Bab 15 [2]

2.5K 361 252
                                    

Bam!

Bunyi hempasan kuat pada pintu biliknya kembali menyegarkan mata Qarizh daripada kantuk yang bermaharajalela menguasai mata. Baru saja dia ingin merehatkan diri, ada pula makhluk tak bertamadun mengacau ketenteramannya.

"Apa?" Qarizh membengang.

Dek marah waktu tidurnya dikacau, ketika ini mahu saja dia mencepuk adiknya itu jika tidak difikirkan bahawa tidak elok lelaki memukul perempuan. Figura Sarah yang tercungap-cungap itu pun kecil besar saja kelihatan di matanya.

"Kak Aralyn," tutur Sarah terburu-buru.

"Kenapa dengan dia?" Tetap seperti tadi, Qarizh masih statik di dalam selimut.

"Black serang Kak Aralyn!" beritahu Sarah dengan nada naik seoktaf.

"Apa dia?" Terus Qarizh mencampakkan gebarnya ke tepi lalu bingkas bangun dan turun dari katil.

"Kenapa tak ada satu pun alat pengesan tu bagi isyarat?" soalnya kalut.

Mendengar soalan itu, Sarah hanya mampu menggeleng kepala. Sumpah, dia tidak tahu kenapa alat pengesan yang dipasang di G.O.L tidak berfungsi malam ini. Dia mengetahui Aralyn dalam bahaya pun kerana degupan jantung gadis itu yang dipantau melalui rantai loket semakin menaik.

Seterusnya, selepas dia melihat rakaman langsung siaran CCTV yang dipasang secara sembunyi di G.O.L itulah, barulah dia mengerti letak duduk perkara yang sebenarnya. Serius, kenapalah Aralyn ditinggalkan bersendirian di pejabat itu? Ke mana perginya Mona? Yang lain? Ah, bengangnya dia!

Bum!

Dalam kalut, pantas Qarizh membuka pintu almari lantas mengambil semua peralatan yang diperlukannya lalu menutupnya kasar. Dia tiada masa untuk bersantai-santai menyusun dan mengambil dengan elok pakaiannya sebagai The King dan senjatanya yang disimpan kemas di dalam almari tersebut.

"Sarah, call polis," suruhnya seraya menyarungkan sut rasminya ke tubuh.

"Inform Jacky, Mona dan Riyad.  Suruh mereka segera kembali ke G.O.L dalam kadar segera." Senjatanya berupa busur berserta anak panah digalas ke belakang badan.

"Cuba alihkan perhatian Black dengan skil penggodaman kau." Pistol daripada jenis Glock 17 disisip ke pinggang.

"Pastikan Aralyn selamat sehingga aku sampai. Please, Sarah," pinta Qarizh kepada adiknya dengan penuh pengharapan.

Mendengarkan pintaan berupa arahan daripada abangnya, Sarah hanya mengangguk kecil. Dalam keadaan ini, dia tahu apa yang perlu dibuat. Dia mengerti betapa berharganya seorang Aralyn Awliya kepada abangnya si sejuk beku tambah hati batu itu.

Qarizh Zahwan cintakan Aralyn Awliya. Itu sangat pasti dan tiada bantahan mahupun penafian lagi. Boleh kerat hujung kukulah kalau kata abangnya tiada perasaan terhadap kakak comel itu. Terang lagi bersuluh sangat nampak rasa hatinya!

"Good. Aku pergi dulu. Apa-apa hal, inform," arah Qarizh lagi.

Lantas, topeng muka yang menutupi separuh wajahnya dipakai lalu topi kaledar yang terletak di atas meja juga diambil laju. Anak kunci motosikal berkuasa tinggi berjenama Yamaha YZF miliknya juga pantas dicapai lalu tanpa pamitan, terburu-buru dia keluar dari biliknya.

*****

Bip.

Heyyo, Hades di sini! Kau sihat? - Hades.

Satu bualan mel sampai di komputer Sarah. Melihatkan itu, dia yang sedang rungsing tiba-tiba saja berasa seperti mendapat sinar baru. Serius, kehadiran Hades yang tepat pada masanya sangat melegakan resahnya! Tanpa membuang masa, pantas dia menaip jawapan balas.

HI, ENCIK PROFESSOR!Where stories live. Discover now