76.

5.7K 284 20
                                    

Hana berdiri di situ, memerhati bayang Blaze dari balik pagar sesat dengan mata terbutang kaku. Saat itu bulu romanya meremang tegak. Jantung dia berdegup kencang bagai nak rak.

Bukannya apapun.Tapi gaya Blaze tu buatkan Hana jadi takut. Situasi dia dah macam pemburu menghendap mangsanya. Gelabah sakan Hana pandang kiri dan kanan. Tak tahu arah mana yang dia perlu tuju waktu ni.

Sedang Hana toleh kanan dan kiri dia, Blaze tiba-tiba muncul dari hujung selekoh dengan tangan berada dalam poket. Lelaki tu jalan bersahaja menuju ke Hana.

"Jumpa pun..."lelaki tu tarik sengih menakutkan di bibir.

Hana yang lihat terus berpaling dari situ. Dia pecut masuk ke lorong berdekatan dan membelok setiap selekoh yang dia temui tanpa henti.

Dia tak peduli ke mana hala tujunya. Apa dia tahu, dia perlu jauhkan diri dari lelaki tu. Dia yakin Blaze pasti marah setelah tahu siapa dirinya yang sebenar.

Walaupun begitu, Hana tertanya-tanya macam mana la Blaze boleh tahu. Dan perkara paling penting Hana lebih risau akan apa yang lelaki itu akan lakukan kepadanya nanti.

Nasib tidak menyebelahi Hana apabila dia bertemu dengan jalan mati. Tiada laluan lagi untuk dia lalui. Rasa cuaknya itu buatkan perutnya memulas dan dada dia sebu.

Tanpa membuang masa Hana berpaling hendak berpatah balik. Namun langkahnya terhenti serta merta apabila jalan utama untuk dia keluar dari lorong pagar sesat itu, berdirinya Blaze.

Oh sh*t!Hana membutang mata luas.

"Kau tahu...untungnya jadinya anak kepada owner akademi ni?"soal Blaze sewaktu mendekat.

Hana undur ke belakang setiap kali Blaze mendekat. Perlahan-lahan dia geleng kepala.

"Satu kau duduk lama dekat akademi ni lebih dari sesiapa. Dua kau akan tahu selok belok semua tempat dalam akademi. Tiga, jangan main pagar sesat dengan ownernya sendiri. Sebab kau hanya akan berakhir di jalan
buntu."sebut Blaze.

Hana tidak dapat undurkan diri lagi setelah belakang badannya bersandar pada hujung lorong itu. Namun begitu dia tidak berhenti untuk cuba tenggelamkan diri yang mana tidak berjaya sebab tumbuhan renek itu tebal dan kukuh.

"Awak..saya boleh jelaskan..."sebut Hana dalam keadaan terketar-ketar.

Blaze jalan perlahan mendekati Hana dengan renungan tajam menakutkannya. Sikit pun tidak menunjukkan yang dia akan berhenti dari menakutkan Hana begitu.

"So kau dah tahu dari awal lah ni?"

Hana menelan air liur takutnya bila Blaze hanya tiga langkah saja darinya. "

"Saya tak ada niat...serius.."

"Kau dah tahu tapi buat-buat tak tahu ya...suka tengok aku macam orang bodoh cari seseorang yang rupa-rupanya ada dekat depan mata?"tanya Blaze.

Hana nak menangis bila Blaze berdiri di depannya. Dada bertemu dada. Hidung bertemu hidung. Terlalu rapat hingga dia terasa seperti mahu diserang panic attack. Hana tenung mata Blaze sewaktu mata lelaki itu bergerak naik dan turun menilik wajahnya.

Perlahan-lahan Blaze angkat tangannya sewaktu mendekatkan bibirnya ke telinga Hana lantas berbisik dengan nada gemersik.

"You gonna be dead for me Hana Delisha." bisik Blaze ditelinga Hana sebelum berdiri menjauhkan diri dari Hana.

Hana terdiam tidak terkata. "

"Saya rancang nak beritahu awak. Cuma tak tahu bila...saya betul-betul min-"

"Diam!"sentap Blaze dengan keras di depan muka Hana.

Serta merta Hana mengetap bibir mendiamkan diri. Dia tunduk memandang ke bawah.

"Kau buat aku marah Hana.."kata Blaze.

Hana telan air liur gemuruh dia taktala menatap wajah Blaze. "Sorry..."ucapnya.

Blaze tersenyum, tak kuasa dia nak marah. Malah suka adalah. "Pandang aku.."mintanya.

"Tak nak."geleng Hana.

"Just look at me...please."minta Blaze dengan lembut.

Perlahan-lahan Hana angkat kepala lalu memandang Blaze dengan perasaan takut dan gemuruh yang amat sangat.

"Aku rasa ni kau punya.."Blaze menyua telefon bimbit Hana kepada gadis itu.

Hana perlahan-lahan mengangkat tangan mencapai telefon tersebut. Lalu kembali memandang Blaze.

"Awak tak marah?"soal Hana.

Sambil tersenyum Blaze menarik Hana dalam pelukan. Dia tak marah tapi lega sebab apa yang diharapkan berlaku. Cinta dia berbalas.

Siapa sangkakan Black Rose adalah crush yang sama dia sukakan.

Dan crush dia sekarang sudah menjadi kekasihnya. Blaze tak nak beritahu Hana yang dia ada crush terhadap Hana. Biarlah rahsia.

"Tak..aku tak marah."ucap Blaze mengeratkan pelukannya pada Hana. Dan dia takkan lepaskannya sampai bila-bila.

Kerana dia adalah Prince Charming untuk Cinderella Clumsy ini.













Tamat sudah Prince Charming Untuk Cinderella Clumsy. Hope semua terhibur. Sorry kalau tatabahasa tak seberapa. Apapun thank very much sebab sudi baca.

Have a nice day and smile always.

Senyuman tu pengubat hati, penyeri wajah.

Peace out💃💃


Next story is up!! Miss Komander. Asyik yang biasa2 je. Meh kita g ke action pulak. 😉

3. Prince Charming Untuk Clumsy CinderellaWhere stories live. Discover now