dia menggigit hujung ibu jarinya dengan resah.

"Saya tak tahu kenapa dengan dia. Dia kata dia tak nak ikut saya ke perlawanan catur tu gara-gara nak tengok Yuta. Mungkin sebab dia tak jumpa penganti untuk perlawanan itu yang dia menangis...saya tak tahu. Saya tanya dia tak nak jawab..."jelas Nadine semasa duduk di atas katilnya dengan perasaan serba salah.

Ace yang dengar duduk menghenyak punggung di bibir katil. Tunduk memandang Hana yang berselimut dan berair mata itu.

"Hei...""sapa Ace dengan senyuman di bibir.

Mata Hana bergerak memandang Ace. Badannya kekal begitu tidak bergerak.

"Kenapa menangis?"tanya Ace sambil mengesat air mata Hana dengan ibu jarinya.

Hana hanya menangis, semakin sedih dia bila ditanya begitu. Air mata berjuraian keluar dari matanya.

Ace mengusap tulang pipi Hana dengan lembut sebelum menyelak anak rambut Hana ke belakang telinga.

" Pernah dengar lagu Lavender's Blue Dilly Dilly tak?"tanya Ace sambil menurunkan beg gitar dari bahunya lalu diletak atas lantai. Gitar akustiknya kemudian dikeluarkan dari beg itu.

Hana pandang Ace dengan renungan ingin tahu, lantas gadis itu menggeleng kepala.
"

"Good...sekarang dengar. Aku tak tahu kalau suara aku sedap ke tak...tapi nak dibandingkan suara katak. Suara aku lagi bagus..."maklum Ace sambil tuned tali gitarnya.

Hana menurunkan selimut dari mulutnya untuk bersuara.

"Awak boleh bernyanyi?"soal Hana dengan serak nangisnya.

Sambil menarik sengih bangga Ace tunduk memandang tali gitarnya. "

"Sure...aku boleh buat semua perkara kecuali beranak...""seloroh lelaki itu.

Hana yang dengar berdengus kecil mahu ketawa tetapi dia tersenyum.

Nadine yang lihat betapa cepat nya perubahaan mood Hana setelah Ace tiba. Dia pandang ke arah Ace dengan renungan kagum. Mungkin disebabkan lelaki itu benar-benar ikhlas menyukai Hana.

"Dengar ya...Ehem.""Ace berdehem menyediakan tekaknya sebelum mula memetik gitar.
Mempersembahkan intro terlebih dahulu sebelum mula menyanyi.

Nadine yang dengar alunan lagu itu terbaring di atas katil, tenang setelah melihat Hana berhenti menangis. Malah rakannya itu siap tersenyum lagi tu.

Hana yang dengar alunan lagu itu mula berat mata. Alunan itu ibarat lullaby buatnya.

Ace pandang Hana sambil menyanyi dan memetik gitar. Berasa lega apabila gadis itu sudah berhenti menangis. Senyuman nipis yang terukir di bibir Hana di pandang Ace dengan lama sebelum lelaki itu tunduk memandang petikan gitarnya.

Malam itu, asrama pelajar perempuan ditemani dengan alunan lagu lembut dari Ace. Membuatkan suasana sekitar asrama itu tenang dan harmoni.

3. Prince Charming Untuk Clumsy CinderellaWhere stories live. Discover now