Bab 12 [3]

2.9K 391 210
                                    

Qarizh memicit kepala yang terasa berdenyut-denyut. Stres betul dia dengan semua yang berlaku. Persoalan daripada Amirul yang ringkas itupun tidak mampu dijawabnya, apatah lagi soalan yang dilontarkan oleh Pak Moin.

"Kenapa buat Aralyn macam tu?"

Sesak nafasnya memikirkan sebaris soalan yang terluah daripada orang tua tersebut. Kenapa ya? Entahlah, dia sendiri pun tidak tahu syaitan manalah yang merasuknya ketika itu sehinggakan kehadiran Aralyn cuba ditidakkan oleh hatinya.

Namun, apa yang dia tahu ialah Aralyn tidak boleh berhubung dengannya buat masa sekarang. Tindakan ini dibuat bagi mengelakkan Aralyn daripada dituju oleh Black sekali lagi. Dia... sedaya upaya mahu menjauhkan Aralyn daripada ditarget sebagai gadis kesayangannya!

Kreak...

Figura Mek Nab yang muncul di muka pintu serta merta mematikan kerutan mukanya dalam memikirkan hal Aralyn. Wajah lembut penuh keibuan itu kelihatan risau akan keadaannya yang serba tidak kena saja gayanya. Betullah, dia sendiri pun berasa tidak tenang akan kondisi Aralyn sekarang ini. Baik-baik sajakah gadis itu?

"Wan..." tegur Mek Nab seraya menggosok-gosok belakang badan Qarizh.

"Jangan risau, mak faham tindakan Wan," ujarnya lagi.

Qarizh mendongakkan kepala lantas memandang lama wajah ibu susuannya. Tangan wanita tua itu diraih lalu dicium lama, seolah-olah cuba melepaskan dan menghambat pergi segala beban yang menyinggah di pundaknya.

"Sorry, mak," ucap Qarizh perlahan.

"Tak apa, mak faham," balas Mek Nab seraya tersenyum manis.

'Qarizh Zahwan. Walau kamu ada 10 PhD, 100 pangkat, 1000 anugerah sekali pun, kamu tetap kecil di mata mak, nak. Mak sayang kamu,' bisik hati Mek Nab lalu mengusap perlahan kepala Qarizh.

Ketika ini, perangai Qarizh padanya persis anak kecil yang memerlukan belaian kasih seorang ibu. Jiwanya rapuh tetapi sisi perangai yang ini tersembunyi di sebalik personaliti sejuk beku yang dimilikinya. Garang dan dingin, aura ini menjadi benteng kukuh yang melindungi dirinya sendiri daripada disakiti.

Jika diikutkan, hampir saja seorang gadis bernama Aralyn Awliya berjaya mencairkan glasier yang membeku di dalam hati anak ini jika tidak disebabkan perkara seminggu yang lalu. Wallahi, dia tahu yang di sudut hati Qarizh Zahwan, sudah tersemai benih cinta buat gadis tersebut. Jika saja...

Ya, jika saja. Jika saja ancaman daripada Black muncul pada hari yang sama Qarizh memberikan rantai loket kepada Aralyn, Qarizh tidak akan membuat keputusan drastik seperti ini. Sengaja menjauhkan diri daripada Aralyn Awliya, sebenarnya Mek Nab sendiri tidak pasti sama ada pelan ini akan berkesan ataupun tidak.

Aku tahu kau mencintai perempuan ni. Kau tunggu sajalah, budak ni akan mati.

Video klip berdurasi 30 saat yang memaparkan gambar Aralyn ketika berada di dalam dewan persidangan tempoh hari berserta dengan dua bait ayat ancaman itu benar-benar menggugah hati seorang Qarizh Zahwan. Walaupun rantai loket yang dilengkapi penjejak telah dipakai oleh Aralyn, tetap saja anak muda itu merisaukan gadis tersebut.

"Mak..." panggil Qarizh.

Lamunan Mek Nab terhadap perkara yang berlaku antara Qarizh dan Aralyn bersepai. Pada asalnya, dia juga tidak mengetahui perkara tersebut. Hanya selepas melihat raut wajah mendung anak itulah, dia bertanya kepada Sarah mengenai apa yang berlaku.

"Ya, Wan," jawab Mek Nab.

"Mak rasa tindakan yang Wan buat ni... betul?" soal Qarizh seraya merenung dalam anak mata Mek Nab.

HI, ENCIK PROFESSOR!Where stories live. Discover now