Bab 15 [1]

2.7K 348 119
                                    

Amirul dilihat sedang termenung jauh ketika Qarizh masuk ke dalam pejabatnya lalu mengambil tempat di hadapan budak itu. Kerusi ditarik, punggungnya dilabuhkan. Namun, tetap saja pelajarnya itu seolah-olah tidak menyedari kehadirannya.

Tok tok tok!

Qarizh mengetuk meja sebanyak tiga kali. Geramlah juga dia dengan Amirul apabila elok sahaja dia habis kelas tadi, budak itu menelefonnya. Sudahlah penat seharian mengajar, kini bertambah pula dengan Amirul ingin berbincang dan meminta pendapat.

Dalam geram ditambah pula dengan malas mahu melayan kerenah budak itu jika tidak diberikan perhatian, terus saja dia menyuruh pelajarnya itu menunggunya di pejabat. Lagipun, sejak kes tempoh hari, pejabatnya sudah menjadi seperti tempat permainan Amirul.

"Oh, maaf Prof." Tersedar daripada lamunan, cepat-cepat Amirul meminta maaf.

"Kau nak cakap apa?" Sambil mengerling jam tangan yang terlilit di pergelangan tangan kirinya, terus Qarizh bertanya.

Dia harus segera menyelesaikan ini. Lagipun, bukannya apa, dia belum solat Asar dan waktu pun sudah menginjak ke angka enam petang. Tambah lagi, tiga jam kuliahnya berlangsung tadi, dia pun sudah penat mental dan fizikal.

"Hal Darin, Prof," jawab Amirul perlahan.

"Kenapa dengan dia?" Sengaja Qarizh bertanya walaupun hatinya kuat mengatakan bahawa Amirul sudah mula mengesyaki gadis itu.

"Miyul rasa pelik dengan dia," balas Amirul pula.

"Pelik macam mana?" Tetap bersahaja, Qarizh memancing lagi.

Jelas, wajah Amirul berkerut-kerut dan terlakar riak serba salah dalam ingin meluahkan kata. Dalam kondisi seperti itu, Qarizh faham rasa hati budak itu. Diluah mati emak, ditelan mati bapa. Pelajarnya itu nampak tersepit dalam prasangka.

Yalah, Darin adalah kawan baik budak itu sejak dari semester satu sehinggalah sekarang. Lagipun, gadis itu jugalah yang sentiasa ada bersama-samanya ketika senang dan susah. Mereka berdua sangat rapat ibarat belangkas.

Tambah lagi, Darinlah teman paling rapatnya sehinggakan tidak keterlaluan jika dikatakan, pasti mereka berdua akan bersatu sebagai suami isteri pada suatu hari nanti. Mereka berdua berkongsi misi dan visi yang sama.

"Er..." Amirul meramas-ramas tangannya sendiri dan rahangnya juga kelihatan bergerak-gerak.

"Darin bukan Darin." Memejamkan mata, Amirul melepaskan perkara yang terbuku di hatinya.

Melihatkan itu, Qarizh menarik senyuman nipis. Betullah, pelajarnya itu sudah dapat menebak siapakah gerangan gadis yang berada di sebelahnya di dalam kelas tadi. Mustahil sangat Darin yang sebenar akan makan gula-gula getah ketika dia sedang mengajar.

"Jadi, apa kau nak buat?" Qarizh merenung anak mata Amirul.

"Miyul..." Amirul berjeda.

"Tak tahu." Akhirnya, Amirul melepaskan nafas kasar seraya menunduk ke bawah.

Melihatkan keadaan itu, sekali lagi Qarizh menarik senyuman nipis tetapi kali ini disertai dengan senyuman sinis. Amirul itu tetaplah Amirul, cengengnya bukan boleh dibawa main. Tidak dapat tidak, dia mesti 'membasuh' otak budak ini sehingga bersih!

"Kau nak jadi lemah sampai bila-bila ke?" Tegas Qarizh menyoal.

Mendengarkan soalan tegas tersebut, serta merta Amirul mengangkat kepala lalu menumpukan perhatiannya kepada si profesor yang kelihatan tenang di hadapannya. Sungguh, dia buntu dengan keadaan ini.

"Miyul..." Amirul menarik-narik hujung rambut dan hujung baju hoodienya juga diketip-ketip perlahan.

"Kau anak jantan kan. Berhentilah berperangai macam perempuan. Cengeng." Qarizh bangun dari kerusi lalu membuang baju kot lantas meletakkannya di kepala kerusi.

HI, ENCIK PROFESSOR!Where stories live. Discover now