29.

2.7K 181 2
                                    

Bau ubat untuk antibakteria dan hospital menerawang di udara sekitar bilik rawatan Klinik Akademi membuatkan orang yang menghidu kerap kali tahan dan hembus nafas sebab tak tahan dengan bau tersebut.

Di atas katil pesakit, Hana dirawat oleh doktor lelaki bertugas pada hari itu. lelaki itu dengan kemas meletakkan casing biru gantung lengan di sekeliling leher Hana. Setelah itu lelaki itu memberi rawatan pada kaki Hana yang terseliuh.

"Ini kali ke berapa kamu ulang alik klinik
Hana."geleng doktor itu sewaktu memotong kain pembalut kaki Hana lalu berdiri tegak untuk meletakkan gunting dan gulungnya kain pembalut di atas dulang peralatan.

Hana menjungkit bahu tidak tahu. Manalah dia ada masa nak hitung keberadaan dia di sini berapa kali. Macam dah tak ada kerja pulak."Berapa lama lengan saya baru sembuh?"soal Hana.

Doktor itu memandang bahu kiri Hana lalu menyeluk tangan ke dalam labcoatnya.

"Seminggu dua macam tu. Saya dah betulkan urat terkehel kamu. Jadi tak lama..."jelasnya. "Hana...tolongla jaga keselamatan kamu. Kawal sikit sikap cuai kamu tu, mujur terkehel saja kalau patah macam mana?"pesan lelaki itu.

Hana hanya tersenyum bersalah pada lelaki itu. Mana tidaknya setiap kali dia cedera lelaki ini yang akan merawatnya.

Pernah sekali tu Hana terkelar jari jemari sendiri semasa lakukan kelas seni ukiran. Masuk-masuk klinik tu lelaki ni disapa dengan darah membasahi uniform Hana. Nasiblah tak hilang jari.

"Kamu rehatlah dulu. Saya nak buat panggilan pada pensyarah kamu untuk maklumkan pada dia apa yang berlaku."

Hana mengangguk kepala. "Terima kasih doktor."

Lelaki itu menarik langsir putih yang menyelubungi sekeliling katil pesakit Hana dan menghilangkan diri dibaliknya. Meninggalkan Hana sendirian.

Bersama keluhan panjang, Hana perlahan-lahan hendak sandarkan badannya ke belakang katil sebelum lagu rock mental kuat berdendang memecah kesunyian tempat tersebut.

Terkejut dengan bunyi itu Hana kalut mencari punca bunyi tersebut yang datang dari telefon bimbitnya. Setelah dia capai telefon yang berada di dalam poket kot uniform Hana dengan kelam kabut pegang telefon itu untuk mematikan bunyi tersebut. Kalut punya pasal sampai terbalik dia pegang!

Hish!

Bila Hana pandang skrin telefon, nama 'Sayangku Blaze' tertera semasa panggilan masuk. What?!Serta merta lagu rock heavy mental yang memekakkan telinga tadi kemudiannya senyap setelah Hana jawab panggilan tersebut.

"Hello?"jawab Hana dengan wajah bercemberut. Ini mesti kerja Blaze. Lelaki tu ubah ringtone telefonnya dan mengambil nombor telefonnya sekali tanpa kebenaran dia masa merampas telefon dia tempoh hari.

Jerk!

"Mana kau?"tanya lelaki itu dalam telefon.

Hana bersandar pada bantal yang ditegakkan dekat belakang badan sewaktu pegang telefon dan menggerakkan kaki yang berbalut untuk direhatkan ke atas bantal.

"Kenapa senior tanya?"

"Aku tanya tu jawab. Bukan tanya aku balik. Kau dekat mana?"marah lelaki itu lagi.

Hana mencebik bibir. Dia jauhkan telefon dari telinga. Bibirnya bergerak-gerak menyumpah seranah lelaki itu dengan senyap saat memandang skrin telefon dengan geram. Lelaki ni kalau tak ganggu dia dalam sehari tak boleh ke!Tak cukup apa yang dah terjadi dekat diri dia sekarang ni!

Hana bawa telefonnya semula ke telinga lalu bersuara. "Senior nak apa?Saya sibuk. Kalau senior nak menyakitkan hati saya dengan kata-kata senior tu, saya hang up."kata Hana dengan nada bosan tidak peduli.

3. Prince Charming Untuk Clumsy CinderellaWhere stories live. Discover now