Bab 1

13.6K 649 565
                                    

Nota: DALAM PROSES EDITING. JADI, HARAP DIABAIKAN KESALAHAN TANDA BACA.

Aralyn mundar mandir di sekeliling pejabatnya dengan penuh resah gelisah. Sesekali, pinggangnya yang ramping bak kerengga itu dicekak kemas. Dia pening macam mana nak hadap client dia lepas ni. Lepas satu, satu masalah yang timbul dan itu sememangnya membuatkan kepalanya terasa mahu meletup!

"Mona, seriuslah kau tak dapat info pasal penyerang kat universiti tu? Ya Allah... serius aku takut sekarang ni Mona," kata Aralyn sambil menggigit bibir.

Gadis berkebaya biru yang dipanggil Mona itu hanya diam tidak berkata apa-apa. Jika bosnya Cik Aralyn Awliya dalam keadaan begitu, berdiam diri adalah lebih baik dari membuka mulut. Iyalah, pemilik agensi penyiasatan The Guardian of Life atau dipanggil G.O.L itu seorang yang sangat pelik perangainya. Masakan tidak, kalau orang lain yang sedang gelisah, ubatnya adalah kata-kata semangat tetapi bagi seorang Aralyn, kata-kata semangat itu bagaikan racun buatnya.

"Mona..." tekan Aralyn lagi.

"Ya cik," sahut Mona dengan senyuman terpaksa.

Kring... kring...

"Lailahaillallah, bala dah datang Mona!" seru Aralyn dengan gementar.

Deringan telefon pejabat yang menjerit nyaring tanpa tanda mahu berhenti memaksa Mona menjawab panggilan itu dengan penuh sopan santun. Dia tahu panggilan itu daripada siapa dan seperti Aralyn, dia juga takut untuk mengangkat panggilan tersebut. Panggilan itu seperti panggilan maut bagi G.O.L!

"Ya, ada apa saya boleh bantu?" jawab Mona dalam tanya.

"Oh, Cik Aralyn. Ya, ya, sekejap," balas Mona lalu menyerahkan gagang telefon kepada Aralyn.

"Helo..." kata Aralyn dengan lembut selembut lidahnya yang tidak bertulang.

"Aralyn Awliya! Mana info yang aku minta kau cari hah? Ni tengok dah berapa hari bulan dah, takkan kau tak dapat lagi info pasal kes pembunuhan pelajar universiti itu?" jerit pemanggil di talian.

Aralyn segera menjauhkan gagang telefon dari telinganya. Boleh pekak telinga dibuatnya jika diteruskan juga untuk mendengar pekikan dari IGP Karim tu. Ya, panggilan daripada Ketua Polis Negara itu memang bagaikan puaka yang menghantui dirinya dan juga G.O.L. Seram.

"Tuan." Aralyn berjeda mengambil nafas.

"Bagi Aralyn sedikit masa lagi, boleh?" pinta Aralyn lalu sengaja menjauhkan sedikit gagang dari telinganya. Mana tahu kan kalau IGP Karim itu mahu menjerit sekali lagi di telinganya.

"Kau ni kan, kalau aku tak fikir yang kau berjaya selesaikan banyak kes yang tak dapat polis selesaikan sebelum ni, memang aku takkan berlembut dengan kau," bebel IGP Karim sambil mendengus kasar.

"Hehehe..." Aralyn ketawa kecil sambil mengusap peluh yang mula merenik keluar dari dahinya. Takut yang amat apabila berdepan dengan Ketua Polis Negara, IGP Karim ini walaupun sekadar di telefon!

"Dah, aku bagi masa sebulan lagi untuk selesaikan kes ini. Full stop!" kata IGP Karim lalu menghempas kasar gagang telefon.

Tut.... tut....

Aralyn pandang Mona, Mona pandang Aralyn. Kemudian, kedua-duanya tanpa sepatah menghempaskan diri ke sofa. Stress...

"Macam mana ni Mona? Aku stress... huarg!" Aralyn menekup mukanya dengan bantal sofa.

"Bertabahlah," jawab Mona sepatah lantas dia bangun lalu berjalan menuju ke komputernya.

"Aku tengah tunggu info dari Riyad ni. Insya-Allah sekejap lagi dia bagi kot, tengoklah. Tadi dia cakap dia dah jumpa ibu bapa pelajar yang kena bunuh tu," kata Mona sambil membetulkan cermin matanya.

HI, ENCIK PROFESSOR!Where stories live. Discover now