Bab 18 (1)

3.2K 266 86
                                    

Prof. Dato' Dr. Hisham memandang tajam ke arah anaknya dan juga anak buahnya. Sebetulnya, timbalannya dalam menguruskan hal ehwal fakulti. Kedua-dua orang anak muda itu tunduk menekur lantai. Riak wajah tak selesa memang jelas terlakar di wajah Aralyn, tapi Qarizh tenang sahaja. Memang seperti yang dia jangka daripada profesor muda itu.

"Apa ceritanya ni, Qarizh? Awliya?" tanyanya.

Qarizh mengangkat muka lalu anak matanya turut menentang panahan mata ketuanya. Walaupun riak mukanya tenang, namun sumpah jantungnya berdebar bagai nak gila dengan semua ini. Tapi kalau tak luah, tak kena. Lelaki berkarisma di depannya adalah wali Aralyn. Walau apa pun, kena hadap juga lelaki itu kalau nak kahwin dengan Cik Tunang Abang Sayang.

"Saya nak kahwin dengan Aralyn," luah Qarizh dalam satu nafas.

Krik. Krik.

Suasana di dalam pejabat dekan itu serta-merta bertukar sunyi. Hanya bunyi desiran halus dari alat pendingin hawa sahaja kedengaran di telinga. Baik Aralyn atau papanya sendiri, kedua-duanya kelihatan terkejut beruk. Mana taknya, tanpa mukadimah Qarizh terus menyatakan hasrat hati tanpa menjawab soalan yang dikemukakan.

"Khabar angin tu benar. Saya sukakan Aralyn," luah Qarizh lagi.

"Dan saya serius nak kahwin dengan dia. Izinkan saya nikahi Aralyn, prof." Berani, sangat berani. Terus direct tanpa berlapik.

Tapi, Prof. Dato' Dr. Hisham hanya diam. Keadaan itu menimbulkan rasa ketidaksenangan di dalam hati Qarizh. Ketika ini, macam-macam persoalan timbul di benaknya. Adakah hubungan mereka akan mendapat tentangan daripada si papa Aralyn ini? Adakah pinangannya akan ditolak? Sumpah dia akan kecewa teruk kalau lamarannya tidak diterima.

"Awliya... kamu pula macam mana?" Setelah agak lama diam, dekan itu bertanya kepada anaknya.

"Awliya..." Aralyn pandang Qarizh. Namun, hatinya sedikit geram apabila lelaki itu langsung tidak berpaling ke arahnya.

"Papa rasa macam mana?" tanyanya pula.

Dia kembalikan soalan itu kepada papanya. Sebabnya, secara jujurnya dia pun tak tahu sama ada nak terima atau tak lamaran Qarizh. Hatinya masih berbolak-balik dan tidak yakin untuk melangkah ke alam perkahwinan. Lagipun, dia tak tahu berapa dalam cinta Qarizh kepadanya walaupun hatinya sendiri suka kepada lelaki itu.

"Papa?" Prof. Dato' Dr. Hisham menjongketkan kening.

"Kalau boleh, hari ni jugak papa nak kahwinkan kamu berdua. Settle!" Terus dia tertawa melihat wajah terkejut dua orang anak muda di depannya.

Qarizh pandang Aralyn, Aralyn pandang Qarizh. Lidah mereka berdua kelu. Sungguh tak terkata apabila jawapan lelaki tua itu lain daripada jangkaan. Qarizh, dia ingat pinangan terlebih selambanya akan ditolak. Aralyn pula ingat papanya akan menentang dek sebenarnya, dia tak beritahu pun lagi papanya bahawa Qarizh melamarnya minggu lepas.

"Papa suka dengan keberanian Qarizh luahkan hasrat hati. Ya, papa dah lama tahu kamu berdua suka satu sama lain cuma ya, saja papa nak tengok sejauh mana kamu serius, Qarizh. Anak jantan, dia akan berani berjumpa sendiri wali si perempuan untuk minta izin menikah," senyum papa Aralyn.

Jujur cakap, hatinya berbunga-bunga apabila profesor muda itu akhirnya akan menjadi menantunya. Sudah lama dia berkenan dengan Qarizh dan pernah suatu hari, dia berdoa kepada Allah SWT supaya menjodohkan anak muda itu dengan anaknya, Aralyn Awliya. Tak sangka pula Allah memakbulkan doanya. Balik dari Indonesia, tiba-tiba Qarizh datang meluahkan rasa.

"Macam mana prof. tahu kami berdua...?" Qarizh melontarkan soalan dan kemudian, pandangannya dialihkan kepada Aralyn.

"Jacky." Pendek saja jawapan orang tua itu.

HI, ENCIK PROFESSOR!Where stories live. Discover now