Bab 13 [3]

2.8K 384 403
                                    

Dengan dipimpin oleh Amirul, Qarizh perlahan-lahan menapak masuk ke dalam rumah. Sungguh, dirinya masih belum cukup kuat untuk berjalan sendiri walaupun pada asalnya, bermati-matian dia menolak pertolongan Amirul.

"Tolong jadi budak baik ya baby boo. Mama tak suka kamu berlagak macam diri tu kuat sangat," bebel Amina sambil bercekak pinggang.

Cis! Mendengarkan bebelan mamanya, Qarizh semakin menyebal. Ya Allah, cuba kalau wanita ini memberikan memori indah kepadanya ketika masih kecil, sudah tentu bebelan tersebut hanya dianggap sebagai bebelan sayang.

"Mama, Wan dah besar. Tolong berhenti panggil Wan baby boo." Muka Qarizh merona merah.

Hish, geramnya! Amirul yang tetap saja berdiri statik di dalam biliknya dipandang geram. Kenapalah budak itu tidak keluar dari biliknya sepanjang keberadaan mamanya di sini? Bengang betul...

"Wan tetap baby boo mama. Mama tak kira, mama nak juga panggil anak teruna kesayangan mama ni baby boo," balas Amina sambil tertawa kecil.

Haih, semakin bertambah geram seorang Qarizh Zahwan apabila melihatkan ulah wanita di hadapannya ini. Sudahlah tiba-tiba saja menyekat kebebasan berkawannya dengan Aralyn, kini suka hati pula berlagak mengambil berat. Sebal.

"Duduk, Prof," ujar Amirul seraya membetulkan kusyen sofa.

Ujaran Amirul itu serta-merta mengembalikan semula fikiran Qarizh ke alam nyata. Perlahan-lahan, dengan dibantu oleh Amirul dia merebahkan belakang badannya di atas sofa.

"Terima kasih, Amirul." Entah sudah kali ke berapa sepanjang dirinya terlantar sakit, Qarizh mengucapkan kata penghargaan tersebut kepada pelajarnya itu.

"Kasih diterima, profesorku," jawab Amirul sambil tersengih-sengih.

"Miyul nak naik ke atas ambil bantal. Sekejap tau Prof," ujarnya pula lalu tanpa menunggu respon Qarizh, dia terus berlari menaiki tangga ke tingkat atas.

Melihatkan ulah Amirul, Qarizh tersenyum nipis. Haih budak itu, entah apalah yang membuatkannya betul-betul nekad untuk menjaganya bagaikan orang tengah sakit terlantar? Walhal, kecederaan yang dialaminya bukanlah teruk sangat.

Ya, bukan teruk sangat. Setakat luka sedalam empat inci bekas tikaman tersasar Black tempoh hari, itu pun nak kecoh ke, Amirul? Tak fahamlah dia dengan ulah mengambil berat pelajarnya itu.

"Sebab mama tak nak risikokan nyawa bakal menantu mama yang cengeng itulah, mama tak nak Wan berkawan dengan dia. Black, musuh Wan ada di mana-mana. Mungkin, di dalam bilik ini pun dia ada," bisik Amina. Lantas, dia tertawa sinis.

Mengingatkan lagi bisikan mamanya, Qarizh semakin panas hati. Ya... ketika itu dia tidak marahkan mamanya kerana menghalang dirinya daripada berkawan dengan Aralyn. Namun, apa yang menimbulkan kemarahannya ialah siapakah barua Black yang dimaksudkan oleh wanita tersebut?

Takkanlah budak Amirul? Ia macam sangat mustahil namun ianya juga tidak mustahil. Musuh dalam selimut dan api dalam sekam, kedua-dua manusia sebegitu sangat hebat dalam menjadi talam dua muka.

Persoalan itulah yang menjadi tanda tanya terbesar dalam diri Qarizh apabila mamanya berkata sebegitu. Apatah lagi, hanya Amirul yang berada di dalam bilik wad tadi selain daripada dirinya dan mama. Jadi, adakah Amirul yang menjadi tali barut ketua mafia Crow?

Ah, pusing!

"Prof, Miyul dah bawakan bantal," laung Amirul dari tingkat atas lalu dengan berhati-hati, dia menapak menuruni anak tangga.

HI, ENCIK PROFESSOR!Where stories live. Discover now