19.

2.6K 187 0
                                    

Nota biru yang bertampal di pintu lokar di cabutnya dengan muka kebingungan. Tulisan pada nota itu dibaca dengan kening berkerut.

"Apa tu?"soal Nadine sambil membuka lokar dan menyumbat beg pakaian kotor ke dalamnya.

Hana baru saja pulang dari bilik persalinan masih basah kuyup rambutnya kerana tidak sempat hendak keringkan rambut. Masa dia datang ke tingkat lokar pelajar.

"Ada orang suruh aku jumpa dia dekat lorong belakang bangunan lah."kata Hana setelah selesai membaca coretan di kertas tersebut.

Nadine tutup pintu lokarnya semula setelah mengeringkan rambutnya yang basah selepas disyampu tiga kali pusing semata nak hilangkan kesan busa darinya.

"Dari siapa?"tanya Nadine semasa menyanggul rambutnya.

Hana menjungkit bahu.

"Entah...senior Yuta agaknya..."sengih Hana sewaktu mengerling ke Nadine.

Nadine berdengus kecil selepas mendengarnya.

"Suka betul kau dengan senior kau tu?"

Hana ketawa kecil. Dia buka pintu lokar dan mencampak beg gimnya ke dalam. Lalu ditutup semula.

"Kita ada kelas apa lagi?"soal Hana sambil melarikan rambut di celah jarinya. Sikat tak ada, sudahlah rambutnya mudah kusut, tak disikat makin kusut lah rambutnya nanti.

"Aku ada kelas piano...kau dah tak ada kelas." jawab Nadine.

Hana ketawa sendiri apabila teringat akan kejadian di makmal tadi.

"Sorry ya...tak pasal-pasal kau terkena sekali bermandikan.."

Sambil tersenyum Nadine menggeleng kepala. Berasa tidak percaya dengan sikap cuai Hana.

"Dah lah...aku dah lambat. Jumpa dekat dorm nanti."pamit Nadine sebelum mencubit pipi Hana kerana geram.

"Bye..."lambai Hana sambil menggosok pipinya.

Teringat akan nota yang diberi, Hana ambil keputusan untuk lihat siapa yang meminta dia untuk ke lorong belakang bangunan.

Bukannya tak takut. Dia takut, tapi perasaan ingin tahu mengatasi takutnya. Tanpa berlengah Hana atur langkahnya keluar dari bangunan utama lalu melalui gajah menyusur dan terus ke lorong belakang bangunan.

Sambil bernyanyi kecil Hana jalan melalui lorong yang lengang dan hanya di penuhi dengan tumbuhan renek sepanjang laluan tersebut.

Setelah dia tiba, Hana berdiri seorang diri di lorong tersebut. Gadis berbaju sukan itu pandang kiri dan kanan dengan kening terangkat. Tidak pasti apa yang dia perlu lakukan setelah itu.

Sambil bersandar di dinding bangunan, Hana tunduk menguis batu dengan hujung kasut sukannya. Dia kuis-kuis batu di situ sampaikan batu itu terpelanting ke udara sebelum mendarat mengenai sepasang kasut.

Hana angkat kepala dan memandang ke depan. Bertemu dengan tuan punya kasut. Harapannya punah. Ingatkan Senior Yuta, rupa-rupanya rakan sebilik lelaki itu. Blaze Hunter. Si pencuri!

"Senior yang hantar nota ni?"Hana tunjuk kertas biru yang dipegangnya. Tulisan terlalu cantik untuk pemiliknya yang berperangai buruk.

Blaze mendekati Hana dengan tangan di dalam poket seluar.

"Took you long enough??Kelas kau habis pukul 2 tadikan. Asal pukul 3 baru datang??"lelaki itu berhenti di depan Hana yang bersandar di dinding.

Hana membuat muka. Macam mana lelaki ni boleh tahu jadual dia habis bila. Memanglah dia lambat, sebab nak bersihkan diri lepas insiden dalam makmal tadi.

Ingat senang apa nak hilangkan kesan minyak dan bau bahan kimia tadi. Berkira sangat dia lambat dah kenapa?Ada orang suruh tunggu?!

"Nak apa?"tanya Hana dengan nada jengkel semasa tolak dirinya dari dinding dan berdiri menghadap Blaze.

Blaze berdengus kecil saat menarik sengih mengejek semasa jalan mendekati Hana sehingga dia berhenti tepat di depan gadis itu.

Hana pandang pelik akan reaksi Blaze. Tiba je sengih.

"Kalau senior tak ada apa-apa yang diperlukan, saya nak balik."Hana bergerak hendak pergi dari situ tetapi terhalang apabila bahu kirinya di tolak ke belakang sampaikan belakang badannya bersandar pada dinding semula.

Mata Hana terkebil-kebil terkejut sebelum memandang ke depan dengan wajah hendak marah.

3. Prince Charming Untuk Clumsy CinderellaWhere stories live. Discover now