30.

2.8K 178 2
                                    

Dengan senyuman kemenangan di bibir, Blaze ubah kedudukan kepalanya dan menyambung kembali mengucup bibir Hana buat beberapa ketika tanpa gangguan memandangkan Hana tidak lagi melawan kerana keadaan yang tidak mengizinkan gadis itu.

Beberapa minit kemudian barulah Blaze jarakkan diri untuk benarkan Hana bernafas dan juga dirinya. Perlahan-lahan tangan Blaze yang berada di kedua-dua belah kepala Hana turun melurut pada bahu Hana yang tergantung. Jari telunjuk lelaki itu menyentuh permukaan casing biru yang membalut lengan kiri Hana sebelum jatuh hinggap di atas peha Hana.

"Apa yang dah berlaku?"tanya Blaze sewaktu dia menggerakkan kepala ke kaki Hana yang berada di atas bantal. Berbalut jugak!

Hana mengecap bibirnya yang berdenyut kebas sewaktu menguak anak rambutnya ke belakang dengan tangan kanan saat cuba menenangkan jantungnya yang sedang berdegup kencang.

Pergh!Kalau lama lagi, pengsan agaknya sebab tak dapat oksigen. Apa jenis manusia Blaze ni?

Hana pandang kakinya lalu ke Blaze dengan jengkel. Dia nak marah tapi lelaki depannya ni buatkan perasaan dia bercampur baur. Sekejap lelaki ni menyakitkan hati. sekejap macam ni sekejap macam tu! Dia bingunglah!

"Jatuh."jawab Hana semasa bergerak untuk sandar ke belakang semula sebab badan dia betul-betul tengah sengal-sengal sekarang ni. Nak rehat tapi Blaze menyemak dekat sini tiba-tiba.

Blaze memandang Hana lalu melepaskan dengusan tak percaya lepas dengar. Tali leher yang terikat di kolar kemeja uniformnya di tarik longgar sebelum tiga butang dari atas di lepaskan kerana rasa bahang dan panas disekitar leher dan wajah ekoran kejadian tadi.

"Kau dengan jatuh kau memang tak boleh nak berpisah kan."komennya bersama senyuman sinis meleret dia. "Dalam sehari tu kalau tak jatuh tak hidup agaknya."

Hana bagi renungan 'grrr' pada Blaze. Tengok baru cakap, sekejap sweet sekejap menyakitkan hati! Bipolar betul!

"Senior nak apa sebenarnya ni? Kalau nak sakitkan hati saya better senior pergi."soal Hana."Dan tolong la berhenti kiss saya tanpa kebenaran!"marahnya dengan kening mencerlung.

Blaze ngesot mendekatkan jarak mereka berdua memandangkan Hana sandar ke belakang. Dia tak suka jauh-jauh macam ni! Rasa macam tertinggal sesuatu yang penting pulak.

Hana pandang pelik ke Blaze bila lelaki tu rapat padanya. Apa aje la Blaze ni nak dari dia?

"Aku cari kau sebab nak tahu jawapan untuk soalan yang aku tanya masa dekat rumah aku tu. Aku tunggu tapi kau buat tak tahu. Itu yang aku cari kau..."balas Blaze masa sondongkan badan dia dekat pada Hana."Dan suka hati aku lah nak kiss kau bila, dekat mana,kau aku punyakan."bisiknya di depan muka Hana dengan jengkel.

Hana mengecilkan mata kerana marah dengan kata-kata Blaze. Suka hati je!Ingat dia ni apa?Mainan?Uh?Benda?Yang sesuka hati handle macam kepunyaan sendiri?

"Beritahu saya sebabnya."Hana merenung tepat ke mata Blaze.

Sengih nakal terukir di bibir Blaze masa mata dia tunduk memandang bibir Hana."Sebab kau dah luahkan perasaan suka kau dekat aku kan hari tu. Siap surat cinta bagai." sakatnya.

Hana membuat muka terkejut. Dia pandang tak percaya ke Blaze.Terus dia tolak dada Blaze supaya menjauh.

"Eh...bila masanya. Kan saya dah beritahu, surat tu untuk senior Yuta bukan untuk senior Blaze...jangan nak perasan boleh tak..." balasnya.

Blaze melambai tangan seakan menghalau lalat tanda tidak kisah.

"Ahh...apa-apa je lah. Apa yang aku tahu, kau kena sukakan aku bukan mamat selenge tu." Blaze bangun dari situ dan berdiri menghadap Hana.

Hana mencebik bibir menyampah. Cakap dengan Blaze macam cakap dengan alien. Tak faham langsung apa yang difikirkan oleh lelaki ini.

"Jerk!"getus Hana semasa memalingkan kepala ke kiri, tak nak pandang Blaze.

"Hana..."panggil Blaze dengan perlahan.

"Apa!"sentap Hana tak ada mood tanpa memandang Blaze. Pandang dinding lagi bagus!

"Pandang aku.."arah Blaze.

"Tak nak!"sentap Hana lagi.

"I said look at me..."

Hana berdegil. Dia berkerut kening geram memprotes.

Melihatkan Hana yang tak nak palingkan muka, Blaze gerak memegang bawah dagu Hana lalu memaksa Hana memandangnya.

Dengan kening mencerlung geram, Hana dongak pandang Blaze lepas dia dipaksa berpaling. Untung handsome kalau tak lama dia terludah. Geram punya pasal!

Tanpa berkata apa-apa, Blaze tatap satu-satunya wajah yang boleh buatkan dia lupa semua masalahnya ini lama-lama.

Semua orang sukakan Yuta. Semua orang. Tak ada yang terkecuali. Dari ayah Blaze, pensyarah dan semua pelajar dalam akademi ni, termasuklah gadis-gadis yang dia pernah suka dulu. Sampaikan Blaze tak ada peluang untuk bercinta gara-gara Yuta.

Jadi apa salahnya kalau dia ambil seorang dari peminat Yuta. Bukannya lelaki tu rugi apa-apa. Dan kali ni dia nekad, dia takkan mengalah pada Yuta tak kira apa sekalipun sebabnya.

"Please don't get mad.."minta Blaze dengan sengih meleret dia.

Hana berdengus menyampah."Kalau senior berhenti buat perangai menyakitkan hati macam ni tak adanya saya marah.."

"Kalau kau berhenti lawan kata aku, maybe." kata Blaze bernada tak kisah.

Lepas ditenung lama dengan Blaze, Hana alihkan tangan tu dari dagu."Yang senior ni sibuk nak saya sukakan senior, senior sukakan saya ke?"tanya Hana terus terang. Buat apa nak basa basi bukannya dapat apa-apa. Terus terangkan lagi bagus.

Jelas dan Tuntas!

Blaze ketawa selepas mendengarnya. Lalu dia jentik lembut hujung hidung Hana."Aku tak suka kau." Buat apa dia beria sukakan seseorang kalau orang tu tak sukakan dia. Buang masa! "Tapi aku nak kau sukakan aku je. Itu yang penting."

"What?!"tanya Hana dengan muka terkejut. Seriously? Ingat dia ni apa?Asal tak guna betul punya perangai ni.

"Lagipun...tak ada siapa boleh resist ketampanan aku...termasuk kau.."kata Blaze lagi sebelum mengucup sepintas lalu bibir Hana.

Hana tergamam, dia memandang terkejut ke Blaze. Malah dia tak berkedip pun lepas di kiss.

"Gerak dulu...'sayang'" sakat Blaze sebelum berpaling keluar dari situ dengan senyuman nakal di bibir.

Kening Hana berkerut, bibir dia mencebik benci."Prick!"sebutnya dengan menyampah masa perhatikan langkah Blaze sebelum memejam mata untuk berehat.

3. Prince Charming Untuk Clumsy CinderellaWhere stories live. Discover now