07.

3.1K 212 6
                                    

Wajah ikon dan juga idola semua pelajar akademi boleh dilihat di merata tempat dalam tempat itu. Wajah yang menjadi duta akademi tersebut. Sumber utama yang menyumbang nama baik akademi. Kim Yuta. Bukan sahaja bijak dalam akademik, malah cemerlang dalam kurikulum. Kapten kelab tenis dan ace utama kumpulan tersebut.

Popular bukan kerana rupa semata tetapi sikapnya yang sangat digemari oleh semua orang. Dari pensyarah mahupun staf akademi sangat menyenangi lelaki itu. Tidak hairan lah kenapa Hana sukakan lelaki itu.

"Hello..Hana to earth!"satu tangan melambai depan muka Hana sewaktu gadis itu termenung memandang lelaki yang sedang duduk di meja pelajar popular.

Suara ketawa lelaki itu telah mengundang senyuman di bibir kecil Hana.

Hana mengerling ke arah Nadine yang duduk menghadapnya di meja cafeteria. "Asal?"soal Hana dengan bosan sebelum kembali memandang lelaki yang duduk tiga meja jauh darinya.

"Aku tanya kau dah ada penganti belum untuk pertandingan catur tu?"soal Nadine.

Hana melepaskan keluhan panjang, mata dreamynya masih terarah pada Yuta.

"Belum."

"So kau akan ikut aku ke pertandingan tu lah maknanya."

Terus tegak Hana bila dengar. Dia pandang tak puas hati pada Nadine.

"Asal aku pulak? Kau kan ada Adam. Dia pandai main apa?Dalam hal ni kau yang paksa aku..bukan kerelaan aku..."cebik Hana.

Nadine buat muka sebelum menyuap salad campurnya ke dalam mulut lalu dikunyah dengan geram. Renungan mencerun tak puas hati terarah pada sahabat baiknya itu.

Memang dia sayang Hana, tapi ada masa tu dia nak sangat cekik kawan dia ni. Obses sangat dengan Yuta sampai tak boleh nak fikir benda lain. Menyakitkan hati betul!

"Adam dia ada exam hari tu...dia kan pelajar tahun akhir. Kau jangan nak libatkan dia. Aku tahu kau lagi expert dari mana-mana candidate untuk perlawanan tu. Kalau kau tak penuhkan kepala kau dengan si Yuta prince entah apa-apa tu...benda takkan jadi hal." jelas Nadine dengan menyampah.

Hana membuat muka sewaktu mengajuk bebelan Nadine. Menyampah! Anti betul dia kalau Nadine kutuk Prince Charming dia.

"Hai babe..."seorang lelaki muncul dari belakang Nadine lantas tunduk mengucup mahkota Nadine sebelum duduk di sebelah gadis itu.

Nadine tersentak dengan kehadiran lelaki itu tetapi kemudiannya dia tersenyum. "

"Hai Adam."senyumnya pada teman lelaki kesayangannya.

Hidung Hana kembang kempis menyampah melihat pasangan merpati sejoli depannya. Mula dah! Ulat bulu panjat lidi!

"Hai princess..."sapa Adam pada Hana setelah selesakan diri di sisi Nadine.

Hana menopang dagu bosan lepas jarak pandangan dia dihalang dengan kehadiran Adam di meja itu. "

"Hmm..."balas Hana dengan nada tiada mood.

Nadine pandang Hana dengan renungan serius. "Aku serius Han...kau cari penganti yang sama level dengan kau atau kau akan ikut aku ke perlawanan tu..."ulang Nadine.

Hana mengerling ke Nadine lalu mengangguk kepala mengalah.

"Ya..."Malas nak berbalah dengan Nadine.

Yalah Nadine ni dah macam kakak dia tau. Dia orang kenal sejak ibu mereka duduk dalam wad bersalin yang sama. Sampailah sekarang. Sakitkan hati Nadine adalah perkara terakhir yang Hana akan buat dalam dunia ni.

3. Prince Charming Untuk Clumsy CinderellaWhere stories live. Discover now