22.

2.6K 179 0
                                    

Pintu bilik air terbuka sewaktu Adam keluar dalam keadaan siap berpakaian dan wajah segar selepas mandi dan bercukur. Sebelah tangan pegang telefon di telinga.

"Masih menangis lagi ke?tanya Adam sewaktu jalan ke meja belajar. Mencapai sikat dari bekas pensel dan menyisir rambutnya yang telah siap dikering dalam bilik air tadi.

Ace yang terbaring di atas katil bermain Mobile Legend menurunkan telefon dari muka apabila mendengar perbualan Adam. Bukan sengaja nak curi dengar, masalahnya dah terdengar, nak buat macam mana.

Adam duduk di kerusi meja belajar lalu mula menyelongkar laci meja itu.

"Awak berdua dah makan belum?""soal lelaki itu sebelum mengeluarkan dompet dari laci tersebut. Lelaki itu mendiamkan diri buat seketika untuk mendengar apa yang disampaikan dalam panggilan tersebut.

Ace kembali fokus pada gamenya sewaktu Blaze berjalan masuk ke bilik dorm dengan pakaian bola keranjang terpasang di badan.

Yuta dah tak ada sebab lelaki itu sudahpun bertolak awal untuk ke pertandingan tenis di akademi kejiranan. Tak jauh mana tapi mereka berkhemah dekat sana untuk mudahkan urusan esok harinya.

"Awak ada tanya dia tak kenapa?"soal Adam dengan nada separa berbisik tapi kedengaran resah dan gelisah.

Blaze berjalan masuk ke bilik air setelah menanggalkan pakaian kotornya.

"Saya dengar....awak ni buat saya risau la... Awak nak saya lakukan apa-apa ke?"tanya Adam lagi sewaktu bangun dari kerusi dan bergerak ke arah tempat penyangkut jaket.

Ace yang dengar memandang pelik. Tentang apa yang dibualkan Adam tu. Semacam jer bunyinya. Nadine dalam masalah ke Hana?

"Aku keluar dulu..kalau warden tanya mana aku pergi. Beritahu dia aku pergi klinik rawatan" maklum Adam tidak lama selepas itu.

Ace bangun dari baringnya. Dia duduk bersila di atas katil.

"Ada apa?Nadine dalam masalah ke?"tanya Ace yang sedia maklum akan hubungan Adam dan Nadine sejak dia kenal Hana.

Sambil menyarung jaket ke badan Adam memandang Ace dengan muka kerisauan.

"Hana...aku tak tahu apa kena dengan dia. Tapi Nadine beritahu sejak tengah hari tadi Hana tak berhenti menangis."jelas Adam.

Ace yang dengar terasa seperti di tampar. Jantung di dalam tulang rusuknya serta merta senak.

"Apa dah berlaku dekat dia?"tanya Ace.

"Itu yang aku nak pergi tengok ni."balas Adam.

Ace terus bangun dari katil."Biar aku pergi." aju Ace serta merta.

Kening Adam terangkat. "Huh?"

"Aku tahu macam mana nak pujuk dia..biar aku pergi."kata Ace yang jalan mendekati almari pakaiannya. Tergesa-gesa dia mencari seluar dari dalam almari tersebut.

"Kau sure?"soal Adam sewaktu memerhati Ace menyarung seluar panjang ke kaki memandangkan lelaki itu hanya mengenakan seluar pendek sahaja.

"Aku sure...beritahu Nadine kejap lagi aku sampai."Ace capai beg gitar yang ada di sebelah katil lalu disandang ke bahu dengan kalut.

Adam mengangguk kepala faham, dia kemudiannya menghantar pesanan pada Nadine. Memaklumkan Ace akan tiba di asrama mereka.

"Hati-hati..jangan sampai tertangkap. Ada tali yang aku ikat dekat atas pokok. Betul-betul menghadap tingkap bilik dia orang..."maklum Adam sambil tunduk menaip sesuatu di skrin telefonnya.

Ace menjungkit kening tinggi.

"Kau ikat tali dekat pokok?"soal Ace dengan muka terkejut dia.

Adam menarik sengih tersipu malunya.

"Aku guna untuk lepak dengan Nadine...luah Adam segan silu menggaru belakang kepala.

Ace yang dengar berasa kagum. Tak sangka sampai ke tahap begitu sekali budak dekan ni buat semata nak jumpa girlfriend tercinta.

"Aku gerak dulu. Cover kan untuk aku nanti." pamit Ace.

3. Prince Charming Untuk Clumsy CinderellaWhere stories live. Discover now