BAB 16 [2]

2.7K 318 279
                                    

"Salam aku tertinggal kat rumahlah. Sorry." Selamba, Rayyan menjawab selaran Qarizh sambil terus melayangkan sengihan.

"Sengal," balas Qarizh.

Balasan dingin tetapi terkandung nada menyelar oleh Qarizh dibiarkan sepi oleh Rayyan. Tanpa meminta kebenaran, terus dia mencapai tablet dari tangan Qarizh lalu memerhatikannya dengan penuh minat. Wah, menarik juga info yang diperoleh oleh partnernya.

"Sampai lubang cacing kau buru mamat hitam ni," gelak Rayyan.

"Lagi elok dari lubang neraka," bidas Qarizh selamba.

"Lubang neraka pun apa salahnya. Elok je kau boleh hantar dia ke alam barzakh terus," sahut Rayyan seraya membelek lagi informasi berkenaan Black.

"Kau ni, memang ada-ada saja nak menjawabnya." Geram, Qarizh menarik nafas panjang.

Kenapa Rayyan Razien boleh datang ke sini malam-malam buta macam ni? Dengan basikal pula tu? Tak ada kerja ke? Atau, sudah terlampau banyak kerja sampaikan otaknya terputus fius? Eh, banyak pula kemusykilannya terhadap jejaka ini.

"Of course la. Aku kan partner kau," balas Rayyan dua kali lagi selamba.

Seketika, dia menayangkan sengihan seraya menunjuk ke arah pejabat agensi penyiasatan di hadapannya. Ketika ini, kawasan pejabat tersebut terang benderang dilimpahi cahaya lampu dan kenderaan polis juga sudah pun sampai.

"Jadi, apa hal kau datang sini?" soal Qarizh menuntut penjelasan. Tak fahamlah dia dengan isyarat Rayyan.

Namun, pertanyaannya dibiarkan sepi oleh Rayyan. Rakannya itu dilihat tersenyum-senyum penuh makna kepadanya. Cuak bertamu, curiga bertandang. Rayyan betul-betul sihat ke tak sebenarnya malam ini? Pelik semacam saja gayanya. Sudahnya, sekali lagi Qarizh mengerutkan muka.

"Kau jangan buat hal eh," ujarnya cuak.

"Jom, dating dengan aku," ajak Rayyan sambil tersengih.

"Siapa je nak dating dengan kau?" Qarizh membuat muka toya. Pelik-pelik sajalah Rayyan Razien!

"Kaulah," jawab Rayyan berloyar buruk.

Mendengarkan jawapan Rayyan, Qarizh berdecit geram. Cis, dia sudah agak! Rayyan tersenyum-senyum macam itu, pasti ada ulahnya yang boleh bikin sakit kepala. Dating? Heh. Datinglah sangat. Dating bukan sebarang dating, tapi datingnya itu biasanya menyakitkan badan. Paling tidak, confirm mukanya akan lebam. Ini tak boleh jadi!

Esok, dia ada persidangan antarabangsa. Artikelnya yang bertajuk Perilaku Jenayah dalam Kalangan Transgender Psikopat perlu dibentangkan di depan audiens dari luar negara. Sudah sebulan dia membuat persediaan rapi untuk pembentangan tersebut. Kalau mukanya lebam nanti, tak macholah dia jawabnya.

"Tak kuasa," balas Qarizh.

"Ikut aku. Kalau tak, gegirl kau tu, aku tak bagi si Hades tolong. Pilih," ugut Rayyan sambil mengulum tawa. Oh yeah, bidikannya tepat pada kelemahan Qarizh Zahwan!

"Mengungkit," selar Qarizh. Cis, kalah pula dia dengan Rayyan Razien!

"Jalan..." Rayyan sengaja memekakkan telinga.

Melihatkan itu, Qarizh lagi mencebik geram. Dasar Rayyan Razien. Apa fasal dia pula yang kena mengikut arahan? Dunia sudah terbalik ke? Malas mahu bertekak, akhirnya dia mengikut saja rentak sahabatnya. Harap-harapnya, dating mereka bertiga bersama Adwan tidak akan bertukar menjadi pesta gusti.

*****

Beberapa orang pegawai polis sudah pun berlalu pergi dengan membawa Black palsu bersama mereka. Pagi esok, Aralyn dan Mona akan ke balai polis untuk memberi keterangan lanjut memandangkan malam sudah pun semakin tua. Tambahan lagi, Aralyn belum pulih sepenuhnya daripada terkejut.

HI, ENCIK PROFESSOR!Where stories live. Discover now