BAB 16 [1]

2.8K 358 220
                                    

"Kau pergi mana, abang?"

Soalan daripada Sarah menerjah pendengaran Qarizh melalui earbudnya. Dari dalam kereta yang diparkir agak jauh dari G.O.L, matanya memerhatikan lagi gerak laku satu sosok tubuh seorang lelaki yang baru sahaja keluar dari pejabat penyiasatan tersebut.

Jadi, firasatnya yang mengatakan bahawa Black mempunyai rancangan lain adalah betul. Disebabkan itu, dia tidak terburu-buru memunculkan diri menyelamatkan Aralyn. Malahan, dia mengarahkan pula Mona supaya bertindak membelasah orang yang disangka sebagai Black.

"Tangkap orang hitam," balas Qarizh bersahaja.

"Eh? Bukan ke Black dah K.O kena tibai dengan Kak Aralyn dan Kak Mona? Habis, yang kena ikat tu siapa?" tanya Sarah di talian. Pelik.

"Aku tak tahu. Yang pastinya, dia bukan Black," jawab Qarizh lagi.

"Seriuslah?" Hampa kedengaran suara Sarah.

"Kau ingat senang nak tangkap malaun tu? Heh. Si hitam tu bijak, dia takkan senang-senang bagi diri dia tertangkaplah," cebik pula Qarizh.

Ya, mustahil Black akan kalah dengan perempuan. Jika dilihatkan pada kudratnya ketika insiden di Dewan Tuanku Omar tempoh hari pun, memang tidak mungkin lelaki hitam itu mudah sangat ditumpaskan. Jadi, orang yang ditangkap oleh Aralyn dan Mona malam ini berkemungkinan pelanduk dua serupa.

"Ha, yalah, yalah." Akhirnya, Sarah mengalah lalu mematikan talian.

Setelah pendengarannya sunyi daripada suara si adik, Qarizh kembali menumpukan perhatiannya kepada lagak manusia di hadapannya. Lelaki itu kini dilihat bergegas ke belakang bangunan lalu mencapai sesuatu yang disorokkan di dalam semak.

Setelah bersusah-payah, akhirnya benda itu dapat juga ditegakkan lalu dikayuh perlahan keluar dari halaman G.O.L. Melihatkan itu, Qarizh tercengang. Seriuslah Black hanya ke sini hanya dengan mengayuh basikal lajak? Black, Black. Apalah yang lelaki itu fikirkan sebenarnya?

Sudahnya, dia mengambil keputusan untuk mengekori saja langkah Black. Namun, dia tidak mengekori lelaki itu dengan keretanya tetapi dari dalam keretanya, dia menghantar drone untuk memantau pergerakan Black. Baginya, drone lebih berkesan untuk memantau pergerakan target tanpa disedari.

Dari skrin kecil yang memaparkan kayuhan Black yang boleh dikatakan agak laju, ralit Qarizh mendeduksi ke arah manakah lelaki hitam tersebut akan pergi. Dari satu jalan ke satu simpang, dari simpang ke satu cabang, culas lelaki itu mengayuh basikal.

Dalam sibuk otaknya berfikir, fikirannya juga terarah kepada tujuan Black mentargetkan Aralyn. Serius, dia tidak faham apa sebenarnya tujuan lelaki tersebut ke G.O.L? Betullah Aralyn ada di pejabat itu, tetapi dia tidak rasa yang Black hanya ke G.O.L untuk mencederakan Aralyn.

Bip. Bip.

Isyarat panggilan dari telefon pintarnya kembali membawa Qarizh ke alam realiti. Agak marah juga perasaannya apabila fokus berfikirnya diganggu, namun marahnya sirna apabila matanya melihat nama pemanggil.

"Rayyan Razien," tegur Qarizh.

"Gegirl kau, okey?" Tidak membalas teguran Qarizh, pantas Rayyan menembak soalan seraya tertawa di talian.

"Gegirl la sangat. Kau nak apa?" Merona merah muka Qarizh. Rayyan Razien memang tak sah kalau tidak menyakat orang!

"Aku nak... eh, teringinlah aku nak tengok muka merah anak mak ni. Hahaha," gelak Rayyan lagi di talian.

Sumpah dia tahu macam mana wajah Qarizh setiap kali disakat dengan Aralyn. Itulah, mulut kata tak suka tetapi akhirnya termakan tulah sendiri. Dengar khabarnya pula, Aunty Amina memaksa anak terunanya supaya memperisterikan gadis itu. Wah, macam pucuk dicita ulam mendatang saja!

HI, ENCIK PROFESSOR!Hikayelerin yaşadığı yer. Şimdi keşfedin