Bab 14 [3]

2.9K 359 230
                                    

"Betul Prof. Sumpah." Amirul membuat gaya mengangkat sumpah.

Amirul nampaknya begitu bersungguh-sungguh untuk menjawab soalan daripadanya. Entah 'jin' manalah yang merasuk fikiran pelajarnya ketika itu untuk menjadi berani. Yalah, kebiasaannya, pemalas tambah pembengap saja kerjanya.

"Okey. Silakan." Qarizh menarik kerusi lalu duduk dengan relaks.

Dengan kedua-dua belah tangannya disilangkan, matanya kemudian dipandang tajam kepada Amirul. Hari ini, dia mahu melihat dengan mata kepalanya sendiri akan kebolehan pelajarnya itu dalam mendeduksi kes terpencil yang sehingga kini masih belum dapat diselesaikan oleh pihak polis.

Cold case. Sudah 15 tahun kejadian tersebut berlaku dan sehingga tahun ini, si pembunuh masih lepas bebas. Entahlah sama ada pembunuh itu sangat cerdik ataupun pihak polis telah diperbodohkan, kes itu 'terdiam' sendiri bagaikan ada tangan ghaib yang cuba menutup kes.

"Menurut penelitian saya, kes ini  berantai dengan kes terbaru yang berlaku kawasan perumahan setinggan baru-baru ini. Mengikut data daripada pihak forensik, mayat yang dijumpai di dalam dinding juga turut mempunyai titik di ibu jari kakinya." Amirul berjeda seraya menarik nafas panjang.

Letihlah bercakap gaya orang profesional. Professional itu bukan perwatakannya. Jika tidak dikenangkan si skema di rumahnya, tidaklah dia mahu berlagak pandai seperti ini. Tetapi itulah apakan daya apabila balik sahaja ke rumah, telinganya pasti akan 'penat' akibat terpaksa mendengar bebelan abangnya, si Dr. Aiman Ghafur.

"Team Satria Hitam sentiasa serius, Amirul. Jangan susahkan Qarizh dengan perangai tak matang kau tu," bebel Dr. Aiman seraya menggeleng kepala beberapa kali.

Mengingatkan bebelan abangnya itu pun, Amirul sudah berasa senak otak. Nasibnya memang malang betul kerana mendapat abang skema seperti Dr. Aiman yang selalu serius. Patutlah sampai sekarang, abangnya itu bujang berjaya. Heh.

"Mangsa adalah seorang wanita muda dalam lingkungan 20-an dan dikenali sebagai Darina Izza." Amirul berjeda lagi seraya mengerling kepada Darin yang berada di sisinya.

Kenapalah nama mangsa itu sama dengan nama kawan baiknya si Darin ini? Tanpa sedar, terleka dia memerhatikan gerak-geri Darin yang selamba saja mengunyah gula-gula getah walaupun gadis itu sepatutnya tahu yang perbuatan itu akan mengundang kemarahan besar Profesor Dr. Qarizh Zahwan!

"Jauh berangan, Amirul. Dah sampai ke alam baqa' ke?" soal Qarizh seraya menarik senyuman sinis.

"Sorry, Prof." Amirul kembali menumpukan perhatiannya kepada kertas hasil kajiannya.

Melihatkan tindakan Amirul, Qarizh menarik nafas panjang seraya menggeleng lagi beberapa kali. Haih. Pelajarnya itu sepatutnya lebih berhati-hati dalam mengungkap kata ketika mendeduksi kes tadi.

Tidak sedarkah Amirul bahawa Darin, si kawan baiknya itu sudah pun sebulan lebih meninggal dunia? Darin yang dikatakan Darin di sebelahnya itu bukanlah Darin yang sebenar. Gadis itu... tidak lain tidak bukan hanyalah pelanduk dua serupa yang dihantar oleh Black untuk mengintip pergerakannya!

******

Jam menunjukkan waktu 12 tengah hari. Kelasnya yang berlangsung selama tiga jam pada sesi itu telah pun tamat dan kini, dia sudah pun selamat kembali ke pejabatnya bersama dengan Aralyn. Sungguh, dia berpuas hati dengan prestasi pelajarnya kali ini.

Mereka semua sangat cemerlang dalam mendeduksi kes yang dikemukakannya tadi. Nampaknya, Aralyn berjaya menjalankan tugas dengan baik selaku tutor yang mengajar secara bersemuka para pelajarnya itu ketika dia terlantar sakit dan hanya mampu memberikan pengajaran secara atas talian saja. Nice, Cik Tunang Abang Sayang.

HI, ENCIK PROFESSOR!Where stories live. Discover now