Bab 13 [1]

2.9K 370 206
                                    

"Cik!" Jacky melaung keras dari tingkat atas.

Buk!

"Aduh!" Terperanjat punya fasal, Aralyn yang sedang elok terlentok di atas sofa tergolek jatuh ke lantai. Termengaduh kecil dia akibat hentakan keras di atas simen walaupun dihampar permaidani tebal. Eh helo, sakit tahu jatuh dari sofa?

"Kau nak apa?" Membalas, Aralyn melaung dua oktaf kepada Jacky dari bawah sambil bercekak pinggang.

Marah betul perasaannya!

"Result dah keluar. Positive!" jerit balas Jacky.

Positive? Eh? Aralyn terkebil-kebil dan mata juga dikelip-kelip sebelum otaknya berjaya mencerna maklumat. Sebaik sahaja fikirannya dapat menangkap maksud Jacky, serta merta dia berlari kencang naik ke atas.

"Betul ke?" laung Aralyn sambil berlari menaiki anak tangga.

Bam bam bam!

Laungan berserta efek hentakan kaki Aralyn pada tangga yang diperbuat daripada kayu bergema hebat memenuhi ruangan pejabat G.O.L sehinggakan memaksa Mona dan Riyad yang berada di bawah menutup telinga. Haih, bos mereka ini memang tidak boleh ke kalau tidak menjerit? Kalah soprano, tahu?

Bum!

Sekuat hati, Aralyn menolak pintu bilik Jacky lantas berdiri di muka pintu dengan nafas tercungap-cungap. Figura Jacky dalam kot labuh putih tidaklah diendahkan, namun yang dikisahkan ketika ini ialah hasil pengujian makmal terhadap cebisan kain yang diperoleh dari rumah di mana kes pembunuhan tersebut berlaku.

"So?" tanya Aralyn sepatah seraya memandang wajah Jacky.

"Positif itu darah manusia, dan apa yang menariknya lagi ialah darah itu match dengan DNA mangsa pembunuhan di tapak pembinaan," jawab Jacky sambil membetulkan cermin matanya.

Yes! Aralyn meraup muka dengan senyuman kesukaan terzahir di wajah. Fuh, usahanya kali ini berjaya juga bergerak walaupun sedikit. Daebak, aku mahu menari Hula hari ini. Yahoo! Aralyn berangan sendiri lalu tanpa sedar, dia termenari tarian lemah gemalai Mak Yong.

Dia gila? Tak. Ini semua sebab Qarizh Zahwan punya fasallah tidak mempedulikannya dalam masa seminggu lebih ini. Sedih tahu, sedih! Jadi, apa salahnya dia menari sekejap? Lagipun, bukannya selalu dia menjadi 'gila'.

Sejujurnya, dia sendiri tidak faham akan rentak perasaan dan persoalan terbesar yang melandanya ketika ini ialah... sejak bila perasaan suka kepada Qarizh Zahwan hadir dalam hatinya? Sungguh, dia bingung dengan dirinya sendiri. Aish, kacau betullah!

"Cik," panggil Jacky.

Diam. Aralyn tetap saja asyik dalam tarian Mak Yongnya. Heh, Aralyn Awliya memang sudah betul-betul 'gila'. Jacky yang melihat perangai sewel bosnya itu hanya mampu menggeleng kepala saja.

Bengong betul seorang Aralyn Awliya jika sudah datang angin monsun timur laut utara selatan. Jem macam kesesakan lalu lintas saja lagaknya. Hei Cik Aralyn Awliya, tolonglah berhenti menari Mak Yong dalam makmal.

Aduh, perempuan ini jika dibiarkan dengan tarian sumbangnya itu, boleh pecah peralatan di dalam makmal. Kalau peralatan itu murah tidak apalah, ini tidak. Lagi haru, pastilah dia terpaksa memakai duitnya sendiri jika mahu membeli peralatan makmal.

Mahu diharapkan Aralyn Awliya untuk membeli segala peralatan saintifik yang mahal lagi canggih? Huh, memang kirim salam sajalah minah itu. Kedekut gila! Sempat Jacky mengutuk habis-habisan bosnya itu di dalam hati.

"Cik, sudah-sudahlah tu," pinta Jacky lagi.

Aduh, semakin pening pula kepalanya melihatkan tarian Aralyn. Helo Profesor Dr. Qarizh Zahwan, tolonglah ambil awek kau ini dan masukkan ke hospital sekali dengan kau. Kalau kau nak tahu, makwe kau ini sebenarnya sudah mereng otaknya dikerjakan oleh kau, profesor!

HI, ENCIK PROFESSOR!Where stories live. Discover now