Bab 12 [1]

3K 377 317
                                    

"Apa yang mak cakap ni? Mustahil... mustahil..." Aralyn menggelengkan kepala. Setapak dua, dia berundur ke belakang.

Mek Nab menarik nafas lalu keluhan panjang keluar dari mulutnya. Hish budak berdua ni, seorang tak nak mengaku, seorang lagi pula tak boleh terima apa yang berlaku. Padahal, kedua-duanya suka sama suka. Apa ke peliknya budak-budak zaman sekarang?

"Abang, jomlah kita pergi sekarang. Kata nak pergi cari buah tembikai tadi?" Mek Nab mengenyit-ngenyit matanya kepada Pak Moin.

"Ha, yalah. Okey jom kita pergi," sahut Pak Moin lalu bergegas mendapatkan isterinya.

Tidak menunggu lama, pasangan bahagia tersebut terus berlalu keluar dari bilik. Sudahnya, tinggallah Qarizh dan Aralyn berdua seperti tadi. Krik krik, kau pandang aku, aku pandang kau. Lalu, kedua-duanya berpaling ke arah lain. Fuh, panas seyh!

"Erm... sorry, Aralyn. Mak memang macam tu, suka mengusik." Serba salah, Qarizh memulakan perbualan setelah beberapa detik keadaan menjadi senyap sunyi.

"Er... tak apa. Tak apa, aku faham." Aralyn mengusap belakang leher. Fuh, berdebar gila jantungnya tadi.

"Kau tak ada kerja ke hari ni? Maksud aku... kau tak perlu ke mana-mana tempat? Banyak kes yang belum selesai kan..." soal Qarizh.

Sengaja dia melencongkan soalan apabila dilihatnya gadis tersebut kelihatan tersangatlah kekok dengan situasi ini. Ya, dia pun kekok juga tetapi sebagai lelaki, dia perlulah tidak menampakkan kekekokannya. Tidak macho, tahu?

"Ada. Sekejap lagi aku dan Jacky akan ke rumah tinggal tu untuk mengambil sampel," jawab Aralyn sambil menguis-nguis lantai dengan hujung kasutnya.

Qarizh tersenyum nipis melihatkan ulah Aralyn. Aduh, kau memang comellah Aralyn. Tetapi... belum masanya untuk aku cakap aku sukakan kau. Tengoklah tadi, kau sendiri pun cakap mustahil aku sukakan kau kan?

"Aralyn, duduklah dulu. Kau tak penat ke berdiri lama-lama, hah?" Qarizh mengisyaratkan agar Aralyn duduk di kerusi yang berada di tepi katilnya.

Mendengar permintaan Qarizh, Aralyn akhirnya mengalah. Dengan bibir dikemam kejap, perlahan-lahan dia menarik kerusi lalu kembali melabuhkan punggungnya. Cumanya... zass!

Di kedudukan dadanya separa dengan kedudukan terbaring Qarizh, dengan jelas lagi terang wajah pucat jejaka tersebut menyambar ruangan matanya. Itu dia... barulah dia menyedari bahawa sakit-sakit pun, Qarizh tetap handsome di matanya.

Perlahan-lahan, bibirnya mengoyak senyuman nipis dan matanya ralit memerhatikan segenap inci penjuru wajah tersebut. Qarizh... walaupun pucat, tetap sahaja wajah sejuk bekunya mempunyai aura yang mampu menggugah hati wanitanya!

Sama seperti Aralyn, Qarizh juga seperti terpanah dengan keberadaan gadis tersebut di sisinya. Entahlah kenapa, dalam keadaan sakit-sakit macam ini pun dia suka saja melihat wajah Aralyn tanpa make-up. Kalau macam inilah rupanya, memang bangun pagi pun bahagia saja.

Sekejap, kau sudah kenapa Qarizh? Tapi betullah, Aralyn tanpa make-up memang sangat cantik. Natural beauty, kata Mat Saleh. Ya mungkin... budak cengeng itu sememangnya dilahirkan untuk memiliki rupa paras menawan.

Tanpa sedar, Qarizh tersenyum nipis. Sejujurnya, dia kagum dengan Aralyn. Kenalan lelakinya ramai tetapi satu pun tidak berjaya mencuri hati si bunga. Siapakah nanti yang sangat bertuah mendapat Aralyn sebagai makmum halal? Diakah... atau orang lain? Tertanya-tanya sekejap.

Ehem!

Bunyi deheman yang kedengaran dekat di telinga serta merta mengecaikan lirikan mata antara satu sama lain. Panas! Muka kedua-duanya kembali berbahang. Siapa ini yang tiba-tiba mengacau keamanan? Hish! Qarizh dan Aralyn terbengang sendiri.

HI, ENCIK PROFESSOR!Where stories live. Discover now