Bab 11 [2]

3.1K 384 234
                                    

"Mama, Wan rindu mama. Bila mama nak balik?" rintih Qarizh. Sendu hidupnya berasa apabila mamanya pergi meninggalkannya.

"Mama... Wan nak mama. Jangan tinggalkan Wan," rintihnya lagi.

Figura wanita berusia dalam lingkungan akhir 30-an dipandang penuh hiba seiring dengan menghilangnya bayang wanita yang dipanggil 'mama' tersebut. Sedih, marah dan sakit hati bergabung menjadi satu. Sampai hati wanita itu meninggalkannya bersama Sarah yang masih kecil.

"Mama... papa juga sudah meninggalkan Wan dan Sarah. Kenapa mama juga sanggup tinggalkan kami berdua?" sesalnya lagi.

Mama...

"Wan... Wan..." Kedengaran satu suara wanita memanggilnya lembut.

Qarizh mencelikkan mata. Rasa sejuk yang berasa di kulit dahi berserta dengan panggilan penuh keibuan dan kelembutan akhirnya membawanya ke alam sedar. Namun, pandangannya masih samar-samar dan segala-galanya nampak kabur.

"Wan... ini mak nak..." panggil wanita itu lagi.

"M... mak..." Serak-serak, Qarizh berjaya juga menuturkan sepatah nama panggilan tersebut.

"Tidurlah. Tidur," pujuk wanita tua itu lagi sambil mengusap lembut dahi si anak.

"Abang, Zahwan tidak akan apa-apa saja kan?" Kedengaran lagi suara pertanyaan si wanita itu, tetapi kali ini ditujukan kepada orang lain.

"Ya, baik saja." Kedengaran suara seorang lelaki menjawab.

Seiring dengan pujukan lembut wanita itu berserta dengan perbualannya dengan si lelaki, mata Qarizh kembali memberat lalu semuanya kedengaran sipi-sipi. Usapan pada dahi berserta kehangatan haba daripada tangan yang menggenggam lembut tangannya benar-benar membuatkannya berasa selamat dan selesa. Qarizh akhirnya kembali semula ke alam bawah sedar.

*******

"Cik nak pergi hospital ke?" tanya Mona apabila melihat Aralyn bersiap-siap untuk keluar.

Aralyn berpaling kepada Mona yang memandangnya dengan pandangan pelik. Dengan mukanya yang sememeh dan pucat, patut saja Mona bertanya. Seorang Aralyn Awliya tidak pernah tidak anggun jika mahu keluar. Paling koman pun, bibirnya akan dicalit dengan sedikit gincu.

"Ya, Mona," jawab Aralyn lemah.

"Cik tak sihat?" Mona melangkah ke arah Aralyn lalu melekapkan tapak tangannya ke dahi bosnya. Biasa saja, tidak panas.

Kreak... bum!

Bunyi pintu dibuka dan ditutup kasar berserta langkah tapak kaki yang terkocoh-kocoh turun dari tingkat atas mencuri perhatian Mona. Sudah kenapa Jacky kalut ribut pagi ini? Jika tidak, memang kirim salam sajalah Jacky akan bangun seawal jam tujuh pagi.

"Cik, sorry lambat. Jom!" ajak Jacky sambil menyandang beg galasnya.

"Eh, sekejap-sekejap. Apa yang berlaku ni?" tanya Mona.

Sungguh, dia tidak faham. Aralyn dan Jacky mahu pergi ke hospital untuk apa? Ada kes ke? Setahunya, mereka tidak menerima kes yang memerlukan mendapatkan maklumat mayat di hospital.

"Mona, kau tak tahu ke? Profesor Dr. Qarizh Zahwan kena tikam semasa nak selamatkan Cik," beritahu Jacky sambil membetulkan rambutnya.

Prang!

Gelas yang berada di tangan Mona terlucut lalu jatuh terhempas ke lantai. Terkejut... ya sangat terkejut. Patut saja Cik Aralyn Awliya kelihatan lemah macam orang sakit, rupa-rupanya buah hati sendiri sedang sakit.

HI, ENCIK PROFESSOR!Where stories live. Discover now