Bab 4

4.2K 498 372
                                    

Qarizh meyumpah-nyumpah di dalam hati. Ya Allah, kenapa makhluk pendek di hadapannya ini sangatlah annoying? Dia rasa mahu cekik je leher perempuan gila yang tak habis-habis memandangnya dari tadi dengan senyuman mengejek. Lagi sakit hati, perempuan tu sengaja pula menjelirkan lidah? Kurang asam...

"Abang, Sarah tahu abang marah sekarang tapi please abang, chill. Nanti terkahwin dengan kakak comel tu Sarah tak tahu. Hahaha," kata Sarah di talian sambil ketawa keras. Entah apa yang menggeletek hatinya, dia sendiri tidak tahu. Apa yang dia tahu, muka abangnya melalui kamera CCTV sekarang ni dah macam udang kena bakar, merah menahan marah!

"Kau lebih baik diam atau dengan kau sekali aku campak jatuh bangunan dengan 'kakak' gila kau tu," bisik Qarizh dengan rahang diketap kemas. Darahnya sudah mendidih 100 darjah celsius sekarang ni dan jika silap hari bulan, mati Aralyn Awliya dikerjakannya.

"Ah, malaslah nak cakap dengan abang ni. Emo!" cebik Sarah lalu memutuskan talian.

Qarizh meraup muka seraya membetulkan tali lehernya yang tiba-tiba terasa menjerut leher. Panas pula dewan ini biarpun aircond yang terpasang sekarang bersuhu 16 darjah celsius. Antara dirinya dan Aralyn, 'hutang' ini perlu diselesaikan!

'Berani kau mengaku sebagai tunang aku? Hahaha. Aku akan buatkan kau menyesal,' bisik hati Qarizh dengan mata mencerlung tajam memandang Aralyn yang sekarang nampak ralit melayan pelajar berbual. Dalam diam, senyuman jahatnya mula terukir di bibir tetapi dikulum agar tidak nampak ketara sangat rancangan 'baiknya' khas buat Aralyn sekejap lagi.

Qarizh kemudiannya menapak ke komputer di hadapan pentas lalu mencucuk pendrive di port USB. Apabila folder dan file yang dikehendaki terpapar di skrin, dia menekan dua kali file yang ingin dibuka. Setelah menunggu lebih kurang 5 saat, file tersebut terbuka lalu terpaparlah isi file di skrin besar yang dipancarkan oleh pemancar LCD itu. Isi di dalam file tersebut adalah imej yang memaparkan keadaan mayat bergelimpangan dalam pelbagai rupa yang menakutkan.

"Baiklah student, ini adalah kes pembunuhan yang melibatkan seorang perogol dan pembunuh bersiri pada tahun 2020. Dia ni bergiat aktif selama dua minggu antara 20 April hingga 5 Mei di sekitar London, Manchester, Lancashire dan Cheshire. Pembunuh ini akan mengerat setiap sendi utama badan mangsa dalam keadaan mangsa masih hidup lalu menyimen anggota badan tersebut di dalam dinding rumahnya. Kini, jumlah mangsa yang dipercayai dirogol dan dibunuh kejam ini berjumlah seramai 30 orang," kata Qarizh sambil memerhatikan wajah para pelajarnya seorang demi seorang yang sudah berubah raut. Ada yang kelihatan loya, ada yang menutup mata. Lagi teruk, boleh pula pelajarnya yang bernama Amirul tersengguk-sengguk semasa dia bersyarah?

Qarizh mengetap bibir menahan geram apabila melihatkan lagak mengantuk si Amirul. Rasanya baru semalam Amirul berjanji siap bersumpah taat setia lagi yang dia akan siapkan semua assignment, tidak akan tidur dalam kelas, tidak akan ponteng dan macam-macam lagilah ikrarnya. Ya Allah, menjadi seorang pendidik ini bukanlah sesuatu yang mudah sebenarnya.

Matanya dikalihkan pula kepada perempuan gila yang enak terlentok di kerusi pensyarah. Ewah... ini seorang lagi kanak-kanak tak matang dia perlu hadap. Kenapa Pak Su? Kenapa kanak-kanak tak siuman ni juga yang Pak Su pilih untuk jadi partner dia? Jiwa Qarizh membentak hebat! Tapi tak apa, dia akan buatkan gadis itu menyesal sekejap lagi.

"Sukacita saya nak bagitahu korang semua yang pembunuh tu sampai sekarang masih belum ditangkap..." kata Qarizh sambil berjeda.

Suasana yang senyap tadi berubah semakin senyap. Qarizh perasan pada wajah setiap orang pelajarnya tu terjalar perasaan takut dalam diri masing-masing terutamanya dalam kalangan pelajar perempuan.

HI, ENCIK PROFESSOR!Where stories live. Discover now