Bab 17(2)

3.2K 305 91
                                    

Pembentangan kajian yang disampaikan olehnya berjalan dengan amat baik. Seperti biasa, tajuk kajiannya selalu memancing perhatian para ahli akademik. Unik, berkualiti dan bermutu tinggi. Itulah prinsip yang dipegang oleh Qarizh setiap kali menulis kertas kajian.

Setelah dia selesai membentangkan kajiannya, kini giliran bakal ayah mentuanya pula berucap di pentas utama.  Namun, dalam bersemangatnya Prof. Dato' Dr. Hisham berucap, Qarizh tak mampu menumpukan perhatian.

Fikirannya lebih kalut merangka strategi untuk berdepan dengan profesor terulung dari Jabatan Undang-undang itu. Agak-agaknya, apa soalan yang bakal ditanya? Kena sediakan jawapan apa untuk itu? Ah, sudah. Perutnya tiba-tiba berasa memulas.

"Gabra ke tu, bang? Kahkahkah," gelak Sarah di talian.

Suara gelakan si adik menerjah kuat ke pendengarannya melalui earbud yang sentiasa terpasang. Sekonyong-konyongnya, perasaan gementar bertukar menjadi geram. Ish, sibuk sajalah Sarah al-Hanan!

Menyesal betul dia pakai jam tangan pintar yang menyambungkan terus denyut jantungnya ke komputer Sarah. Kini, semua benda pasal kondisi dirinya dapat diketahui dengan mudah oleh gadis itu. Tapi, kalau tak pakai, merajuk setahun minah itu. Haih, malang sungguh dia dapat adik overprotective.

"Bang. Aku pelik betullah dengan kau ni. Dengan penjahat bukan main berani. Tapi, dengan papa Kak Aralyn? Hahahaha!" gelak Sarah semahu-mahunya.

"Kau diam, Sarah." Qarizh mengetap gigi.

"Tak nak. Hekhek. Alolo comelnya muka abang kesayangan Sarah ni marah-marah. Hihihi," usik Sarah lagi.

Walaupun dia tak nampak dengan mata kepala sendiri macam mana memek muka abangnya ketika ini, dia dapat bayangkan riak wajah jejaka itu menahan geram. Merah macam udang kena bakar.

"Bang, don't worry. Papa Kak Aralyn baik tau." Sarah ketawa perlahan.

"Apapun, good luck, The King. Hyena sentiasa sokong abang. Semoga dipermudahkan urusan. Last... selamat pengantin baru in advance. Kahkahkah!" gelaknya pula semahu-mahunya sebelum cepat-cepat dia memutuskan talian.

Tut... tut...

Qarizh menarik-narik tali lehernya yang terasa mencekik tengkuk. Dasar Sarah al-Hanan! Kalau masuk bab mengusik, nombor satu. Memang tak ada kerja betul. Kalau tolong bagi kata semangat tak apalah. Ini, tak. Siap membahan lagi. Dasar...

"Qarizh. Kau kenapa?" Aralyn mengerutkan dahi.

Pelik pula dia melihat jejaka itu bagaikan cacing kepanasan. Nak kata udara panas, sejuk aircond di dalam dewan memang boleh buatkan orang menggigil. Sejuknya macam duduk di kawasan bersalji. Jadi, kenapa dengan Qarizh Zahwan?

"Tak ada apa," balas Qarizh. Cuba menenangkan diri daripada berterusan geram dengan ulah nakal Sarah.

"Okey." Aralyn menumpukan semula perhatian kepada papanya di pentas.

Melihatkan Aralyn kembali senyap, Qarizh melepaskan nafas berat yang hinggap di dada. Sekarang, dia perlu merangka strategi padu untuk berterus terang dengan ketua jabatannya itu mengenai hasratnya ingin menyunting si bidadari bernama Aralyn Awliya.

*****

Amirul mengerutkan dahi apabila matanya menangkap kehadiran Darin di suatu sudut tersorok di belakang dewan. Sejak bila Darina Sufia rajin masuk seminar? Biasanya, gadis itu liat sungguh kalau bab belajar.

Malas mahu berteka-teki, Amirul mengeluarkan telefon pintar dari poket seluarnya lalu mendail nombor telefon gadis tersebut. Tapi, sekali, dua kali, hinggalah lima cubaan panggilan, gadis itu tidak menjawab panggilannya. Aneh.

HI, ENCIK PROFESSOR!Tahanan ng mga kuwento. Tumuklas ngayon