Bab 3

4.4K 503 405
                                    

Qarizh menghempas kasar failnya ke atas meja lalu bertaburan habis segala dokumen-dokumen yang sedia berselerak di atas mejanya. Cermin mata berteknologi tinggi yang dipakainya juga dibuang lalu pelipisnya dipicit perlahan. Stress.

Melalui telefon pintarnya, dia masih lagi mendengar dengan hati mendongkol marah terhadap kata-kata bapa saudaranya. Adik bongsu kepada arwah ayahnya itu kali ini betul-betul menguji kesabarannya yang sekian lama menipis. Bukan kerana benci dia memarahi lelaki tua itu tapi hanya kerana lelaki itu suka memberikan arahan tanpa meminta persetujuannya terlebih dahulu dalam apa-apa perkara!

"Apa Pak Su cakap ni? Zahwan kena bekerjasama dengan seorang profiler penjenayah? Perempuan pula tu?" Bagai mesingan, Qarizh menembak soalan kepada IGP Karim dengan bertalu-talu.

"Easy Zahwan, bertenang," pujuk IGP Karim disertai dengan keluhan.

Qarizh meraup muka lalu meramas rambutnya. Telefon pintar di tangannya masih lagi digenggam erat, sengaja tidak dilempar ke dinding walau itu pun yang dia mahukan sekarang. Telefon mahal tu, pokai pula duitnya kalau nak beli sebiji lagi.

"Please Pak Su, Zahwan tak nak bekerjasama dengan perempuan. Perempuan sama saja menyusahkan!" rayu Qarizh dalam nada membentak geram.

IGP Karim terdiam lama apabila mendengar suara marah anak saudaranya. Qarizh Zahwan memang begitu sejak dulu lagi, hanya dia seorang je tahan dengan perangai dingin beku tambah pemarah jejaka itu. Tapi, jejaka itu juga boleh berubah 100% dari perangainya itu jika kena caranya.

"Maaf Zahwan, kali ni je Pak Su minta tolong kamu. Kamu tak sayang Pak Su ke?" rayu IGP Karim dengan suara sayu.

Qarizh terdiam apabila mendengar suara lirih Pak Sunya meminta tolong. Ini... sesuatu yang membuatkan seorang Qarizh Zahwan terasa lemah segala urat sendi sehingga ke tulang belulang. Nak menolak tak sampai hati, nak marah berdosa pula. Itulah, siapa suruh jadi anak saudara kesayangan Pak Su? Padan muka kau Qarizh...

Dengan nafas panjang ditarik lalu dihembus perlahan, Qarizh mendekatkan lagi telefonnya ke telinga. Tanpa suara marah mahupun bentakan, perlahan-lahan dia menunduk menekur meja.

"Baik, Pak Su. Zahwan ikut cakap Pak Su, tapi Pak Su mesti janji ini kali terakhir dah Pak Su minta Zahwan bekerjasama dengan perempuan," jawab Qarizh dengan nada lemah.

Usai sahaja Qarizh menuturkan kata setuju itu, serta merta nada suara IGP Karim berubah menjadi ceria. Tanpa banyak bicara, dia mengucapkan terima kasih berkali-kali dan ucapan terima kasih itu hanya disambut dingin oleh Qarizh.

"Oh ya Zahwan, Pak Su lupa cakap yang profiler itu akan jadi assistant semua kelas kamu nanti. Jadi, Pak Su harap kamu dapat berbaik dengan dia ya. Bye," beritahu IGP Karim dalam satu nafas, laju bertutur bagai bullet train lantas gagang telefonnya cepat-cepat diletak.

Tut.... tut....

Qarizh terkesima dalam kejutan. Ya Allah, apa lagi yang Pak Sunya dah buat ni? Skrin telefon pintarnya yang sudah berubah gelap dipandang lama. Sedetik, dua detik... senyuman mengerikan mula terlakar di wajahnya.

"Ahhh!" jerit Qarizh lalu melempar telefonnya ke dinding.

Prang!

Pecah berkecai jua telefon mahalnya sekecamuk kecai hatinya sekarang. Dia benar-benar geram dengan Pak Su!

"Pak Su, what the hell are you doing?" laungnya kuat lalu memegang kepalanya dengan rambut kemasnya sengaja diselerakkan. Dia... dah macam orang gila!

Tok! Tok! Tok!

Tanpa sempat Qarizh menyahut, sebiji kepala terjengul masuk ke pejabatnya. Raut wajah pemilik kepala itu kelihatan gusar dan bimbang dengan keadaan yang melanda Qarizh. Dah macam orang tidak siuman pun ada orang bawahannya yang seorang ni.

HI, ENCIK PROFESSOR!Where stories live. Discover now