Bab 6

3.8K 433 162
                                    

Qarizh menutup telinganya dek jeritan Aralyn yang maha kuat mengetuk gegendang telinga. Aralyn ni, suaranya kalau menjerit tu kalah nada suara penyanyi yang boleh menyanyi dengan nada tinggi selama berjam-jam tu!

"Kau ni tak letih ke menjerit kuat-kuat?" marah Qarizh lalu mencapai kuih pau yang disediakan oleh Mona lantas menyumbatnya ke dalam mulut Aralyn.

"Emm! Em!" jerit Aralyn dengan mulut penuh tertutup oleh kuih pau.

"Em... ap... emm sedap. Kau beli kat mana ni?" Aralyn yang sedari tadi menjerit terus terdiam apabila kuih pau yang disumbat ke dalam mulutnya itu digigit. Sempat pula dia memuji keenakan kuih itu dengan mulut penuh. Dua kali gigit, habis ditelannya tanpa sempat mengunyah 40 kali kunyahan seperti yang diajar oleh Rasulullah SAW.

Ternganga Qarizh melihatkan aksi makan tidak senonoh seorang Aralyn Awliya. Ni orang perempuan atau raksasa betina yang makan pelahap macam kebuluran setahun? Sudah la pelahap, comot pula. Memang tak boleh dibuat isteri langsung!

"Nak sebiji lagi," kata Aralyn sambil membuat muka comel dengan mengerdip-ngerdipkan matanya beberapa kali kepada Qarizh yang memandangnya dengan riak wajah bengang. Sengaja cari pasal dengan Aralyn Awliya kan, memang mendapatlah Qarizh melayan budak tidak matang ni.

Qarizh mendengus seraya melabuhkan punggungnya di sofa. Sengaja dia tidak mengendahkan permintaan Aralyn yang nampak sangat mengada-ngada padahal Mona elok je berdiri tegak macam patung cendana di sebelah gadis itu. Ambil jelah sendiri, tangan kan ada?

"Huh," cebik Aralyn lalu turut sama melabuhkan punggungnya di sofa yang bertentangan dengan Qarizh apabila permintaannya tidak dilayan. Sebelum duduk, sempat tangannya mencapai tiga biji pau berinti kari daging dari pinggan plastik yang ditatang oleh Mona lalu sebiji disuakan ke mulut manakala dua biji lagi dipegang dengan tangan kanan dan kirinya.

'Gadis ni tak semenggah langsung!' cemuh hati Qarizh lalu dia juga mencapai sebiji pau dari pinggan yang kini diletakkan di atas meja kopi.

'Emm... sedap. Tak hairanlah kalau minah ni melantak macam dinasour Giganotosaurus tak makan setahun!' kata hati Qarizh lagi sambil mulutnya juga tidak berhenti-henti mengunyah kuih pau.

"Kau datang sini kenapa sebenarnya?" tanya Aralyn sambil mengelap mulutnya dengan tisu.

"Apa lagi? Nak bawa kau keluar ke site la," balas Qarizh dengan selamba.

Aralyn mencebik melihatkan gaya selamba Qarizh. Entah kenapa, hatinya mendidih je melihatkan riak tenang jejaka di hadapannya ini seperti tiada apa-apa yang berlaku. Qarizh ni dah lupa ke yang dia tu mengaku jadi The King? Amboi sesedap rasa je mengaku diri sendiri The King? Tak layak la!

"Kau bukan The King." Tiba-tiba, Aralyn menuturkan ayat itu seraya menjelingnya dengan pandangan tajam menikam.

"Memanglah aku bukan The King sebab aku The Prince, anak abah aku. Kalau aku dah kahwin barulah aku The King, ketua keluarga aku. Faham?" balas Qarizh dengan riak selamba.

"Yang tadi kau cakap kau tu The King kenapa?" soal Aralyn tak nak kalah.

"Sebab Mona cakap kau dah gila angaukan The King dan cara untuk menghentikan angau kau ialah dengan mengaku diri sendiri ialah The King. Puas hati?" balas Qarizh seraya tersenyum sinis memandang riak wajah Aralyn yang berubah rona.

"Mona!" pekik Aralyn sambil bercekak pinggang. Marah!

Mona yang bersembunyi di sebalik meja kerjanya terus menekur meja lalu merendahkan sedikit badan dan meninggalkan hanya sanggul tingginya sahaja tersembul di sebalik komputer. Gerun hatinya apabila Aralyn Awliya mengamuk.

HI, ENCIK PROFESSOR!Where stories live. Discover now