33.

2.5K 166 3
                                    

Selesai hantar keluarga masing-masing pulang semua pelajar bersurai ke dorm masing-masing. Ada yang bawa buah tangan bersama ada juga yang masuk ke dorm bersama mata sembab sebab menangis semasa berpisah dengan keluarga. Dan ada juga yang bermasam muka tidak puas hati.

"Jadi selama ni kau dah tahu dari awal?"suara marah-marah Hana kedengaran apabila pintu bilik dorm terbuka.

Nadine berjalan masuk dengan muka letihnya.

"Ya..."

"Tapi kau tak pernah beritahu aku!"

Nadine berpaling menghadap Hana. Berasa jengkel. Yalah kalau dia beritahu Hana, sama je. Hana akan tetap terkejar-kejar akan Yuta.

"Ada bezanya ke kalau aku beritahu kau?"

"Sekurangnya tak adalah aku nampak macam tak guna sebab tak tahu apa-apa tentang crush aku."Hana melenting.

Nadine melepaskan keluhan rimas. Dia tekap dahi dengan tapak tangan lalu berpaling menghadap jendela. Rimas la dengar nama lelaki tu. Kalaulah Hana tahu, mungkin kawanny tak kemaruk macam ni. Kalau bukan sebab dia tak nak tengok Hana menangis, dah lama dia beritahu Hana.

"Han berhenti boleh tak. Aku bosan tahu tak dengar tentang crush kau tu. Asyik-asyik Yuta, siang malam Yuta, sihat sakit Yuta. Dia sendiri tak hairan lah dengan kewujudan kau..bukannya dia akan balas perasaan kau tu!" luah Nadine.

"What?"soal Hana dengan muka sentap dia.

Nadine berpaling menghadap Hana dengan kening mencerun. dia pandang wajah tidak percaya Hana dengan perasaan serba salah. Lantaklah apa nak jadi, jadilah. Dia tak peduli. Apa yang dia mahu, adalah Hana jadi kawan dia semula. Bukan peminat fanatik yang asyik fikir tentang lelaki lain sampai tak ada life!

"Han..dia dah bertunang."maklum Nadine dengan nada mengalah.

"Huh?"mulut Hana ternganga.

Nadine jalan menghampiri Hana lalu memegang kedua-dua belah bahu kawannya. Sebenarnya dia tak nak beritahu semua ni. Tapi dia tak nak Hana terus berharap untuk perkara yang mungkin takkan terjadi sampai bila-bila. Iaitu Yuta membalas perasaan Hana.

"Dia adalah anak kepada Hunter, lelaki paling berpengaruh dalam negara ni. Untuk kukuhkan kedudukan Yuta dalam keluarga Hunter, Yuta perlukan sokongan. Sebab itu dia ditunangkan dengan anak perempuan Menteri Pertahanan negara ni...""jelas Nadine dengan kening mencerun serba salah.

Hana mengeleng kepala, dia tolak tangan Nadine turun dari bahunya.

"Tak...kau tipu."nafi Hana.

Tangan Nadine jatuh di sisi hilang semangat.

"Tak Han. Memang betul semua tu....pernah ke aku tipu kau?"Nadine pandang Hana dengan renungan menyesalnya.

Air mata bergenangan di kelopak mata Hana.

"Tak dia tak...dia single..."nafi Hana sebelum terduduk dekat lantai.

Nadine melepaskan keluhan letihnya. Dia ikut terduduk di lantai depan Hana. Lutut Hana dipegang dengan lembut.

"Maafkan aku Han...aku bukan tak nak beritahu kau selama ni. Tapi Adam kata, kalau aku beritahu kau, kau akan kecewa. Sebab tu aku diamkan diri..."

Mata Hana bergerak ke atas, memandang Nadine sewaktu titisan air mata turun dari kelopak mata Hana. Nadine yang melihat air mata itu berkerut kening. Dia tak suka Hana menangis. Sebab itu dia rahsiakan hal ni.

"Kenapa?"soal Hana. "Aku kawan kau...kalau kau beritahu aku awal-awal aku takkan teruskan perasaan ni sampai melarat macam ni"rintih Hana dengan sedih.

Nadine mengangguk kepala.

"Aku tahu aku salah. Sebab aku kawan kau lah aku tak sampai hati nak beritahu kau. Maafkan aku Han...tapi aku terlambat. Kau dah terlalu sukakan dia. Aku tak sampai hati nak tengok kau kecewa masa tu..."

Hana tunduk memandang ke bawah sebelum menekup muka dengan kedua-dua tangan dan mula menangis.

Nadine tarik kepala Hana ke dalam pelukannya. Dia sandarkan pipinya ke tepi kepala Hana. "

"Maafkan aku Han...aku betul-betul minta maaf..."pujuk Nadine sambil hayun badannya ke kanan dan kiri dengan perlahan seperti mendodoi anak kecil.

Hana menangis teresak-esak. Kecewanya dia saat ini. Hatinya seakan pecah berkecai. Segalanya musnah begitu sahaja. Macam mana semua ni boleh berlaku?

3. Prince Charming Untuk Clumsy CinderellaWhere stories live. Discover now