68.

2.5K 169 3
                                    

Waktu rehat antara kelas itu diluangkan di laman berumput bawah pokok. Berbantalkan peha orang itu dia baring telentang menghadap langit biru tidak berawan jernih.

Terus diangkat tangannya ke udara untuk menghadang silau matahari yang terang memancar. Tiba-tiba muncul satu tangan yang saiznya lebih besar dari tangannya. Jari jemari yang tersarung cincin di ibu jari itu kemudiannya interwined jari jemari mereka.

"Menungkan apa?"tanya Blaze semasa membawa tangan Hana yang digengam erat di celah jari jemari dekat ke bibir lalu di kucupnya.

Hana baring mengiring, menghadap perut Blaze lalu berkerut kening saat memandang wajah lelaki itu sebab silau. Blaze yang perasan angkat buku yang dibacanya ke atas kepala Hana. Memayungkan gadis itu agar tidak silau.

"Saya tengah fikir macam mana nak selesaikan konflik awak dengan Yuta dan ibubapa awak." aju Hana."Paling penting kemurungan awak tu."luah Hana.

Blaze tunduk memandang wajah Hana.

"Itu ke yang kau fikirkan sejak tadi?"

Hana mengangguk kepala. Ayah dia selalu berkata, hidup ni kena sentiasa belajar untuk senangkan hidup orang. Jangan berikan hidup orang lain sengsara. Selagi mampu bantu sekalipun terpaksa berkorban.

"Awak minta tolong saya...kenalah saya tolong awak."kata Hana.

Blaza selak anak rambut Hana jauh dari mata gadis itu lalu diusap dengan lembut. Licin betul rambut hitam gadis ini.

"Apa idea kau?"tanya Blaze.

Hana berjeda panjang buat seketika.

"Hmmm...saya rasa. Firstly awak kena jernihkan hubungan awak dengan Yuta. Kemudian parents awak...last sekali apa yang awak nakkan selama ni."Hana keluarkan satu persatu jari sewaktu bercerita. "Itu adalah punca kenapa awak murung kan...untuk hapuskan kemurungan tu, kita kena mulakan dari dasarnya..."

Blaze yang dengar tersenyum senang. Lalu dia pegang kedua-dua belah kepala Hana dan tunduk menghujani kucupan di setiap inci wajah Hana termasuk bibir gadis itu berkali-kali.

"Saya belum habis bercakap lagi ni..."sungut Hana semasa mengeliut kegelian hendak bebaskan diri tapi tangan Blaze buatkan dia kekal baring di atas peha lelaki itu.

"Teruskan jer..."balas Blaze dibalik kucupannya.

"Apa cita-cita awak..itu awak kena fikirkan. Kalau tekanan awak hilang, kemurungan awak akan berkurangan. Saya ada search, orang kemurungan sebab dia penat, kemudian orang berkata yang tak baik tentang diri dia , tertekan, sendirian dan tiada ada sesiapa yang mahu dengar kata-kata mereka."Hana pegang bahu Blaze sewaktu lelaki itu tidak berhenti mengucup setiap inci wajahnya. Sudahlah misai yang baru nak tumbuh itu mencucuk-cucuk mukanya.

Blaze angkat kepala lalu memandang wajah kemerahan Hana.

"Jangan risau...semuanya tu akan muncul bila keadaan sesuai. Kau tak perlu risau. Kemurungan aku dah lama hilang."Blaze kembali tunduk hendak mengucup Hana tapi tangan Hana berada di depan mukanya.

"Blaze sekejap...boleh saya tanya sesuatu" soal Hana.

Blaze berhenti, dia pandang Hana dengan kening berkerut. "Apa dia?"

"Apa maksud awak tentang awak tak suka saya tapi nak saya sukakan awak?Maksudnya sekarang awak tak suka saya atau awak tak boleh suka dekat saya?"soal Hana yang mana gadis itu sendiri tak tahu apa yang dia cuba katakan.

Blaze pandang wajah Hana dengan senyuman di bibir.

"Kalau aku beritahu kau, kau akan tinggalkan aku ke?"

Hana berkerut kening tidak faham. "Saya tak tahu. Kalau awak beritahu..saya akan pertimbangkannya."

Blaze bersandar ke batang pokok lalu termenung memandang ke langit.

"Ceritanya mula masa tahun lepas. Aku join satu komuniti catur online ni. Dekat dalam tu aku ada jumpa seorang pemain ni. Antara ramai-ramai pemain dekat situ. Dia yang buat aku tertarik. Sampai sekarang aku tak tahu siapa dia. Setiap kali aku main, dia selalu guna trik yang berbeza-beza. Dia selalu kalah dengan aku, tapi second best lepas aku. Sampailah satu masa tu aku dapat tahu dia lah yang cipta komuniti chess ni. Dia bagi peluang untuk semua orang belajar cara main chess secara percuma. Dan dari situ aku suka dia lepas tahu dia perempuan. Sejak tu dia jadi crush aku."

Hana yang dengar menelan air liur gemuruhnya. Sh*t!Takkanlah!

"Aku try cari tahu siapa dia, tapi dia terlalu rahsia. Lama jugak aku try cari tahu siapa dia. tapi lepas aku jumpa kau perasaan tu masih ada. Sebab tu aku cakap macam tu..."

Hana pandang dagu Blaze dengan renungan cuak.

"Apa awak nak buat kalau awak jumpa dia?"

Blaze tunduk memandang Hana sambil tersenyum.

"Aku tak tahu."Blaze tenung mata Hana dengan lama. Berharap orang itu adalah Hana. Bukan orang lain.

3. Prince Charming Untuk Clumsy CinderellaWhere stories live. Discover now