Bab 17 (1)

2.4K 349 265
                                    

Jam menunjukkan pukul 9 pagi. Qarizh masih lagi berdiri di hadapan cermin di dalam pejabatnya. Mukanya dibelek dan badan sasanya ditenung. Apa lagi yang tak kena dengan penampilannya hari ini? Rasanya, dia sudah cukup handsome.

"Prof.," panggil Amirul. Sempat mulutnya menguap panjang.

"Prof. bukannya nak pergi akad nikah. Nak bentang kertas kajian je pun," sambungnya pula.

Ujaran selamba badak si Amirul membuatkan Qarizh mendengus kasar. Memanglah dia nak pergi bentang kertas kajian, tapi Aralyn pun ada sekalilah di dalam dewan seminar nanti. Dia tak mahu nampak selekeh di depan gadis itu!

"Miyul dah penat tau tak tengok Prof. berdiri depan cermin tu. Sejam, Prof. Sejam." Amirul menguap lagi. Kali ini, matanya pula ditenyeh-tenyeh.

"Diam, Amirul. Aku potong markah nanti baru tau." Qarizh memberikan jelingan maut kepada Amirul. Tali lehernya dibetul-betulkan.

"Ha, potong markah. Ya, potong markah." Amirul berhenti menguap.

"Apa dia?" Dia terjerit kuat.

"Jangan Prof.! Miyul berjanji sumpah taat setia akan dia takkan berbunyi walau sepatah..."

"Shut up!" Qarizh mencapai pen di atas meja lalu melemparkan ke arah Amirul.

Kuk!

Pen biru yang dilemparkan oleh Qarizh mendarat betul-betul di atas kepala Amirul. Lemparan tersebut serta merta mematikan ikrar merepek entah apa-apa yang keluar dari mulut budak itu. Seketika, Amirul terkulat-kulat sebelum dia menayangkan sengihan tak berapa menjadi.

"Dah hilang mengantuk? Jom." Qarizh menggeleng kepala seraya membuka pintu.

Amirul, Amirul. Tahulah mereka balik ke rumah semalam pun sudah lewat. Pukul 3 pagi. Ini semua gara-gara Rayyan yang mengajak mereka bergusti tiga pusingan sebelum masing-masing dibenarkan pulang. Dasar Boss bossy!

"Okey." Amirul membetulkan urat sarafnya sebelum terkocoh-kocoh keluar dari pejabat Qarizh.

Dalam perjalanan ke dewan seminar, masing-masing diam tak berkata apa-apa. Amirul, tak berani bersuara. Qarizh, tak ada topik nak dibualkan sementelah otaknya lebih ligat memikirkan kertas penyelidikannya. Agak-agaknya, apa pandangan orang luar terhadap kajiannya nanti?

Langkah kaki mereka berdua berterusan selama lima minit. Sengaja Qarizh tidak memandu kereta mewahnya ke dewan seminar. Lagipun, dia bukannya apa. Bukan jauh sangat pun jarak pejabatnya dengan dewan. Takkan basah pun baju kalau setakat berjalan di laluan pejalan kaki berbumbung.

"Prof.," tegur salah seorang petugas seminar sebaik sahaja Qarizh memasuki dewan.

Berbunga-bunga hatinya melihat dua orang jejaka segak berdiri di hadapannya. Seorang berpangkat profesor muda, seorang lagi ketua pelajar. Dua-dua mempunyai karisma tersendiri. Tapi, yang paling dia suka adalah Prof. Dr. Qarizh Zahwan. Maklumlah, poket pun handsome!

Qarizh membalas teguran daripada staf perempuan tersebut dengan anggukan. Mukanya dikekalkan ketat tanpa senyuman. Dia tahu yang senyum adalah sedekah. Tapi, senyuman yang hendak diberikan kepada petugas itu terus terbantut sebaik sahaja matanya menangkap kelibat Aralyn memasuki dewan.

'Bala dah datang!' Qarizh berdebar-debar.

"Hai, Encik Tunang Abang Sayang."

Dengan wajah berseri-seri, pantas Aralyn mendapatkan Qarizh. Sengaja dia menekan ayat Encik Tunang Abang Sayang dan memberikan senyuman manis kepada profesor sejuk bekunya. Maklumlah, hatinya tengah sakit sekarang.

"Cik Aralyn. Helo." Cepat-cepat Amirul menyampuk. Alamak, kenapa panas pula rasa dewan berhawa dingin ini?

"Helo, Amirul." Aralyn menyambut mesra sapaan Amirul.

HI, ENCIK PROFESSOR!Where stories live. Discover now