Bab 13 [2]

2.7K 356 266
                                    

"Kau memang tak ada kerja ya? Yang kau bagi dekat aku video minah senget ni menari Mak Yong sudah kenapa?" sembur Qarizh tanpa berlapik lagi.

"Sebab Prof garang sangat. Miyul rasa kalau Miyul bagi video ni, Prof mereda... kemarahan tu. Hehehe." Amirul menayangkan sengihan tidak bersalahnya kepada Qarizh.

Geramnya ya Rabbi. Ketika ini, mahu saja Qarizh mencepuk pelajarnya itu jika tidak difikirkan yang lukanya akan terbuka semula jika terlalu banyak bergerak. Siot punya Amirul, orang minta maklumat Black, diberinya video Aralyn tengah 'mabuk' Mak Yong.

Haih, Aralyn Awliya. Sengetnya itu tidak bertempat betullah. Boleh pula minah itu menari Mak Yong di hadapan Jacky tanpa ada rasa malu? Ish, ini tidak boleh jadi. Mana adil tarian penuh lemah gemalai itu ditonton secara live oleh Jacky seorang?

'Astaghfirullahalazim, Qarizh Zahwan. Kau sedar tak apa kau fikir ni?' Tersedar dari fikiran yang semakin melalut, pantas Qarizh menggeleng kepala bagi membuang jauh fikiran itu. Berdosalah, Qarizh!

"Dah, ambil balik tablet kau ni. Padam video tu, sekarang!" arah Qarizh kepada Amirul dengan geram.

"Hehehe..." Amirul memintal-mintal hujung hoodienya. Lantas, tangannya cepat-cepat mencapai tabletnya lalu dengan pantas juga, video tarian Aralyn dipadam.

Huh.

Mendengus kasar Qarizh melihatkan ulah pelajarnya yang seorang ini. Nasib baik Amirul itu hanya sekadar pelajar. Kalau anak buahnya dalam team Satria Hitam Junior, memang sudah arwah Amirul Ghafir ini dikerjakannya.

"Bagitahu aku maklumat Black." Dingin, sekali lagi Qarizh memerintah.

"Okey, okey. Ala Prof ni, emo," gumam Amirul perlahan seraya menjuihkan bibirnya dengan riak muka kasihan.

"Lepas pada kejadian tiga hari lepas, setakat ini Black belum memgambil apa-apa tindakan. Jacky cakap, memang keselamatan Cik Aralyn terjamin je sepanjang Prof. sakit di sini," jelas Amirul.

"Okey, lagi?" pinta Qarizh lagi seraya memegang tempat luka. Haih, azab juga rasanya apabila lukanya itu terbuka semula ketika berlawan dengan Black tempoh hari.

"Tak ada apa dah Prof. Memang tak ada langsung lelaki hitam itu muncul ataupun sekadar memerhatikan girlfriend Prof. tu," jawab Amirul selamba.

"Tapi..." Amirul memusatkan pandangannya kepada Qarizh.

"Ada yang memerhatikan Prof. sekarang ni." Amirul membuat muka resah.

"Hah?" Qarizh menjongketkan kening.

"Siapa?" soalnya pula sepatah.

"Hehehe..." Amirul menggaru-garu kepalanya sambil tersengih dalam resah.

Kreak...

Bunyi pintu bilik wad yang ditolak dari luar serta-merta menalakan pandangan mereka berdua kepada gerangan empunya si pembuka pintu. Siapa pula yang mengganggu mereka petang-petang begini?

Pada mulanya, ingin saja Qarizh menguntumkan senyuman kepada gerangan si pembuka pintu tersebut. Namun, niatnya ditarik balik apabila matanya dapat mengenal pasti siapakan figura yang dengan selamba saja masuk ke biliknya tanpa salam.

Heh, harinya yang sudah tidak elok kini semakin bertambah murung.  Kenapa dia datang ke sini? Kehadiran wanita itu tidak dialu-alukanlah!

*****

"Wan," tegur si pembuka pintu. Lantas, punggungnya dilabuhkan di atas kerusi di sebelah katil Qarizh.

"Buat apa mama ke sini?" soal Qarizh dingin.

HI, ENCIK PROFESSOR!Where stories live. Discover now