63.

2.5K 162 1
                                    

Ding!Ding!Ding!

Bunyi loceng memenuhi seluruh kawasan akademi. Hujan malam tadi buatkan seluruh laman berumput akademi lembab dan banjir, daun kering mahupun daun hijau bersepah di merata-rata tempat.

Pagi itu membuatkan penghuni asrama terperuk dalam dorm masing-masing kerana tiada satu pun bayang manusia berlegar di kawasan tersebut. Jauh dari situ, di menara tinggi dengan jendela kecil di puncaknya, dua orang itu masih terlena dalam dakapan masing-masing.

Cahaya matahari yang memancar terus dari jendela ke katil membuatkan Hana terkutik sebab panas. Dia bergerak dari baring mengiringnya lalu mengeliat dalam keadaan mata terpejam.

Rambut seperti surai singanya bersepah di merata arah. Sedang dia menggeliat tangannya terlanggar sesuatu. Serta merta matanya terbuka luas sebab terkejut.

"Hmm?"jeda Hana kebingungan semasa memandang kanannya. Blaze yang tidak berbaju terbaring di sebelahnya dengan sebelah kaki berada di kakinya, sebelah tangan dipingangnya.

Tidak percaya dengan apa yang dilihat Hana gosok mata beberapa kali sebelum mengedip-ngedip matanya beberapa kali.

Blaze bergerak-gerak terjaga dari tidurnya sebelum membuka mata.

"Pukul berapa?"tanya lelaki itu dengan serak bangun tidurnya. Hana yang tengah memproses keadaan, kelu. Dia imbas semula apa yang berlaku malam tadi sambil tekap tapak tangan ke dahinya. "

"Wei...kau dengar tak?"Blaze goyangkan badan Hana guna kaki.

Hana melepaskan keluhan jengkelnya. Lelaki prick sebelahnya ni macam Jekyll n Hyde betul. Sekejap macam ni. Sekejap macam tu. Tak boleh handle betullah.

"Saya tak tahu..."jawab Hana dengan nada di kawal supaya tidak melenting.

Blaze bangun dari baringnya. Terkapai-kapai mencari sesuatu. Di bawah bantal, bawah selimut, bawah badan Hana akhir sekali bawah bantal Hana. Sekali dia tarik tangan keluar dari bantal, telefon bimbit Hana di capainya.

Hana yang berada di bawah Blaze pandang rimas sebab badan tak berbaju Blaze betul-betul depan mukanya.

Kening Blaze berkerut bila lihat skrin telefon Hana. Pukul 10 pagi.

"Asal kau tak lock alarm?"soalnya semasa tunduk memandang Hana yang sedang baring di bawahnya.


Hana bagi renungan ''what the hell' pada Blaze. Tak faham dengan kepala anginnBlaze.

"Sebab saya ada Nadine sebagai jam loceng saya."jawab Hana.

"Pemalas."komen Blaze dengan selamba.

Hana membuat muka menyampah dengan komen itu. Tengoklah siapa yang menangis semalam macam baby. Bangun-bangun jer jadi lelaki paling annoying dekat muka bumi ni.

Blaze terus duduk bersila di atas katil. Memberikan Hana pandangan penuh badannya yang berketak dan berotot sixpack. Lelaki itu capai kemeja yang dia tanggalkan sebab basah malam tadi dari hujung katil dan disarungkan ke badannya

.Sambil membutang baju kemejanya dia pandang Hana.

Hana bangun dari baringnya sambil melarikan rambutnya di celah jari dengan letih. Gadis itu menarik muncung sebab rambutnya kusut dan tidak dapat diuruskan. Bila dia angkat kepala untuk memandang ke depan, matanya bertentang mata dengan Blaze.

"Asal?"soal Hana dengan muka tidak puas hati.
Cahaya matahari dari jendela yang memancari tempat Hana baring buatkan gadis itu berseri. Dari rambut sampailah ke wajah gadis itu. Walaupun dengan muka bangun tidur, Hana kelihatan cantik di pandang Blaze. "

"Dasar Duck face...""komen Blaze sambil menyerahkan kot pada Hana.

Hana dah tak tahu nak balas apa dekat Blaze. Mulut lelaki tu macam minta dijahit jer. Kerja nak mengutuk orang.

"Awak dengan Candice sama jer...suka sangat panggil saya duck face."keluh Hana sewaktu mencapai kot tebalnya dan disarungkan ke badannya yang hanya mengenakan dress pijama bertali strap ke badan dengan susah payah.

Blaze tersenyum melihat wajah Hana semasa gadis itu menarik muncung. "

"Nak buat macam mana, dia sepupu aku. Kemana kuah nak tumpah kalau bukan ke nasi.." balas Blaze.

Hana memandang tidak percaya ke arah Blaze.

"Apa dia?Candice sepupu awak?"
"
Blaze turun dari katil dan memasukkan kemeja ke dalam seluar sambil menghadap Hana yang terbutang mata luas comel.

"Semua orang tahu, kau duduk dekat mana sampai tak tahu?Bawah batu eh?Ke dalam gua?"soal Blaze sambil capai cermin mata Hana dari meja sebelah katil.

Hana merangkak turun dari katil itu terpisat-pisat sebelum berdiri di depan Blaze. "Lalu dia menyanggul rambutnya ketat-ketat.

"Buat apa saya ambil tahu tentang lelaki menjengkelkan macam awak..."cebiknya dengan menyampah.

Blaze cubit pipi Hana kerana geram.

"Well mulai hari ni kau kena tahu tentang aku. Walaupun hal sekecil zarah sekalipun..sebab aku teman lelaki kau.""kata lelaki itu sambil menggoyang-goyangkan kepala Hana melalui cubitan itu.

Muka Hana berkerut kesakitan sampai matanya terpejam.

"Sakitlah!"tangan Blaze cuba di tepis.

Blaze tarik pipi Hana yang di cubit lalu mengucup tepi mata gadis itu bersama senyuman di bibir. Setelah itu baru dia lepaskan pipi itu untuk memakaikan cermin mata di wajah itu.

"Jomlah...Mak Nenek tu sibuk cari kau pulak nanti." ajak Blaze semasa bergerak ke arah pintu.


"Kalau Nadine tahu awak panggil dia mak nenek...habis awak dikerjakan dia."pesan Hana.

"Eloklah!"seru Blaze dengan seronok."Perempuan annoying tu ingat dia jer yang boleh annoyingkan orang lain?"Blaze rangkul bahu Hana sewaktu berjalan keluar dari situ.

3. Prince Charming Untuk Clumsy CinderellaWhere stories live. Discover now