73.

2.6K 160 0
                                    

Surat cinta yang Hana tulis untuk Yuta dibacanya beberapa kali sambil tersengih.

Berasa lucu bila lihat setiap bait-bait kata gadis itu. Tulisan pula cantik seperti orangnya.

Isi hati pula secomel tuannya sendiri. Macam mana orang tak suka. Kerana surat ini lah dia tak boleh lupakan Hana. Sejak kali pertama jumpa Hana yang clumsy itu.

"Sengihkan apa sensorang tu?"tegur Adam sewaktu duduk di kerusi belajar bersebelahan meja Blaze.

Sambil itu dia keringkan rambut dengan tuala seusai mandi tadi.

Dengan cermat Blaze lipat semula surat itu dan dimasukkan semula ke dalam sampul dan diselit ke dalam buku tebal untuk kekalkan surat itu tidak rosak.

"So kau dengan Hana sekarang. Macam mana dengan Cinderella kau?Dah lupa terus dah?"tanya Adam yang memang dah tahu mengenai Blaze dan Cinderella catur misteri lelaki itu.

Blaze termenung memikirkan sesuatu. Dia mulanya syak Hana. Yalah sebab Hana pakar bermain catur. Tapi dalam kelab tu bukan ada Hana saja. Nadine terutamanya boleh tahan jugak hebatnya. Dia takut kalau gadis yang dia cari adalah Nadine. Mintak di jauhkan wei!

"Mestilah aku ingat..."

"Kalau macam tu, Hana macam mana?"tanya Adam.

Blaze pandang Adam lantas tersengih.

"Macam kau cakap, kan lagi baik kalau kita bersama dengan seseorang yang sayangkan kita lebih dari kita sayangkan orang tu.." seloroh Blaze.

Adam menggeleng kepala sambil menarik garis nipis di bibir.

"Ada-ada je lah kau ni. Tapi aku beritahu kau. Kalau kau serius dengan Hana. Jaga dia baik-baik. Kalau kau buat dia nangis, aku tak teragak-agak petakkan muka handsome kau tu jadi macam SpongebobSquarepant."ugut Adam dengan renungan serius tetapi bernada gurau.

Blaze mengangguk kepala faham.

"Dia aku dah anggap macam adik aku sendiri. Mak ayah dia jaga dia dengan kasih sayang. Sekali pun tak pernah angkat tangan apalagi tinggikan suara dekat dia. So kau belajar-belajar lah jadi lelaki sikit. Jangan tahunya nak baran memanjang..."pesan Adam lagi.

Blaze pandang Adam sambil mengetap bibir.

"Tahu."balas Blaze.

"Kalau tak belajar jadi lelaki baik dari sekarang, bila lagi. Jangan buat imej lelaki terjejas sampai dilabel trash sebab tak reti nak respect kaum wanita. Ibu aku selalu pesan. Wanita luar sana ibarat ibu dan adik kakak kita. Kalau kita buat jahat dekat orang, orang akan buat jahat dekat kita balik. What you give you get back."pesan Adam ikhlas sebagai seorang sahabat kepada Blaze dan kawan baik Hana.

"Aku tahu. Thanks."

Adam bangun dari situ lalu menepuk bahu Blaze.

"Aku suka tengok diri kau yang baru. Hana betul-betul ubah kau bro."ucap lelaki itu sebelum bergerak ke arah katil sendiri dan baring di atasnya pada masa yang sama mencapai telefon dari almari sebelah katil dan mula sesi chattingnya dengan Nadine.

Blaze termenung memandang bingkai gambar Adam dimana Hana dan Nadine ada di dalamnya. Kedua-dua wajah menunjukkan betapa gembiranya mereka di samping Adam.

Lantas Blaze buka laptopnya. Terus dia log in masuk ke dalam laman sesawang komuniti catur onlinenya. Dia cuba cari tahu dengan bertanya para user yang lain.

Dengan itu dia mula chat dengan mereka semua. Tanya soalan yang sama. Tapi mereka semua berikan jawapan yang sama. Protokol rasmi laman tersebut. Iaitu rahsia atau nama pemain sebenar perlu dirahsiakan. Kecuali pemain sedia maklum dan tahu siapa identity pemain tu sendiri.

Berjam lama Blaze hadap laptop tu. Tapi tak ada satu pun hasil yang dapat bantu dia beri sebarang petunjuk mengenai gadis misteri yang dikenali sebagai Black Rose sahaja itu.

Malas memikirkan hal itu, Blaze terus tutup laptopnya dan baring dengan perasaan menggerutu. Kenapalah susah sangat nak cari gadis itu.

Kalau dia tahu dan dapat jumpa gadis itu hatinya akan puas hati. Tapi selagi tak jumpa selagi tu dia tak boleh duduk diam.

Bersama keluhan panjang Blaze pejam mata. Tidur dengan keadaan kening berkerut kerana tidak dapat jawapan yang diinginkan.

3. Prince Charming Untuk Clumsy CinderellaWhere stories live. Discover now