32.

2.5K 181 0
                                    

Laman berumput akademi petang itu dipenuhi dengan ahli keluarga berpiknik. Pelbagai warna hamparan lapik kain memenuhi padang rumput tersebut apabila semua keluarga di sini riadah dan makan beramai-ramai bersama dengan keluarga pelajar lain.

Di bawah sebuah pokok rendang, keluarga Hana, Nadine dan Adam bertapak di tempat yang sama. Membuatkan bawah pokok itu riuh dengan suara orang bercakap dan gelak ketawa.

"Serius lah?"

"Ya..lepas tu aku beritahu dia aku tak pandai drive, dia gelakkan aku dan esoknya dia block aku dari contact dia.."

"Hahahaha....serius?Hahahahahah.."Hana jatuh tergolek ke belakang.

"Han gelak tu cover sikit..."pesan Nadine semasa membantu Hana bangun dari baring.

"What...kau tak dengar ke cerita dia...ahahahaha...lepas tu-lepas tu apa yang berlaku?"tanya Hana setelah duduk bersila menghadap Neil sementara Nadine ada di kirinya, Adam di kanannya.

"Esoknya masuk kelas dia langsung tak pandang aku sebab dia ingat aku orang miskin. Last-last masa papa datang untuk buat ucapan dekat universiti aku sempena hari kanser sedunia, papa panggil aku naik pentas untuk war-war,aku yang bagi separuh dari sumbangan dan perkenalkan aku anak dia, perempuan tu terkedu macam tertelan
biji durian.." cerita Neil lagi.

Hana terkekek-kekek gelak sampai merah padam wajahnya.

"Kau macam mana okay tak?"soal Adam.

"Aku?Of course lah...ni Neil lah..."Neil tepuk dada dengan bangga.

"Ahahahaha...acah jer..sampai sekarang
single....." ejek Hana.

Nadine yang dengar menggeleng kepala. Hana ni kalau dengan Neil memang suka mengalahkan orang saki jiwa. Kalau bole nak ketawa je memanjang. Asalkan Neil ada dekat depan mata.

"Han...ketawa jangan nak melebih-lebih.."

"Relaks lah Nad..kau ni spoil lar..."

Ketika orang tua mereka bertiga sibuk berborak di antara satu sama lain, anak-anak kecil sibuk berlari ke sana sini mengelilingi pokok dengan gembira. Masa itulah keluarga itu dihampiri seseorang.

"Daniel Lee?"suara itu membuatkan tempat itu menjadi senyap serta merta. Dengan serentak kesemua kepala dongak memandang ke atas.

Daniel yang dengar namanya di panggil berkerut kening apabila silau dengan cahaya sewaktu hendak memandang tuan punya suara.

"Hunter?"

"Lah memang kau rupanya..."

Hana, Nadine dan Adam memandang pelik ke Daniel apabila lelaki itu berdiri dan berjabat tangan sebelum saling berpelukan dengan pemilik akademi mereka.

Lalu mereka saling berpandangan antara satu sama lain, Adam berkerut kening ke Nadine, Nadine berpaling memandang Hana, Nadine jungkitkan kening ke Hana, Hana geleng kepala. Hana pandang Neil, Neil menjungkit bahu tidak tahu.

"Lamanya tak jumpa. Bila kau sampai?"sapa Hunter dengan senyuman lebar di bibir.

"Lama jugaklah...kau yang handle akademi ni ke?"tanya Daniel pula.

"Ha'ah...lepas ayah aku meninggal aku terus uruskan semuanya.."

"Bertuahlah..."Daniel ketawa sebelum tersentak teringatkan ahli keluarganya. Dia berpaling memandang ke arah semua yang sedang duduk di depannya. "Semua kenalkan ini adalah Hunter Salvatore. Mendiang ayahnya ialah kawan baik kepada
mendiang datuk saya..."

Semua yang ada di situ mengangguk kepala faham dengan serentak. Membuatkan Hunter yang lihat menarik sengih senang hati.

"Besarnya keluarga kau."puji Hunter sebelum berpaling ke belakang."Semua..ke sini " sekejap"lambai lelaki itu.

Nadine pandang Hana dan pada masa yang sama Hana ikut pandang Nadine. Menggunakan telepati BFF mereka, mereka berdua membalas renungan penuh mesej.

"Kenalkan ini keluarga aku..tak sebesar kau." seloroh Hunter semasa memeluk bahu seorang wanita. "Isteri aku Emelda dan anaknya Kim Yuta-""lelaki itu meleret seketika apabila anak lelakinya masih berlengah dekat belakang. "Ini anak aku, Blaze."aju lelaki itu bila Blaze berdiri di sebelah Yuta.

Mulut terus Hana ternganga terkejut setelah mendengar makluman itu kecuali Nadine dan Adam. Sebab mereka memang dah lama tahu tentang hal yang Yuta adalah anak tiri kepada Hunter dan Hunter abang tiri Blaze sebelum jejak kaki di akademi lagi.

3. Prince Charming Untuk Clumsy CinderellaМесто, где живут истории. Откройте их для себя