Bab 11 [1]

3K 383 112
                                    

Isk. Isk.

Aralyn masih lagi setia menunggu di ruangan menunggu dewan pembedahan dengan tangisan kecil tanpa ada tanda-tanda mahu berhenti. Ya Tuhan... sungguh lambat dirasakan waktu berdetik sekarang ini. Sudah tiga jam para doktor bertungkus-lumus menyelamatkan nyawa seorang Qarizh Zahwan. Ya Allah... aku memohon agar Engkau selamatkanlah dia ya Allah.

"Anakku!" Tiba-tiba, terdengar laungan resah seorang wanita dalam lingkungan separuh abad disertai dengan derapan langkah beberapa pasang kaki.

Aralyn menyeka air matanya lalu bangun dari kerusi. Mentalnya dikukuhkan dan bersedia saja untuk menerima kata-kata daripada Mek Nab dan Pak Moin. Wallahi, dia redha jika kedua-dua orang ibu dan bapa susuan Qarizh memarahinya, ataupun mungkin menyakitinya? Ya, dia bersedia. Kerananya, Qarizh cedera. Kerana mahu menyelamatkannya, Qarizh menyambut tikaman Black dengan badannya sendiri!

"Awliya," seru Mek Nab lalu merangkul kemas tubuh Aralyn.

Aralyn terkedu. Mek Nab tidak marahkannya ke? Perlahan-lahannya, pelukan Mek Nab dibalas lalu tangisan dihamburkan lagi semahu-mahunya. Terhinggut-hinggut badannya menahan sendu dan apa yang menenangkannya ketika ini hanyalah tepukan perlahan Mek Nab pada belakangnya.

"Mek Nab... tak marahkan Awliya ke? Sebab Awliya, Qarizh cedera," tutur Aralyn lemah.

Mek Nab melepaskan rangkulannya lalu memimpin Aralyn ke kerusi. Wajah Aralyn dipegang dengan kedua-dua belah tangannya lalu didongakkan memandang matanya. Sinar kasih diberi buat gadis yang lencun dibasahi darah kering milik Qarizh. Daripada keadaan sememeh gadis ini, Mek Nab yakin akan firasatnya berserta Pak Moin sebelum ini tidak salah.

"Awliya. Dengar sini sayang." Mek Nab mengusap perlahan sisa air mata yang tumpah di pipi Aralyn.

"Seorang Qarizh Zahwan tidak akan sesekali menggadaikan nyawanya jika seseorang itu bukan orang yang disayanginya," tutur Mek Nab lembut.

'Apa dia?' Aralyn mementang anak mata Mek Nab. Dia tidak tersalah dengarkah?

"Ya sayang." Bagai memahami pandangan keliru Aralyn, Mek Nab menggenggam erat tangan gadis tersebut. Bau hanyir darah yang melekat pada gadis itu tidaklah dihiraukannya dek apa yang penting baginya, Aralyn mesti ditenangkan.

"Tapi... mustahil. Dia..." Aralyn cuba menidakkan. Mana mungkin Qarizh sukakannya?

"Awliya balik dulu ya? Bersihkan diri, rehat cukup-cukup. Apa-apa hal Mek Nab beritahu," pujuk Mek Nab.

Aralyn memandang lagi tetapi lebih lama kepada Mek Nab sebelum anggukan kecil diberi kepada wanita tersebut. Langkahnya goyah, jiwanya sarat dengan kebimbangan menggunung. Ya Rabbi, selamatkanlah Qarizh ya Allah...

"Awliya nak tunggu sehingga pembedahan selesai," putus Aralyn sambil menyeka air mata.

Mendengar jawapan Aralyn, Mek Nab hanya tersenyum lalu mengangguk perlahan. Keputusan Aralyn pada hematnya sarat berisi dengan sesuatu yang sukar ditafsirkan. Pada agakannya hati tuanya, Aralyn juga sebenarnya menyimpan perasaan terhadap Qarizh. Cuma sahaja, kedua-duanya orang muda tersebut mungkin tidak menyedari rasa hati masing-masing.

********

Amirul merenung jauh ke hadapan. Deruan angin keras yang menampar mukanya dari kedudukan tingkat paling tinggi hospital tersebut tidaklah diendahkan. Jiwanya resah seresah-resahnya. Macam mana dengan profesor? Adakah profesornya akan selamat?

Profesor Dr. Qarizh Zahwan sangat muda untuk mati lagi ya Allah.  Biarpun mati tidak mengenal usia, namun hatinya tidak rela. Tidak. Dia tidak sanggup membayangkan penyelamatnya dalam nahas kemalangan tiga tahun dahulu meninggalkan akan fana ini.

HI, ENCIK PROFESSOR!Where stories live. Discover now