Bab 18(3)

1.4K 99 16
                                    

"Tolong apa?" tanya Qarizh. Mukanya sudah berkerut-kerut menahan pedih perut dan rasa mual.

"Oh, kau tak sihat ke?" Cepat saja mata Aralyn menangkap perubahan raut wajah Qarizh.

"Aku okey aje. Cuma lapar," selindung Qarizh.

"Kalau macam tu, jomlah pergi makan dulu. Nak makan kat mana? Kau cakap aje." Bersungguh Aralyn bertanya.

"Dekat-dekat sini dahlah. Kafetaria pun boleh. Lagipun aku ada banyak lagi kerja belum siap. Aku tengah kejar masa," jawab Qarizh.

Aralyn mengangguk faham dengan jawapan yang diberi. Pantas dia merampas anak kunci kereta daripada Qarizh lalu menayangkannya ke muka jejaka itu. Dia belum cukup bodoh untuk tak faham situasi yang berlaku kepada Qarizh sekarang. Pasti gastriknya menyerang lagi sebab lupa makan.

"Aku drive," sengih Aralyn.

Qarizh hanya menggeleng melihatkan laku Aralyn. Elok juga kalau gadis itu yang memandu kereta sebab tatkala ini, sakit perutnya semakin menjadi-jadi. Nanti lepas makan dia nak singgah di farmasi sekejap untuk beli ubat gastrik.

"Pegang tali pinggang keledar kuat-kuat tau," pesan Aralyn sebaik sahaja mereka masuk ke dalam kereta.

Tanpa sepatah kata, Qarizh iakan saja. Namun, belum pun sempat dia pakai betul-betul tali pinggang keledar, Aralyn terlebih dahulu tekan pedal minyak dan "vrommm!", kereta bergerak laju meninggalkan kawasan parkir.

"Hati-hati!" Sempat Qarizh beri amaran sebelum badannya terdorong ke belakang.

'Gila punya laju minah ni bawa kereta.' Qarizh mengurut  dada. Terkejut!

"Kau nak mati cepat ke?" marah Qarizh.

Terkejutnya belum habis dengan gaya pemanduan Aralyn ketika ini. Lagi diberi amaran lagi dibuat, itulah Aralyn Awliya ketika ini. Gadis itu bukan sahaja memecut laju bahkan hampir langgar penghadang jalan. Nasib baik cekap elak kalau tak memang arwah mereka berdua.

"Kau tu yang aku nampak macam nak mati jadi aku pun lajulah," balas Aralyn.

"Aku? Nak mati?" Qarizh jegil mata kepada Aralyn.

"Muka kau pucat sangatlah. Sebab tu aku nak cepat sampai. Janganlah marah," pujuk Aralyn.

Pujukan Aralyn memang berbisa, berbekas sampai ke hati paling dalam. Entah kenapa dia berasa tak jadi nak marah padahal tadi dia betul-betul marah. Dia sayang Aralyn dan dia tak nak sesuatu yang buruk berlaku kepada gadis itu, juga diri dia sendiri kalau mereka kemalangan.

"Aku tak marah. Cuma bawa slow dahlah. Aku belum nak mati lagi, okey? Tengok ni masih sihat." Qarizh senyum kepada Aralyn.

Aralyn yang melihat senyuman Qarizh melalui kerlingan mata turut tersenyum. Dia suka kalau Qarizh senyum. Nampak tampan sangat walaupun pucat. Terus dia memperlahankan kenderaan dan memandu seperti biasa.

"Sekarang aku tahu kenapa papa kau tak bagi kau bawa kereta. Lagi laju dari pelesit rupanya," komen Qarizh.

"Jangan bagitahu papa, okey?" Aralyn melontarkan senyuman minta tolong.

"Tengoklah nanti," balas Qarizh. Senyuman dikulum.

"Qarizh..." rengek Aralyn.

"Yalah, yalah," angguk Qarizh.

Malas dengar, akhirnya dia setuju rahsiakan Aralyn memandu kereta hari ini. Lagipun, silap dia juga kerana tak ingat larangan Prof. Dato' Dr. Hisham. Pasti selepas ini dia juga akan larang gadis itu memandu kereta jikalau perangainya ketika memandu tidak berubah.

"Okey kita dah sampai." Aralyn memberhentikan kereta di sebuah restoran.

"Nak makan kat sini atau tapau aje?" tanya Aralyn.

Vous avez atteint le dernier des chapitres publiés.

⏰ Dernière mise à jour : Aug 18, 2023 ⏰

Ajoutez cette histoire à votre Bibliothèque pour être informé des nouveaux chapitres !

HI, ENCIK PROFESSOR!Où les histoires vivent. Découvrez maintenant