61.

2.5K 168 0
                                    

Kilat dan guruh berdentam dentum di langit sambil diiringi dengan hujan lebat yang turun bukan main lagi. Sampaikan semua pokok berhayun kanan dan kiri dengan kuat kerana angin hujan lebat.

Rintik-rintik hujan menghempas permukaan jendela asrama yang di tutup. Memberitahu hari itu hujan takkan berhenti sehingga malam berlabuh.

Banyak-banyak jendela di situ, kelihatan sebuah pintu dorm terbuka ke dalam semasa dua lelaki berjalan masuk ke ruangan tersebut.

Kot hitam dicampak kasar ke atas katil sebelum payung jatuh di atas lantai semasa Yuta duduk menghenyak punggung di atas katil.

"Dia tunang kau. Beritahu dia jauhkan diri dari aku. Bukan berkelakuan macam perempuan tak ada maruah. Ada tunang tapi menginding dengan lelaki lain!""marah Blaze semasa berdiri di depan Yuta.

"Kau tak boleh gelar dia perempuan tak ada maruah macam tu!Kau sendiri tahu pada asalnya dia nak dengan kau tapi disebabkan perangai keras kepala kau, aku yang kena bertunang dengan dia!"bidas Yuta yang kemudiannya berdiri dengan tangan bercekak dekat pinggang.

"Aku?Salah aku?Aku buat semua tu supaya kau takkan diperlekehkan dengan ahli keluarga aku yang lain. Kau salahkan aku?"balas Blaze.

Masa itu jugalah Ace dan Adam berjalan masuk ke dalam dorm.

"Isabella suka dekat kau bukan aku. Dia minat dekat kau tapi aku korbankan diri aku untuk beri kebebasan dekat kau...dengan bertunang bersama orang yang aku tak suka. Aku korbankan perasaan aku untuk kesenangan kau. Still kau tak boleh respect aku sebagai abang kau!Aku tak perlukan kau untuk pertahankan diri aku. Aku boleh uruskannya sendiri!""marah Yuta.

"Macam mana aku nak terima kau kalau ayah lebihkan kau dari aku! Memang aku tahu Isabella suka dekat aku. Sebab ayah tahu Isabella suka dekat aku lah, dia suruh aku tarik diri supaya kau yang dapat tempat dalam keluarga Norman. Kau nak aku buat macam mana lagi kalau aku tak boleh dapat apa yang kau dapat. Sekarang kau pertikaikan keputusan aku?Kau salahkan ayah sendiri sebab dia yang buat kita macam ni!"luah Blaze sekuat hati sampai dadanya naik turun kencang.

Adam dan Ace yang ada di situ menelan air liur kekok. Berasa janggal kerana tersepit di antara dua beradik itu. Adam pandang Ace, Ace pandang Adam. Masing-masing jungkit kening seakan bertanya 'apa kita nak buat ni'.

Yuta pandang Blaze dengan renungan kesal.

"Kau tahunya nak menyalahkan orang. Ayah lebihkan aku sebab aku anak tiri. Bukan anak kandung. Aku tak boleh dapat apa yang kau dapat. Aku tak ada hak macam mana kau ada hak. Dengan kau tunjuk perangai setan kau mana taknya dia lebih kan aku. Dia lebih bergantung dekat aku untuk jaga keluarga. Sebab itu dia lebihkan aku. Cuba kau buat perangai yang menyenangkan. Tak adanya dia nak lebihkan aku dari kau anak dia sendiri!"

Blaze berdengus tidak percaya selepas mendengarnya, keningnya mencerlung tajam.
"

"Salah aku ke aku jadi macam ni! Kau tahu apa pasal aku! Bukan kau yang ditinggal ibu kandung sendiri. Bukan kau yang hadap semua tekanan sejak kecil dan didera macam robot untuk jadi seperti orang lain nakkan sampai tak ada hak nak suarakan apa yang aku rasa! Kau tak tahu! Kau tak tahu apa yang aku tanggung!""bentak Blaze.

Blaze memandang ke arah Yuta. Dia fed up dengan layanan Yuta terhadap dirinya. Lelaki ni tak tahu apa yang dia rasa selama ni memang lah boleh cakap macam tu.

"Ibu aku meninggal dunia sebab kanser. Ayah langsung tak tengok apa lagi jenguk. Gara-gara sibuk bercinta dengan mak kau. Biarkan aku sakit sendiri tengok ibu aku menderita dan hembuskan nafas terakhir sendirian. Kau fikir aku boleh ke jadi macam mana kau jadi?"air mata bertakung di mata Blaze.

Adam dan Ace bungkam di situ apabila mendengar kata-kata Blaze. Termasuk Yuta.

"Senanglah kau cakap...sebab kau hidup senang..sementara aku?"sambung Blaze lagi. "Maafkan semua orang yang dah sakitkan aku...yang tinggalkan aku...maafkan orang yang dah khianati aku...apa yang aku dapat?"luahnya. "Sakit. Terluka. Itu yang aku dapat."

Cahaya kilat menyambar dari luar terpantul di wajah kemerahan Blaze melalui jendela yang tidak ditutup dengan langsir. Menunjukkan mata yang sudah bertakung dengan air mata.

Tanpa bersuara Blaze terus berpaling dari situ. Menolak Ace dan Adam kerana dua orang itu berdiri depan pintu menghalang laluannya.
Yuta berdiri tegak dekat situ dengan wajah kesal di muka.

Sementara Blaze di luar berjalan merentasi koridor dengan air mata berlinangan di muka. Acap kali dia seka air mata itu dengan belakang tangan tapi degil seperti Blaze sendiri, air mata itu tidak berhenti mengalir.

Dengan bengan Blaze capai telefon di dalam poket kotnya. Nombor satu ditekan lama sebelum masuk ke nada panggilan.
Pintu gerbang asrama itu di tolak keluar dengan kasar sebelum dia meredah hujan lebat itu.

"Hello?""sapa suara lembut di dalam panggilan.

"Aku nak jumpa kau sekarang!"arah Blaze dengan kuat hendak menyaingi hujan lebat yang sedang menimpanya.

3. Prince Charming Untuk Clumsy CinderellaWhere stories live. Discover now