60.

2.5K 156 3
                                    

"Selamat pulang tuan muda Blaze."sambut butler sewaktu lelaki berkemeja hitang lengan baju lipat hingga ke siku dan dituck in ke dalam skinny jean hitam berjalan masuk ke dalam rumah.

"Mana tuan?"soal Blaze semasa pandang kiri dan kanannya mencari seseorang.

"Beliau berada di dalam bilik bacaan."jawab butler itu.

Tanpa bersuara Blaze terus atur langkah ke tingkat dua sevelah sayap utara rumah agam tersebut. Beberapa minit berjalan dia akhirnya tiba di depan sebuah bilik pintu dua daun. Baru sahaja dia angkat tangan hendak mengetuk pintu tersebut, dengan sendiri pintu itu di tarik buka ke dalam. Membuatkan Blaze berdiri memandang orang yang berdiri di depannya.

"Isabella?"tanya Blaze dengan kening berkerut.

Isabella menarik senyuman nipis di bibir sebelum jalan melepasi Blaze tanpa berkata apa-apapun.

Dengan kening berkerut kehairanan Blaze berjalan masuk ke dalam bilik tersebut. Sebaik sahaja dia jejak kaki ke dalam ruangan itu dia disambut dengan renungan tidak puas hati oleh ayahnya.

"Ada apa panggil Blaze ke sini?"soal Blaze sambil jalan mendekati Hunter. Dan sebaik sahaja dia berdiri di depan lelaki beraura dominan itu tidak semena pipinya di tampar. Menyebabkan kepala Blaze berpaling ke arah kanan secara paksa.

PANG!

"Dasar anak tak guna!Tak cukup lagi ke dengan perangai kamu yang memalukan ni! Masih juga hendak berikan masalah kepada kami sekeluarga! Ayah tak sangka sekeji ini kamu rupanya."bentak Hunter tiba-tiba.

Blaze memalingkan wajahnya semula ke Hunter. Rahangnya berketik kerana keberangan. Sambil memamdamg marah ke mata Hunter, Blaze gengam jari jemari dengan seeratnya.

"Kamu tahu tak Isabella tu tunang Yuta. Dah sah-sah gadis tu dah berpunya kenapa kamu nak juga goda?Dah terdesak sangat ke?Kalau nak ayah boleh carikan untuk kamu. Tapi janganlah sampai kamu merampas hak orang lain!"tuduh Hunter lagi dengan berang.

Blaze yang tak tahu menahu apa yang sedang berlaku hanya diam membisu bersa hati yang senak kerana sakit dek di tampar sebentar tadi.

"Kamu tahu, Isabella datang beritahu ayah, dia mahu putuskan hubungan dia dengan Yuta kerana kamu telah menggoda dia sehingga dia mahu bersama dengan kamu bukan Yuta!"

Kening Blaze berkerut sebaik mendengarnya. Lelaki itu memandang terkejut ke Hunter.

"Bila masanya....dia yang menggatal dekati Blaze...tak pernah pun Blaze suruh dia buat semua ni!"

"Ahh..."marah Hunter. "kamu ingat ayah tak tahu. Kamu cemburu dengan Yuta. Sebab itu kamu buat semua ni untuk rosakkan masa depan dia!"

Dada Blaze naik turun hilang sabar. Dia pandang Hunter seperti mahu bunuh lelaki itu sekarang juga.

"Kamu dengar sini ya...ayah takkan izinkan kamu bersama-sama dengan Isabella apatah lagi merosakkan masa depan Yuta."arah Hunter sambil tunding jari di depan muka Blaze. "Kalau ayah tahu kamu macam-macam...ayah takkan teragak-agak untuk hantar kamu ke luar negara. Tinggallah kamu di sana sendirian."

Blaze pandang tepat ke mata Hunter. Betapa rabaknya hati dia saat itu selepas mendengar ancaman Hunter. Sampai hati orang tuanya berbuat begini terhadap dia. Anaknya sendiri.

"Blaze tak pernah cakap apa-apa dengan Isabella ayah. Apa lagi nak goda dia supaya putuskan pertunangan mereka berdua. Kenapa ayah tak boleh cuba untuk dengar sekali jer bila Blaze cakap?"tanya Blaze dengan renungan kecewa.

Hunter berdengus kasar.

"Salahkan diri kamu yang tak pernah cuba dengar kata orang tuanya sendiri!"cebik Hunter dengan benci sebelum berjalan keluar dari bilik tersebut.

Blaze mengetap gigi menahan sebak di dada. Sebu sangat apa yang dia rasa ketika itu.

3. Prince Charming Untuk Clumsy CinderellaWhere stories live. Discover now