Bab 7

3.5K 431 120
                                    

Aralyn terus menerpa ke arah Qarizh yang tersandar ke pintu dapur dengan riak cemas. Suasana sudah beransur gelap dan kini dia semakin tidak nampak dengan jelas wajah Qarizh. Qarizh okey ke selepas lelaki misteri itu muncul? Dia nampak sesuatu yang berkilat dipanah cahaya rembulan yang semakin tidak merembang penuh menghala ke arah Qarizh tadi tetapi dia tidak tahu apa sebenarnya benda itu.

"Qarizh," panggil Aralyn dengan risau. Muka Qarizh menunduk ke bawah dan jejaka itu tidak mengeluarkan sepatah kata pun dan situasi itu sangatlah membuatkannya terasa tidak sedap hati.

"Prof okey ke?" kali ini, giliran Amirul pula bertanya dengan nada lebih risau terkandung di dalam oktaf suaranya. Sungguh, dia sangat terkejut tadi apabila melihatkan kemunculan lelaki itu. Jadi, perasaan berdebar-debarnya dan terasa diperhatikan ketika masuk ke rumah itu tadi sangatlah berasas. Ada orang lain yang berada di dalam rumah itu selain daripada mereka bertiga!

"Aku okey, tak ada apalah," dalih Qarizh dengan muka tetap ditundukkan ke bawah. Pernafasan dan suaranya dikawal sehabis baik agar mereka berdua tidak mengetahui keadaannya yang sebenar. Dia... tidak mahu membuatkan Aralyn dan Amirul berasa panik dan terkejut.

Bip.

"Abang okey ke? Kenapa rentak nadi abang semakin menurun? Apa jadi abang?" Suara risau Sarah melalui earbudnya menerpa di telinga Qarizh yang masih setia diam tidak mengeluarkan suara.

"Abang!" panggil Sarah lebih kuat.

Qarizh menarik nafas panjang dan menghembuskannya perlahan-lahan lalu peluh dingin yang merenik di dahi dan lehernya diseka perlahan dengan tangan kanannya. Tangan kirinya pula menyeka kemas kawasan abdomennya yang terluka dengan menggunakan jaket kulit hitam yang tersarung di tubuhnya. Sarah masih bising di talian dengan pertanyaan mengenai kondisinya yang semakin melemah.

Pada ketika itu juga dia terasa menyesal memakai jam tangan pintar berjenama Vivoactive HR hari ini. Tetapi, jika jam itu tidak dipakai pula, pastilah Sarah akan mengamuk jika berlaku sesuatu kepadanya dan adiknya itu tidak boleh memantau keadaannya dari jauh seperti sekarang. Tidak mahu adiknya terus menerus merisaukan keadaaan dirinya, Qarizh sengaja berdehem perlahan untuk menunjukkan bahawa dia masih okey.

Qarizh kemudiannya mengangkat muka dan memandang kepada Aralyn dan Amirul. Walaupun dalam kesamaran malam yang beransur menginjak ke pukul 7.40 malam, wajah gusar dua orang manusia itu tetap nampak jelas pada penglihatannya. Dia kan, The King? Penglihatannya pada waktu malam sangat jelas seperti melihat pada waktu siang. Ini semua berkat usaha adiknya yang memaksanya memakai contact lens yang diubahsuai olehnya sendiri dan diberi nama night vision contact lens. Sarah si jurutera robotik tu, macam-macam ciptaan aneh mampu dibuatnya!

Qarizh kemudiannya menggapai anak kunci dari poket jaket kulitnya lalu menghulurkannya kepada Aralyn. Namun, gadis itu hanya memandangnya dengan pandangan serba salah lalu menolak huluran anak kunci itu dengan suara tertahan-tahan.

"Kenapa?" tanya Qarizh dengan perlahan. Suaranya sengaja lagi dikawal sehabis baik agar Aralyn tidak perasan akan keadaan dirinya yang agak parah. Sementara tangan kirinya setia menekup kemas luka yang masih mengalirkan darah segar di perut, tangan kanannya tetap menghulurkan anak kunci kereta.

"Ak... aku... hehehe," jawab Aralyn sambil menggaru kepalanya yang dilapisi tudung. Sebenarnya, dia diharamkan memandu kenderaan oleh papanya kerana sekali dia dapat memegang stering kereta, dia akan memandu lebih laju dari pelesit.

Qarizh menarik nafas dan menghembuskannya perlahan-lahan. Kesakitan yang memang sedia menggigit rakus dan tubuhnya mula terasa menggeletar dek menahan hirisan berbisa dari pisau belati milik lelaki itu tadi sebaik mungkin cuba ditahan agar tidak kelihatan. Dia... tetap tidak boleh menunjukkan keadaan dirinya yang lemah macam ini di hadapan Aralyn dan Amirul!

HI, ENCIK PROFESSOR!Where stories live. Discover now