12.

2.8K 211 3
                                    

Ruang seperti kawasan lobi itu diubah menjadi makmal komputer. Meja bulat dengan lubang ditengah-tengah disusun dalam dua barisan. Memanjang merentasi tempat itu. Berpuluh set komputer tersusun mengelilingi meja bulat itu.

Memudahkan pelajar-pelajar keluar masuk tersebut dan menjimatkan ruang untuk memenuhi tersebut dengan kelengkapan tersebut. Antara ramai-ramai pengguna komputer di situ, kelihatan dua orang itu duduk rapat menghadap satu komputer. Berhimpit hendak melihat lebih jelas apa yang ada di skrin tersebut.

"Ada tak?"soal Hana.

"Sabar boleh tak...benda bukannya senang.." jawab Ace sambil menaip laju papan kekunci dengan mata meneliti setiap butiran dan nombor yang terpapar di skrin komputer tersebut.

Hana yang tidak faham sepatah haram bahasa komputer itu memandang bosan. Dia kerling jam tangan Ace lalu bersandar malas pada kerusi.

"Saya ada kelas ni..."sungut Hana.

"Aku pun...sabar lah."jawab Ace sambil menaip.

"Awak pandai main catur?"soal Hana sewaktu memandang jiran sebelahnya. Pelajar lelaki berheadfon di kepala sedang khusyuk bermain game perang-perang.

"Tak."jawab Ace.

"Rugi...kalau awak pandai senang hidup saya.." seloroh Hana.

Ace berhenti menaip. Lalu memalingkan kepala ke arah Hana.

"Kenapa?Type kau lelaki yang pandai main catur ke?Kalau kau nak aku boleh jer belajar main catur dan jadi pandai?"sengih lelaki itu.

Hana menjuling mata menyampah.

"Saya tanya je kan...ada saya cakap apa-apa ke?"

Ace kembali memandang skrin dan mula menaip kod criptic untuk pecahkan ID misteri yang Hana mahukan identity empunya email.

Tidak semena semua butiran dalam skrin tadi yang berwarna merah bertukar menjadi hijau. Dan serentak itu, satu email tertera di hujung butiran tersebut.

"I got it...ini emailnya."maklum Ace.

Hana terus duduk tegak, dia sondongkan badannya ke depan skrin komputer dengan bersemangat.

"Mana?"tanya dia yang cuba lihat semua nombor dan tulisan entah apa-apa di skrin tersebut.

"Ini..."tunjuk Ace dengan jaring telunjuk runcingnya.

Hana pandang skrin itu dan membaca email tersebut. Keningnya terangkat tinggi.

" Yes." dia capai telefon dari poket kot uniformnya dan mula menaip email tersebut lalu di simpan.

"Untuk apa kau cari tahu siapa tuan punya ID ni?"soal Ace sewaktu memandang Hana di sebelahnya.

"Untuk tolong saya..."Hana angkat kepala setelah selesai menaip. Dia pandang Ace dengan renungan berasa syukur dan terima kasih. Tanpa amaran, dia kucup pipi Ace laju-laju lalu bangun dari situ. "Thanks awak." ucap Hana sejurus itu.

Ace terkesima seketika sewaktu bibir Hana hinggap di pipinya. Terus tersenyum dia.

"No big deal..."balas lelaki itu dalam keadaan termenung.

Hana berlari keluar dari makmal tersebut. Meninggalkan Ace yang masih terpinga-pinga sendirian. Terlalu gembira punya pasal, lelaki itu berdiri lalu menumbuk udara dengan bersemangat. Bersorak senyap tanpa suara.

"Bye...jumpa lagi nanti..."lambai Hana sewaktu berlari ke arah pintu.

Ace lambai tangan ke arah Hana dengan muka dreamynya.

Beberapa orang pelajar yang ada di sekitar pandang pelik ke arah Ace, tapi lelaki itu tidak hiraukannya. Malah dia dengan senang hati berjalan keluar dari situ selepas mematikan komputer. Sepanjang perjalan balik ke kelas lelaki itu tersengih lebar sampai ke telinga.

3. Prince Charming Untuk Clumsy CinderellaWhere stories live. Discover now