Bab 10 [2]

3.1K 386 254
                                    

"Minah kuat tidur tu bukannya makwe aku. Kasihannya kau, tersalah info ya?" provok Qarizh sambil tersenyum sinis. Thanks, Rayyan. Kau memang sifu terbaik.

"Tak guna!" tempik Black.

Tak guna. Tak guna. Tak guna! The King sudah melampau. Walau apa pun yang berlaku, mana-mana perempuan yang dikatakan sebagai gadis kesayangan The King mesti dibunuh. Itu janjinya pada dirinya sendiri apabila sebulan yang lalu, The King tanpa belas kasihan menjatuhkan reputasinya pada Father.

Nasib saja manusia yang digelar The Great Father lebih baik daripada Father, jika tidak merempat juga dia di dalam penjara. Kau memang tak guna The King, kau lumpuhkan aku pada malam itu. Aku bersumpah akan buru semua orang yang kau sayang termasuklah budak Amirul itu!

Black mendengus kasar lalu tanpa menghiraukan lagi provokasi daripada Qarizh, dengan kelajuan maksimum  tangannya dihayun laju bagi membenamkan mata pisau ke belakang Aralyn yang masih lena. Namun, tindakannya tiba-tiba terbejat apabila telinganya terlebih dahulu menangkap suatu bunyi asing yang semakin lama semakin mendekat.

Bum!

Sebuah motosikal berkuasa besar tanpa amaran terus merempuh kuat pintu dewan yang sedikit terbuka lalu dengan sebilah pedang terhunus di tangan kanan, si penunggang memulas throttle motosikalnya dengan tangan kiri sehabis mungkin lantas menghalakan jenteranya ke arah Black dengan kelajuan maksimum.

Vrom!

Deruman enjin superbike berjenama Kawasaki mengaum hebat membelah hiruk-pikuk suasana. Suasana dewan yang sebelumnya dipenuhi dengan suara berdegung bagaikan lebah menghurung serta-merta senyap. Black yang terperanjat besar melihat jentera tersebut menghala laju ke arahnya dengan pedang terhunus terus mengelak ke tepi. Namun, nasibnya agak malang apabila bilah pedang daripada si penunggang terlebih dahulu tertoreh ke pehanya.

Slash!

Efek daripada layangan mata pedang mengakibatkan Black terundur ke belakang lalu terempuh kerusi yang tersusun tidak sekata. Darah berjejeran keluar dari lukanya namun bagaikan manusia yang tiada saraf sakit, Black terus bangun lantas mengutip semula pisau rambonya yang terpelanting ke bawah kerusi.

"The King, serahkan Gamer pada aku," ujar si penunggang.

Dari atas superbikenya yang diberhentikan seketika, dia berpaling kepada Qarizh di belakang. Senyuman penuh sinis dilemparkan kepada bosnya lalu dengan tangan kiri diangkat tinggi, dia membuat isyarat peace sebelum jenteranya dideram laju ke arah Amirul yang masih tergantung.

"Thanks, The Slayer," bisik Qarizh perlahan lalu bergegas mendapatkan Aralyn yang mula menunjukkan tanda sedar.

Gadis itu kelihatan menggeliat kecil dengan mengurut-ngurut tengkuk serta belakang. Ya, akibat terlalu lama terlena dengan posisi tertunduk, ketidakselesaan pada tulang belakang dan tengkuk memang akan terjadi. Aralyn juga nampak mamai dan terpinga-pinga, tetapi tidak apalah. Sekurang-kurangnya, buat masa sekarang Aralyn bebas daripada kuasa hipnotis Black.

"Qarizh...ah... sakitnya kepala aku." Aralyn memicit-micit tengkuk dan kepala yang terasa berdenyut-denyut. Nampak tidak nampak saja wajah Qarizh di depan matanya.

"Lari, Aralyn," bisik Qarizh keras.

Dia tiada masa untuk melayan ulahan seorang Aralyn Awliya. Tolonglah minah, tolonglah sedar yang diri kau dalam bahaya sekarang. Tanpa mempedulikan cerlungan mata Black, sempat gadis itu dipaksa bangun sebelum dibawa berlindung di belakangnya. Bahaya, Black kini kelihatan semakin menggila selepas terkena bilahan pedang Awraq.

"Kau tak guna!" Kemarahan Black memuncak. Cis, nampaknya The King sempat meminta bantuan!

Qarizh tersenyum sinis mendengar amukan Black. Ya, begitulah Black. Marah lagi, lagi! Pesan Rayyan, dalam menghadapi orang yang psiko macam Black... ubat yang paling mujarab untuk mematahkan serangan ialah dengan menggunakan teknik psikologi. Senyum saja, Qarizh. Insya-Allah si batu hitam itu akan tertewas.

HI, ENCIK PROFESSOR!Where stories live. Discover now