09.

2.9K 215 3
                                    

Setelah dihalau dengan Puan Limbert, Hana keluar dari perpustakaan dengan buku bertimbun dalam pelukan dan beg sandang tergantung di lengan.

Penampilan gadis itu tidak terurus, dengan rambut terkeluar sana sini di balik sanggulan, baju kemeja lengan pendek yang dipakai terkeluar separuh, separuh lagi ada di dalam skirt. Tali kasut sebelah kanan tak terikat. Stokin sebelah pendek sebelah panjang.

Sambil ditemani bingkai-bingkai gambar bekas dekan dan pengasas terdahulu akademi di kanan dan kiri dinding yang di lalui Hana bernyanyi kecil sewaktu jalan menyusuri koridor lengang tanpa penghuni sendirian.

Bunyi tapak kasut berkilatnya bergema di sepanjang laluan tersebut. Suasana eerie yang senyap dan sunyi itu buatkan keadaan koridor tersebut menakutkan.

Setelah tiba di selekoh untuk menuruni tangga, dia melanggar seseorang dari arah bertentangan. Membuatkan dia jatuh ke belakang lantas terduduk punggung dahulu sambil ditimpa dengan buku-bukunya.

"Aduh mak...sakitnya..."sungut Hana sambil menggosok punggung. "Siapa pulak letak dinding dekat tengah jalan ni?"dia berkerut kening saat mengangkat kepala hendak memandang punca pelanggarnya itu.

"Awak tak apa-apa?"soal suara dalam yang gemersik di depan Hana.

Mulut Hana ternganga luas, dengan muka dumbfounded dan mulut buka tutup macam ikan selepas memandang empunya suara.

"Maaf...saya tak perasan...sakit dekat mana-mana ke?"Kim Yuta berlutut sebelah kaki depan Hana sambil bantu kutip buku dan kertas yang berterabur di sekitar Hana duduk.

"Se-senior Yuta."Hana gagap hendak bersuara semasa memandang lelaki itu dengan wajah tergamam.

Yuta tersenyum, dia pandang Hana lalu bangun dari situ, pada masa yang sama dia pegang pergelangan tangan Hana dan menarik gadis itu bangun bersamanya dengan mudah.

"Hai..."sapa lelaki itu."Ini buku awak..." serahnya pada Hana.

Dengan kalut Hana capai buku-bukunya dari tangan Yuta sampai tak sengaja tersentuh tangan lelaki itu.

"Maaf..."ucap Hana serta merta setelah jarinya tersentuh tapak tangan Yuta.
"

"Tak mengapa...""balas Yuta. "Apa awak buat sendirian dekat koridor ni. Bukan ke waktu kelas dah lama tamat?"

Hana tunduk memandang ke lantai sewaktu lelaki itu berdiri rapat di depannya. Gadis tersebut terlalu gemuruh sampai berona merah leher dan kedua-dua cuping telinganya.
"

"Sa-saya siapkan kerja sekolah-""sesaat setelah perkataan itu keluar dari mulut, Hana terus menyesal.

Yalah, lepas dengar mesti Yuta ingat dia ni budak nerd atau ulat buku yang suka belajar dan menyiapkan latihan macam budak tak cool.

Rosak tanggapan lelaki ni terhadapnya tak pasal-pasal. Hana tepuk bibirnya sendiri berkali-kali secara sembunyi.
"

"Awak tahu...etika ketika bercakap dengan seseorang. Kita perlu pandang orang tu semasa kita sampaikan sesuatu. Sebab bercakap ni perlukan komunikasi dua hala?"sebut Yuta seakan membebel dengan cara Hana berhadapan dengannya.

Hana yang dengar rasa serba salah. Crush dia terasa sebab dia tak nak pandang.
"

"Maaf...""ucap Hana semasa segan-segan mengangkat kepala hendak memandang Yuta.

Yuta ketawa kecil apabila mata yang berkaca mata bingkai bulat itu memandangnya.

Gaya Hana ketika itu tidak ubah seperti kucing parsi yang sedang ketakutan. "

"Awak tahu, kalau pelajar perempuan lain tak lekang nak memandang saya. Tapi awak pandang lantai seperti saya ni hodoh untuk ditenung pula.."rajuk Yuta sambik menyeluk tangan ke dalam poket seluar.

Hana terus menggeleng laju. "Matanya terbutang luas kerana terkejut dengan rajuk Yuta. Dia tak pernah terlintas untuk mengangap Yuta hodoh!

"Tak...bukan itu maksud saya. Senior tak hodoh. Saya tak pandang sebab saya-""kata-kata Hana terhenti separuh jalan setelah dia terpaku melihat Yuta memandangnya dengan senyuman meleret.

"Sebab awak malu...""sambung Yuta. Lantas lelaki itu mengusap kepala Hana. "It okay..saya faham. Tapi lain kali kalau jumpa saya, pandang saya..."pesan lelaki itu dengan lembut.

Hana kejung berdiri di situ taktala tangan lelaki itu hinggap di kepalanya. Berasa tidak percaya dengan apa yang berlaku. Crush dia bercakap dengan dia, siap usap kepala lagi tu.

Oh my gucccci!!!!!!

"Dah baik awak balik asrama sekarang...nanti lewat pula nak makan malam."arah Yuta sebelum menyambung langkahnya ke depan meninggalkan Hana sendirian di situ.

Hana bawa buku menutupi sebahagian wajahnya lantas menjerit dengan nada rendah kerana terlalu gembira.

3. Prince Charming Untuk Clumsy CinderellaWhere stories live. Discover now